Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Isnin, 28 Februari 2011

Memoir Seorang Revolusioner

280211 - Selesaikan masalah tayar motor pancit di Flat PKNS Kg Baru. Brader di bengkel motor itu turut mengulas kejadian nombor plat motorku yang patah, lalu dia bermadah di sini, hari ini...

"Kalau nak nombor plat motor yang kuat, gunakan plat besi yang mahal sikit, harganya RM12. Ini 'confirm' tak pecah lagi.

"Kalau nak yang murah, diperbuat daripada plastik, harganya macam biasa; RM8. Tapi 'still' plat boleh retak lagi," katanya menitipkan pesan nasihat.

Awan kenangan menjelma tiba. Asap berkemutih di atas batu jemala. Aku tiba-tiba teringat kisah Ben Ramli bahawa, sekali peristiwa, Prof Al-Attas, pernah membeli barang perabot Istac yang mahal-mahal, tetapi ia berkualiti, bermutu tinggi dan ia tahan serta kekal lama.

Namun, katanya, hal ini dituduh oleh pihak pentadbiran UIAM sebagai tindakan membazir kerana membeli perabot mahal tersebut.

"Kalau beli barang murah, mudah pecah dan kemudian kena selalu diganti. Jadi, kos semakin bertambah mahal kerana kita terpaksa membeli perabotnya berulangkali," kata rakanku itu.

Mengenangkan itu, aku membuat keputusan untuk mengikut 'sunnah' Prof Al-Attas untuk membeli plat motor yang mahal, diperbuat daripada besi! Besi maha besi!

LELAIN PERKARA

Petang ini, menyelesaikan hal 'draw' duit di CIMB, aktifkan akaun syarikat. Kuterima sms Utusan, "Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam."

Selesai mengirim CV ke SH, pihak HQ berkata semua hal ini boleh dilanjutkan pada e-kerjaya.

"Masukkan semua maklumat di situ," kata sang kerani. "Dan, encik tekan butang 'apply'."

Di FB, ad-Damanhuri Ben Yaakub bertanya, kalau-kalaulah tag medianya ada padaku.

"Aku tanggalkan sebab takut depa kenai aku wartawan," kata beliau. Aku berjanji akan cuba cari kalau-kalau ia ada padaku.

Ganyang, jatuhgulingkan Freemason di Malaysia, Singapura!

Menyemak dan mendengar semula maklumat hal Freemason malam tadi dengan kawan-kawan Facebook. Bertambah sikit cerita-cerita menarik untuk kupersembah kepada umat dalam rangka menjatuhgulingkan Najib Razak, Kak Ros Leila kelak!

Pagi ini, dihubungi rakan pembangkang Singapura. Mereka mungkin tiba petang ini. 24 Februari, selesai persempadanan semula di Singapura. Begitu, aku dimaklumkan pembangkang di negara republik pulau itu.

"Jadi, berkemungkinan besar pilihan raya di sini akan semakin dekat," kata mereka baru-baru ini. Padanlah, ada kenyataan di Bernama, menyatakan bahawa Muhyiddin dan Najib Razak akan turun padang menjelang Mac ini.

Adakah Freemason di Malaysia dan Singapura telah pun capai kesepakatan serta persetujuan bersama? Mungkinkah pilihan raya umum di Malaysia - Singapura akan hampir sama?

Tak ramai juga orang yang mahu membaca pesan-pesan Apco dan Freemason hari ini. Sungguh licik, bijak dan halus sekali mereka ini. Ini semua kelemahan umat Melayu sendiri. Asyik bercakaran sesama sendiri, tanah tergadai kepada bangsa asing dan lupa siapakah musuh mereka yang sebenar!

Satu hal lain yang menyebabkan Melayu sering ditindas ialah kerana ketakutan mereka sendiri. Kelmarin, aku ditegur oleh seorang lelaki yang meminta aku menulis komentar di blog Ali Rustam. Aku terfikir sendirian - kenapakah tidak beliau sendiri yang menulis komentar tersebut? Takutkah?

Dr Siddiq Fadzil ada sentuh juga hal ini dalam seminar Hotel Singgahsana tempoh hari darihal sajak W S Rendra mengenai Bapak Saija yang sudah mati ditindas penguasa.

"Rendra hidupkan semula watak Bapak Saija yang sudah mati itu untuk mengirim pesan buat mereka yang masih hidup iaitu ketakutannya sendiri telah menumbuhkan kekuatan kepada si penguasa," katanya dalam pidato yang sungguh lucu itu.

Ramai sungguh yang mengeluh diri mereka ditindas dengan keras oleh penguasa, tapi mereka suruh orang lain berjuang untuk mendapatkan hak mereka. Sungguh benar firman Tuhan itu, "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya!"

Bukannya mereka lumpuh tangan untuk menulis di blog dan FB Najib Razak, bukannya mereka lumpuh berfikir untuk tag nama Najib Razak dan Kak Ros Leila. Tapi, sudah lumpuh jiwa kerana didera ketakutan mereka sendiri sejak sekian lama.

Melayu tidak akan boleh berubah dan tidak akan pergi ke mana-mana selagi mereka berperangai seperti Bani Israel dan Yahudi yang pentingkan diri sendiri. Mereka melontarkan rasa tidak puas hati terhadap kaum yang menindas mereka, tetapi pabila tibanya seruan wahyu untuk pergi berperang, lalu mereka berkata kepada nabi mereka sendiri...

"Pergilah kamu (nabi) berperang bersama Allah untuk lawan kaum tersebut, dan biarkanlah kami di sini," kata kaum yang tidak mengenang budi itu.

"Out to revolt!" Ali Shari'ati Fansuri, 1977 - 20.. {Memoir Seorang Revolusioner}

1 ulasan:

  1. suatu yang benar, lagi membenarkan hakikatnya. Memang Melayu suka selesa. Takut berjuang sebab takut susah sedikit. Takut untuk berubah.

    BalasPadam