Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Isnin, 19 Julai 2010

Debat santai di Facebook

Meneliti berita di Bernama - Pegawai Polis Tolak Rasuah RM55,000 Daripada Seorang Pengedar Dadah

maka saya pun menulis sebagai berikut di Facebook: "mencadangkan agar mana-mana polis yang telah menolak rasuah ini diberi penghargaan dan anugerah pangkat yang membawa gelaran terhormat daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
Agenda membanteras rasuah adalah agenda negara, agenda umat, agenda rakyat. Lain lah kalau Umno tidak berasakan agenda menolak rasuah i...ni agenda mereka. Harap, kita dapat membuat pertemuan dengan polis-polis yang mampu menolak rasuah ini."


Lalu, Chew Hoong Ling berkata, "kalau kena nak "habuan" pingat baru berhenti berasuah - itu juga dah "rasuah". Manusia sepatutnya jujur dan memartabatkan MARUAH MANUSIA tanpa dijatuhkan oleh habuan wang ringgit. Menolak rasuah memang satu tindakan kemanusiaan yang patut, bukannya satu perkara yang dikira "terhormat". Oleh sebab rasuah menular begitu berleluasa dan martabat bangsa, negara dan dalam hal ini, pihak polis... telah jauh terpesong yang kita rasa sesiapa yang menolak rasuah itu terhormat..."

Pautan debat santai kami itu disukai Ben Rashid dan Puan Ainon Mohd dan Wan III. Lalu, saya menjawab ...

"...secara tafsiran peribadi saya, RASUAH adalah sogokan wang atau pun pemberian harta benda, hadiah yg termasuk di dalamnya pengertian, maksud, niat dan hasrat untuk ...

1. mengubah kebenaran menjadi kepalsuan dan sebaliknya - dalam kes mahkamah cth nya - seorang penjenayah menyogok hakim supaya dia menang, maka akhirnya hakim terima sogokan itu lalu memenangkan penjenayah tadi.

2. menyebabkan orang yang sepatutnya layak mendapat haknya telah digugurkan haknya. Cth - ada dua orang ditemuduga untuk mendapat kerja. Seorang daripadanya tidak layak, dan seorang lagi layak.

Tapi, oleh sebab rasuah, maka orang yang sepatutnya layak mendapat jawatan itu, telah disingkirkan. Sementara org yg tidak layak mendapat kerja itu, akan mendapat selepas menyogok penemuduga.

Justeru, memberi anugerah, pingat kepada mana-mana pegawai k'jaan adalah termasuk dalam kategori 'HADIAH' dan bukannya 'RASUAH'.

Maka, ayat ini - 'kalau kena nak "habuan" pingat baru berhenti memberi rasuah - itu juga dah "rasuah" - tertolak kerana rasuah itu terkait juga dengan KEJAHATAN, KEROSAKAN akhlak dan moral.

Sedangkan habuan kerana berbuat KEBAIKAN seperti membantu orang lain dgn cara menangkap pengedar dadah yg banyak merosakkan para penagih dadah sehingga sanggup menolak pemberian rasuah wajarlah diberikan HADIAH. Bentuk ganjaran, hadiah itu terpulang kepada cara negara nak berikan kepada pegawai kerajaan tadi.

Dia akan menjadi bintang, contoh ikutan, 'idola', 'ikon' utk pegawai yang lain pula. Kalau kita nak minta pekerja berbuat kebaikan, maka perlulah ada 'role model'. Sekarang, di mana-mana pejabat pun, setiap bulan ada saja pegawai yg dinobatkan sbg pegawai contoh. Untuk apa semua itu didedahkan? Sudah pasti untuk dikenali dan dicontohi.

Ayat - 'kalau kena nak "habuan" pingat baru berhenti memberi rasuah - itu juga dah "rasuah" - adalah tertolak kerana tiada dlm fikiran pegawai polis tadi sebarang cita-cita dan angan-angan, bahawa jika dia menolak pemberian rasuah RM55,000 dari pengedar tadi maka dia akan m'dapat anugerah dan pingat dan kebesaran negara.

Harus diingat bahawa punca Empayar Melaka jatuh binasa dan rebah ni kerana berpunca daripada sogokan, rasuah penjajah Portugis terhadap para pegawai kerajaan. Melaka bukan sekadar NEGARA, tapi EMPAYAR besar yang teragung dan terulung. Namanya mengharum sehingga ke Rom. Catatan mengenai Melaka ada di mana-mana.

Tapi EMPAYAR, NEGARA yang besar ini jatuh akibat RASUAH. Rasuah musuh negara. Sesiapa yang menolak rasuah adalah pahlawan negara. Jangan disempitkan pengertian PAHLAWAN itu terhad kepada tentera yang pegang senapang dan penguasa yang berjuang dlm gelanggang dan medan kekuasaan politik sahaja.

Polis tadi sudah pun bersikap jujur menjalankan tugasnya dan tidaklah dia terfikir pun mahu mendapat habuan apa-apa. Dan, bukanlah suatu kesalahan bagi pihak kerajaan dan rakyat jelata untuk menghormatinya.

Dia telah pun jujur tanpa mengharapkan balasan, tapi kita juga berhak untuk memberi pengiktirafan jika kita benar-benar mahu mewujudkan MASYARAKAT ANTI RASUAH. Tonjolkan siapakah watak yang terbaik untuk pegawai-pegawai kerajaan lain contohi.

Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Imej polis telah sangat buruk sehingga dikenali sebagai watak penerima sogokan rasuah. Sang pengedar dadah td mungkin pernah menyogok para pegawai polis sblm ini, lalu dia terlepas sebelum ini.

Mungkin dia sangka kali ini dia terlepas selepas menyogok RM55,000. Dia sangka semua polis bersikap begitu. Tapi, pengedar dadah itu telah silap perhitungan kali ini.

MENYOGOK WANG ITU PERBUATAN KEJI DAN HINA, DAN MENOLAK SOGOKAN ADALAH TINDAKAN BAIK DAN TERHORMAT

Ada dua watak di sini - pengedar dadah yang HINA kerana membawa kerosakan kepada masyarakat & menyogok wang rasuah. (Ada 2 jenis JENAYAH di sini - membekalkan dadah dan percubaan merasuah.)

Watak kedua - polis yang cuba membanteras pengedar dadah & tolak pemberian rasuah. (Ada dua jenis KEBAIKAN di sini - tangkap pengedar dadah yang menjadi musuh negara & menolak rasuah).

Maka dengan itu, pandangan seperti berikut - 'Menolak rasuah memang satu tindakan kemanusiaan yang patut, bukannya satu perkara yang dikira "terhormat."' - berbeza dengan jalur fikiran kami kerana ...

Tuhan memberi imbuhan 2 kali lipat (ganda) ke atas 1 amalan pekerjaan yang mulia. (Maaf, saya tidak ingat letak duduk surah dan ayat ini.)

'In tansurullah YANSURKUM wa YUSABBIT aqdaamakum'. Maksudnya...

"Kalau kamu bantu agama Allah, Allah akan MEMBANTU kami dan Allah akan MENEGUHKAN kedudukan kamu..."

Ayat ini menunjukkan, jika kita membuat 1 pekerjaan, maka Allah akan (1) BANTU kita dan (2) TEGUHKAN kedudukan kita...

1 pekerjaan dan amalan mulia lagi terhormat, telah dibalas 2 kali ganda.

Maka, bukanlah suatu kesalahan untuk kita menghormati berkali ganda kepada orang yang dikurniakan IMAN sehingga mampu menolak rasuah yang pernah menjatuhkan EMPAYAR MELAKA yang gagah perkasa itu.

Apatah lagi, polis itu telah membuat 2 pekerjaan - tangkap pengedar & menolak pemberian rasuah. Lagi pun, BUKAN SENANG MENJAGA IMAN DI TENGAH KAWAN PEGAWAI POLIS YANG TERKENAL KORUPSI ITU.

Maka, kenyataan - "Oleh sebab rasuah menular begitu berleluasa dan martabat bangsa, negara dan dalam hal ini, pihak polis telah jauh terpesong yang kita rasa sesiapa yang menolak rasuah itu terhormat..", telah terjawab sudah dengan ayat yang dibesarkan di atas sebelum perenggan ini. Dan, kami salin semula seperti di bawah ini.

BUKAN SENANG MENJAGA IMAN DI TENGAH KAWAN PEGAWAI POLIS YANG TERKENAL KORUPSI ITU.

Maka, pegawai polis itulah yang kami doakan dia supaya dapat menjadi tonggak, contoh ikutan para pegawai polis lain yang tlh terima sogokan rasuah sebelum ini. Beliau akan menjadi cabaran kepada pegawai polis yg lain agar mereka berasa malu dan segan kepadanya kerana rakyat awam lebih menghormati pegawai polis itu yang tidak menerima rasuah seperti polis yang ada pada hari ini.

#############

Ali Bukhari Amir menulis pada nota berita bertarikh 18 Julai, 2010 sebagai berikut -

"Sedang berfikir, juga mencadangkan penubuhan LIGA BOLA SEPAK DI ANTARA PASUKAN TENTERA NEGARA-NEGARA ISLAM sebagai alat perpaduan sesama mereka dan langkah awal ke arah menjalinkan persefahaman antara pasukan tentera negara Islam tersebut."

Pautan itu turut mencantumkan bahagian kepilan tayangan gambar perjuangan Hitler di YouTube seperti di bawah ini...

Hitler declares war on jews - National Geographic Channel India.flv

Pautan itu disukai Puan Ainon Mohd dari PTS dan Sk Cintazeni dari Singapura bertanya, "Mengapa memilih pasukan tentera?"

Maka, berikut adalah jawapannya...

Puan Ainon dan Sk Cintazeni...

Tidak dapat tidak... petunjuk hadis telah menyebutkan bahawa suatu saat nanti, orang ramai akan mula mengepung Palestin. Diriwayatkan bahawa, batu-batu akan berbicara kepada tentera Islam kala itu...

"Di belakangku ini ada seorang lelaki Yahudi," kata batu-batu besar di Palestin, tempat orang Yahudi sedang bersembunyi itu.

"Ayuh, datang dan bunuhlah dia," demikian batu itu menyarankan lagi.

Lalu, junjungan besar kita Rasulullah s.a.w bersabda, "Dan cuma suatu pokok saja yang akan selamatkan bangsa Yahudi di Palestin, iaitu pokok Gharqad.

Tambah rasul, "Kerana ia adalah bahagian dari pokok-pokok (yang akan memihak) Yahudi." Wallahu 'alam...

PALESTINA PASTI DIBUKA! (Insya Allah)

Maka petunjuk di sini adalah..suatu saat nanti Palestina bakal dilanggar dan negara itu dilanggar oleh suatu ketumbukan TENTERA yang kuat.

Bertitik-tolak daripada petunjuk itu, maka umat Islam sekarang ini patut segera menyediakan wadah-wadah dan alat-alat yang memungkinkan terlaksananya cita-cita perpaduan antara tentera umat Islam.

Apa sahaja yang terfikir, kita cuba bangkitkan dan apabila punya kuasa kelak, kita cuba melaksanakannya.

Dengan itu, SPKB akan mencadangkan Menteri Pertahanan agar dapat tubuhkan Liga Bola Sepak antara pasukan tentera Islam di bawah OIC, agar sentiasa dapat bertemu dalam permainan ini.

Mudah-mudahan, di samping pertemuan seperti ini, ia akan menjadi alat kepada menteri pertahanan seluruh negara Islam untuk berbincang hal strategi pertahanan dan serangan mereka terhadap 'Bani Yaakob' dari semasa ke semasa.

(Ketika saya menurunkan catatan di sini, FBI sedang bermesyuarat dan membuat pertemuan dengan PDRM di Mid Valley di hujung ibu kota. Kita menulis di sini pun dengan rasa gelisah membelah di dada...)

Hak Cipta Terpelihara (C) SPKB. Dibenarkan mengulangcetak pautan ini dengan syarat menyatakan dari arah mana sumbernya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan