Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Ahad, 7 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai | Pak Sako Fansuri | 7 Ramadan

Dalam pengsannya, Najib Razak terlihat kelibat lipan panjang sejengkal yang menyengat lututnya ketika dia membaca Al-Quran Al-Kareem di atas puncak Gunung Jerai di Batu Saff itu. Lututnya dihurung rasa kesakitan yang teramat sangat. Oleh sebab kesakitan yang amat sangat itu, lantas Najib itu pun terjagalah akhirnya.

"Adurgh!" terpacul kalimat tersebut daripada rekahan bibir merahnya. Kelihatan para doktor bedah sedang sibuk-sibuk mengelilinginya. Dia jadi gelabah dan gabra juga. Dicarinya kelibat Rosmah di sisi, tapi tiada!

Khamis, 4 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai | Pak Sako Fansuri | 4 Ramadan

Rupa-rupanya, kisah Najib Razak koma itu masih berkhilaf. Mengikut qaul yang pertama, memang Najib koma. Berdasarkan qaul kedua, si Najib terseliuh kakinya sahaja. Dan kesakitan akibat terseliuh itu pun sudah merebak ke bahagian lutut kirinya.

Berpeluh juga pemberita Warta Kota mengenai kekeliruan berita itu. Dulu, kejadian yang sama berlaku ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Dia terjatuh, maka dikatakan orang bahawa Perdana Menteri hanya pengsan sahaja.

Isnin, 1 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai - Pak Sako Fansuri

[Plot Jalan Cerita - ]

Dalam satu perhimpunan, @Najib Razak marah-marah kerana Bersih 2.0 berjaya mengirim gelora gelombang kuning itu ke United Kingdom hingga Ratu Elizabeth pun berpakaian serba kuning.

Maka, dalam satu ucapannya, Najib pun berpidato dengan nada marah-marah dan suara serak-serak basah, "Sempena Ramadan yang mulia ini, kita tahu bahawa wujud gerakan yang memecahbelahkan masyarakat kita. Kita mesti sedia mempertahan maruah kerajaan yang sedia ada..."

Catatan Demonstran Ramadan | Gie Guevara Fansuri, 2 - 29 Ramadan

"Allahumma inna nas'aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhotika wan nar." 

4 pagi, 3 Ramadan - kita sepatutnya makan makanan ringan ketika Maghrib, baru tidak terasa berat kepala. La ni dah terjaga! Tak tahu nak buat apa... catatan harian ringkas hari ini, adalah sebagai berikut:-

Saya temui sebuah kedai menjual basikal lipat (foldable bicycle) di Alur Setar dekat Jalan Seberang Perak, tempat Dr Mahathir lahir. Ia mungkinlah sesuai untuk dibuat penggambaran The Bicycle Diaries oleh Gie Guevara Fansuri nanti.