Dalam pengsannya, Najib Razak terlihat kelibat lipan panjang sejengkal yang menyengat lututnya ketika dia membaca Al-Quran Al-Kareem di atas puncak Gunung Jerai di Batu Saff itu. Lututnya dihurung rasa kesakitan yang teramat sangat. Oleh sebab kesakitan yang amat sangat itu, lantas Najib itu pun terjagalah akhirnya.
"Adurgh!" terpacul kalimat tersebut daripada rekahan bibir merahnya. Kelihatan para doktor bedah sedang sibuk-sibuk mengelilinginya. Dia jadi gelabah dan gabra juga. Dicarinya kelibat Rosmah di sisi, tapi tiada!

Najib cuba bangun. Ubat bius yang disuntik ke dalam tubuh Najib itu telah pun hilang kesannya. Sakit oleh pembedahan itu terasa menyengat-nyengat. Jadi, igauan tentang lipan di dalam mimpi itu, rupa-rupanya adalah torehan pisau bedah yang sedang memperbaiki kecederaan lututnya.
Najib tidak tertahan lagi, dia menjerit sekuat-kuat hatinya.
"Rosmah!!! Lipan!!!"
Dia tertidur lagi, terus koma! Doktor pakar bedah terkejut! Tapi, pembedahan tetap diteruskan. Mereka mesti menulis laporan pembedahan ke atas Najib selepas ini. Di luar nanti ramailah akan bertanya hal itu dan ini termasuk wartawan!
Mereka tahu, Warta Kota telah pun melaporkan berita Najib koma, sedangkan kisah yang sebenarnya Najib cedera lutut sikit sahaja, tapi kesan bengkaknya agak ketara juga. Tapi, nampaknya sekarang ini, ketika Najib Razak didapati koma di depan mereka sendiri saat pembedahan itu berlaku, jadi mereka pun tahu bahawa berita Warta Kota itu mendahului takdir yang terpaksa ditempuh oleh Najib Razak itu sendiri.
Kefakiran akan mengheret Muslim menjadi murtad. Usman Warrant saat ini sedang melengung membaca akhbar yang menyajikan kisah kemurtadan orang-orang Islam baru-baru ini. Memang jelas ada sepotong hadis nabi yang menyebut bahawa kefakiran itu akan membawa kita menjadi kufur.
Hadis ini kalau ditafsirkan mengikuti situasi dan keadaan di Malaysia saat ini memang tepat. Pemerataan kekayaan itu tidak tepat. Najib Razak dan Rosmah Mansor itu menjalani kehidupan mewah, sedangkan di luar sana, ramailah rakyat gelandangan yang menjadi habuan santapan berita apabila Singgah Sahur mengejutkan mereka di jalanan.
"Najib Razak perlu revolusi fikiran dan bertanggung jawab!" getus hati Usman Warrant sendirian.
Kekayaan Rosmah bersama cincin bertatahkan berliannya itu boleh menghapuskan erti derita sejuta insan kebuluran, cincin berliannya boleh menghapuskan erti derita manusia yang cemas sentiasa kerana hidup mereka sentiasa diburu hutang piutang Along yang tidak berkesudahan.
Cincin berlian itu, jika dijual, maka kekayaan itu boleh juga diagih-agihkan dan diratakan untuk kumpulan mualaf yang akan kembali kepada agama asal akibat tidak tahan dengan desakan kewangan yang menekan kehidupan seharian.
Di ruangan menunggu itu telah pun ramai kelibat wartawan yang menantikan dengan penuh debaran ke atas hal-ehwal Najib Razak itu. Semua mereka melirik kata tajam terhadap Usman Warrant. Oleh kerana beliaulah, maka wartawan ini semua jadi tertipu.
"Najib tak koma, kau kata koma!" jerkah seorang wartawan kepadanya tadi. Mujur Usman sedar bahawa Ramadhan itu bulan menguji kesabaran juga.
Dua tiga orang doktor pakar bedah keluar. Pembedahan itu tamat. Ramai wartawan meluru bagi mengetahui kemajuan dan perkembangan kepala lutut Najib itu. Cuma Usman saja yang tidak bangun menyambut doktor tersebut.
"Mana wartawan yang kata Najib koma itu?" doktor Abdul Rahman bertanya kepada sejumlah kaum wartawan yang bersesak-sesak menghulurkan pita rakaman ke mulutnya.
Semua wartawan yang di situ terperanjat. Ada apa halnya maka nama wartawan Usman itu pula yang disebut-sebut? Mereka alih ke belakang melihat kelibat Usman. Wartawan seawal usia 30-an itu bangun dengan wajahnya pucat lesi. Terbayanglah di ruang matanya jeriji besi, ISA serta akta-akta yang lainnya. Dia mengesat peluh. Abangnya Sako kini ditahan akibat perhimpunan Bersih. Kini, jangan-jangan gilirannya pula yang telah menulis fakta salah.
"Awak ni ada sixth sense ke?" tanya doktor itu.
"Kenapa doktor?" tanya Usman semula.
Doktor Abdul Rahman yang bertubuh gempal itu menjawab lambat-lambat, sambil mengeluh dia mengelap peluh keringat di dahinya, "Kita kini... sudah kehilangan..."
"Dato' Sri Najib dah mati!?" seorang wartawan yang terkenal mengampu mencelah terus. Wajahnya merah, hampir-hampir menangis mendengar berita Najib Razak mati itu. Taha Yaasin, editor akhbar Malaya Raya yang berada di situ, kini sudah mengeluarkan arahan, "Cari semua fakta-fakta mengenai jasa Najib kepada negara. Ini semua bahan untuk muka depan esok, tajuknya Najib, perginya Patriot Ramadhan."
"Dato' Taha, kalau saya nak buat rencana agama bahawa ruh Najib dimasukkan ke syurga kerana dia mati dalam bulan Ramadan, boleh tak? Boleh saya dapat anugerah tak?" tanya Rina, wartawan lincah yang bertudung singkat berjambul rambut di depan itu.
"Tak pa, awak tulis dulu, anugerah tu kita bincang kemudian, ada rezeki awak nanti... adalah habuannya..."
"Tuan, tuan, hei! Please! Kenapa heboh-heboh sangat tentang kematian Najib ni..." doktor Abdul Rahman melaung suaranya lebih tinggi supaya suaranya dapat didengar oleh semua orang di situ. "Dato' Sri belum mati lagi... saya cuma nak kata, kita sudah kehilangan isyarat dan tanda-tanda bahawa Dato' Sri akan sedar diri..."
"Dato' Sri pengsan!?" Taha Yaasin mencelah dengan wajahnya yang jelas memperlihat ketidaksabarannya.
"Lebih teruk daripada pengsan..." jawab doktor itu lambat-lambat. Kelambatannya menjawab menimbulkan rasa saspen dan cuak dalam kalangan wartawan. Satu saat, dua saat, tiga saat.., empat saat... masih tiada jawapan...
"Come on doktor, ini bukan drama swasta! Apakah yang lebih teruk daripada pengsan tu!? Cepat cakap!" darah Champa Taha Yaasin mula menggelegak, bagaikan air hangat yang meluap-luap melonjak keluar daripada cerek dipanggang api.
"Ko, ko, ko, ma... KOMA! Da, da, Dato' Sri KOMA!" demikian gagap dia menjawabnya.
Serentak dengan itu, semua mata kaum wartawan dan pemberita daripada segala bani-bani dan kaum-kaum itu pun mengalihkan pandangan kepada Usman yang masih tercegat di sisi doktor Abdul Rahman.
"Ya Usman, anda benar ketika melaporkan Najib Razak sudah koma... itu sebab saya nak tanya, awak ada deria kuasa keenamkah?" tanya sang doktor.
Usman hanya terdaya menelan air liur. Laporan Najib Razak koma yang dituduh salah itu benar! Cuma, ia mendahului masa!

"Koma merupakan keadaan yang tidak sedarkan diri di mana pesakit tidak boleh bertindak balas dengan persekitaran sekeliling. Pesakit tidak boleh bertindakbalas terhadap rangsangan fizikal atau pendengaran di luarnya," demikian kata doktor Abdul Rahman kepada Usman Warrant dan Taha Yaasin.
Kini, hanya tinggal mereka berlima di wad itu. Kak Ros membelai-belai rambut Najib Razak yang masih terlantar koma itu. Mata Usman Warrant melirik tajam terhadap kedua-dua laki bini itu. Ternyata, keluhan daripada lagu karaoke; If Tomorrow Never Comes yang Rosmah nyanyikan dalam klip video itu ada juga kebenarannya. Ia keluhan daripada hati nurani Rosmah sendiri. Soal 'pitching' lari, suara tidak sedap, maka itu suatu soal lain.
"Keupayaan untuk bertindakbalas itulah yang membezakan antara koma dan tidur biasa," jelas doktor Abdul Rahman lagi. "Pesakit boleh ada tahap yang berbeza-beza ketika mereka tidak sedarkan diri itu. Dan tindakbalas itu tergantung kepada seberapa banyak atau seberapa sedikitnya otak itu berfungsi."
Tujuan doktor Abdul Rahman memanggil Taha Yaasin itu cuma untuk meminta persetujuan editor tersebut supaya merahsiakan situasi koma yang sedang dihadapi oleh Najib Razak. Ini semua, atas permintaan Rosmah juga, demikian kata doktor pakar itu. Taha Yaasin merengus. Siapa Rosmah ni yang begitu jelas mahu minta wartawan melaporkan keadaan sebenar?
"Bagaimana kalau pihak akhbar menolak permintaan ini? Rosmah bukannya menteri, dia hanya isteri PM," kata Taha lagi, separuh berbisik. Bimbang dia jika Rosmah terdengar penolakan ini. Doktor Abdul Rahman angkat bahu. Tugasnya untuk beritahu hal ini sudah selesai.
"Jadi, kenapa saya pula yang doktor panggil?" Usman bertanya. "Padahal, saya cuma wartawan biasa."
"Sebenarnya... Dato' Sri tersedar sebelum kesan ubat biusnya hilang. Selain nama isterinya, dia ada menjeritkan lipan," jelas doktor itu lagi. "Saya dengar banyak cerita tentang awak sebelum ini. Saya diberitahu, kononnya awak ni macam peramal, macam tok nujum."
"Eh tak de lah," dia menafikan, entah dari mana pula doktor ini mendengar cerita mengarut ini? "Tak kan kerana saya laporkan Najib koma, maka terus orang anggap saya ini macam peramal?"
"Tak apa lah, itu saja tujuan saya panggil Usman dan encik Taha berdua di sini. Hanya nak maklumkan bahawa isteri PM minta koma ini dirahsiakan. Dan buat saudara Usman, kalau anda dapat apa-apa alamat tentang lipan, maka jangan segan-segan beritahu saya ok?" kata doktor Abdul Rahmad tamatkan bualan petang itu. Pintu dikuak, Usman dan Taha keluar bersama-sama, meninggalkan Najib yang koma ditemani isterinya yang tercinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan