Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Jumaat, 18 Jun 2010

Fakulti Bahasa


Nota 3: Mencari ensiklopedia bahasa Ibrani dan berapa harganya?
Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB) sedang mengumpulkan kumpulan penterjemah dan penyusun Kamus Melayu - Yahudi (Ibrani).

Semua ini perlu sebagai langkah-langkah terawal bagi tujuan pembebasan Palestin di kemudian hari, insya Allah Ta'ala.

Maka, justeru itu, kami memerlukan maklumat berikut berhubung Ensiklopedia di dalam Bahasa Ibrani seperti yang termuat di dalam pautan di bawah ini.


1. Bagaimana cara ingin menghubungi Ketua Jabatan Bahasa Ibrani, Fakulti Pengajian Kemanusiaan Universiti Al-Azhar; Prof Dr Zamzam Suad, dan Timbalan Dekan Fakulti Terjemah dan Bahasa, Dr Mustafa Abdul Syafi dan Ketua Jabatan Bahasa Ibrani, Fakulti Terjemah dan Bahasa, Dr Khaled Abdul Latif?

2. Berapakah HARGA Ensiklopedia dalam Bahasa Ibrani tersebut?

Sekian, terima kasih. --- Nota ini telah dicatat pada tanggal malam 12 Ramadhan, 1431.

#####################

Nota 2: Bangsa terawal adalah bangsa 'IA'?
Kita pun menontonlah cerita drama Bosnia hampir setiap malam, lalu diri ini terfikir beberapa perkara...

1. Apakah sudah ada Kamus Melayu - Bosnia? Kalaulah belum ada bagaimana cara untuk mengusahakannya dan menyusunnya?

2. Apakah berkemungkinan bangsa terawal di dunia (baca: dunIA) atau di benua Asia (baca: AsIA) ini berawal daripada bangsa IA. Kalimat 'IA' ini mungkin timbul daripada 'hiya' (Arab, bermaksud Dia, iaitu Tuhan atau Hua, Huwa). Wallahu'alam...

Ia mungkin juga seperti nama para malaikat; Izrail (baca: Izra IL), Israfil (baca: Israf IL), Jibril (baca: Jibr IL), Mikail (baca: Mika IL) dan lainnya. 'IL' dinisbahkan 'ALLAH'.

Seperti mana 'IL' dan 'IA'-kedua-duanya merujuk kepada DIA, iaitu nama terawal bagi ALLAH.

Kalau 'IA' itu adalah nama bangsa atau lelaki terawal yang menurunkan keturunan IA, maka, mungkin dari situlah lahirnya nama-nama BANGSA dan NEGARA berikut:-

(Jangan dilupakan nama benua Asia (baca: As IA)

1. Malaysia (baca: Malays IA)
2. Indonesia (baca: Indones IA)
3. Korea (baca: Kor IA) --- (bunyi hampir sama dengan Boria)
4. Libya (baca: Lib IA)
5. Bosnia (baca: Bosn IA)
6. Serbia (baca: Serb IA)
7. dan kiaskanlah dengan nama-nama BANGSA dan NEGARA lain lagi...

8. Oppss... terlupa satu perkara... errr... Mongolia (baca: Mongol IA)

#####################

Nota 1: Asal-usul kalimat 'ISLAM', 'SALAMAT'
..menonton filem Tomb Raider: The Cradle of Life di TV3. Ia mengisahkan perjuangan Lara Croft menyelamatkan Kotak Pandora (Pandora Box) yang sarat dengan banyak kisah lagenda mengenainya.

Kotak Pandora itu ditemui di Cradle of Life, tempat terlindung berdekatan Gunung Kilimanjaro di AFRIKA.
Ketika hampir pulang daripada menjalankan misinya, seorang tua di situ berkata kepada Lara Croft, "... kotak itu SALAMAT..."
Justeru, kalimat SALAMAT mungkin antara kalimat purba yang terawal dicipta di bumi ini. Nabi Adam a.s dikatakan turun di AFRIKA setelah keluar dari syurga. Dari sini kalimat ini mengalir, terpelihara dengan cermat sehingga kata ini diangkat menjadi ISLAM.

National Geographic (mungkin Discovery Channel) pernah sekali menyiarkan kajian bahawa, kebanyakan genetik DNA semua manusia terhimpun pada suatu kaum di Afrika sehingga kini. Mereka kebanyakannya bertongkat dan pakaian ala-ala 'ihram'.

Mereka ini mungkin juga bangsa terawal di bumi, atau pun bangsa 'Nabi Adam a.s' yang masih lagi terpelihara dan tidak terkena ancaman bah, banjir besar Nabi Nuh a.s. Wallahu'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan