Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Ahad, 13 Jun 2010

Surat-surat SPKB yang terperam

Surat 1: Kepada Tan Sri Jins Shamsuddin tentang KTMB Tg Pagar

Saya tengan menonton filem Esok Masih Kini sedang menulis nota ringkas kepada Tan Sri Jins Shamsuddin.

Tan Sri, dalam kenyataan tadi, ada disebut bahawa Tan Sri di'screen test' pada 16 Mei, 1956. Disebutkan juga bahawa Tan Sri diminta oleh P Ramlee berlakon di STESYEN KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) TG PAGAR.


Soalan ini untuk dijawab ke Dewan Negara "Benarkah Studio MFP (Malay Filem Production) di Jalan Ampas, Singapura ditutup dalam pertengahan 1960-an ketika almarhum Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan memisahkan Singapura dari Malaysia?

"Maka ekoran itu, P. Ramlee terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur, membuka Studio Merdeka di Hulu Kelang, gara-gara pemisahan dan tindakan politik Tunku itu?"

Moga Tan Sri dapat membawa isu pemindahan KTMB Tg Pagar, tempat di mana Tan Sri mula diberi watak berlakon bersama P Ramlee dalam filem Anakku Sazali itu.

Nota: 11:11 malam, 13 Jun, 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan