Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Sabtu, 26 Jun 2010

Kritikan sulungku kepada bani ulamak

Nota 2: Sedang mencari 40 ulama yang berbondong ke parti kezaliman!

Akhirnya, seorang rakan Faceboook mengirim pertanyaan kepadaku ...

"Cubalah mengadap mereka bani ulama tersebut buat bertanyakan apakah gerangan "asbabud dukhul" (sebab-sebak) mereka dalam umno?


"Mudah-mudahan abang Ali boleh mengupas tragedi ini dengan lebih ilmiah, jika adapun mereka itu yang tersasar...maka bongkarkan kesalahan mereka lewat pertanyaanmu atau pelbagai lagi uslubmu sebagai wartawan kebenaran yang tercerahkan. Adik-adikmu menantikan pencerahan yang hikmah." - Cangkir Kelana.

Akhir-akhir ini, bayang Ustaz Asri sering menjengah ke ruang mataku. Bebayang kenangan yang silam itu semakin kuat dan rancak menari-nari mengikut irama yang aku ciptakan sendiri.

Harus juga aku lakukan sesuatu agar salah seorang guruku ini tidaklah terjebak masuk di dalam lubang ular yang pernah juga orang lain terjerat, tersadung kaki ke dalamnya.

Betapa pun diriku berkontra fikrah dengannya, tetapi untuk lebih bertanggungjawab maka daku harus bersikap adil dan jujur juga - bahawa memang ada pemikiran Ustaz Asri dan Ustaz Radhi di USM dahulu yang meresap dengan kuatnya, tumbuh merendang memayungi pemikiranku.

Perihal baca qunut, tahlil, pembacaan yasin malam Jumaat, talkin dan lain-lainnya yang mereka tentang itu tentu sahajalah tertolak. Tapi apakah perlu ditolak jua Tauhid Uluhiyyah, Rububiyah dan Asma' was Sifat yang dikarang dengan penuh ilmiah dan rinci itu?

Sudahlah lama rakyat membiarkan orang jahil lagi ahmak seperti Hishammuddin Hussein, Musa Hassan, Najib Razak, Khalid Nordin meluncurkan kenyataan, mencetak 'fatwa' bohong mengenai pengganas dan keganasan. Ini akan mengelirukan lebih ramai ahli masyarakat.

Apatah lagi, sekarang ini, orang-orang tidak dapat berfikir dengan jalan yang lebih waras dan hal daya upaya fikiran orang sekarang tidak pernah menemukan sebuah jawapan yang tuntas!

Siapakah orang-orang yang mesti aku hubungi? Fadhlan? Fathul Bari? Lagi? Siapa lagi 38 orang itu? Ada cadangan orang-orang di luar sana?

##########################

Nota 1: Dibunuh, melarikan diri lebih afdal dari menyertai kezaliman!

Kumemohon ampun kepada Tuhan sebelum menurunkan catatan di sini. Dengan rasa berat hati, maka dengarlah suara hatiku dan jetitan batinku menyatakan bahawa...

Adapun membaca hikayat 40 ulamak masuk Umno adalah jauh lebih menyayatkan, menyiat kalbuku berbanding kejahatan riwayat 40 penyamun dengan Ali Baba di Kota Baghdad dalam Hikayat 1001 Malam yang dikarang selepas Baghdad dilanggar Mongolia!

Ketahuilah...kenapakah kejahatan berleluasa hari ini? Ia bukan disebabkan ramainya ahli maksiat dalam sesebuah masyarakat. Tapi kejahatan berleluasa lantaran orang soleh itu (khasnya ulamak) sudah tidak lagi menegur kejahatan ketika kemungkaran sudah jelas terbentang di depan mata.

40 perompak yang menyusup masuk ke rumah Ali Baba akhirnya terbunuh, tubuhnya melecur dan kepala perompak itu telah ditikam bunuh di belakang tubuh oleh seorang hamba perempuan yang lazimnya dipandang hina dan lemah oleh tuannya.

Kalian telah masuk ke dalam rumah neraka, masuk ke dalam sistem pemerintah parti yang hanya baru-baru ini saja membatalkan lesen judi setelah umat berdemonstrasi membantah judi.

Fikirlah sebelum melangkah lebih jauh, kalian mahu ditikam bunuh dengan apa? Dan, ditikam oleh siapa? (Pastinya ditikam murid-muridmu sendiri yang dilihat kurang ilmu berbanding kamu)

Maka, martabat anda yang lazim dipandang mulia kini sudah jauh lebih hina daripada manusia-manusia yang kelihatan jahil kerana tidak dididik dengan sistem pendidikan yang benar-benar kejap pada hari ini.

Alasan bahawa anda lebih mudah berdakwah melalui Umno apabila mendapat tauliah ini sudah tertolak dengan kehadiran Twitter, Blog, Wordpress, YouTube dan Facebook ini. Mimbar Twitter dan pentas dakwah YouTube tidak pernah kenal apa itu tauliah!

Saudaraku... kalian mahu 'MENANG' dan 'ISLAH'. Sekarang, 'MENANGISLAH' sebelum jiwamu dikirim ke neraka...

Lebih baik hidup di dalam buruan, melarikan diri, bersembunyi di gua seperti pemuda Al-Kahfi daripada menyertai kezaliman.

(Ketahuilah... catatan ini ditulis dengan separuh hati dan separuh jiwaku berkecai kerana terpaksa berseteru dengan rakan-rakanku sendiri. Lebih mudah mengutuk kebiadapan Najib Razak, Musa Hassan, Rosmah Mansor berbanding mengirim protes buat rakan-rakan dan guruku sendiri...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan