Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Jumaat, 18 Jun 2010

Fakulti Kesusasteraan dan Persuratan Melayu Islam

Nota 3: TKAM bukan rasis, tapi isu krisis kehakiman di Amerika Syarikat
Demi Kesusasteraan Kemanusiaan, kami berpendirian bahawa sikap mengharamkan sesebuah buku bukanlah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak kerajaan.

Ini kerana, segala ilmu, pengetahuan, niat, idea dan pemikiran yang dikurung dalam hati dan akal kepala itu bukan jenayah. Yang dihukum sebagai dosa dan jenayah itu adalah amalan dan sesuatu tindakan manusia.



TKAM adalah perihal kepincangan kehakiman di Amerika

Kesimpulannya, Interlok, To Kill A Mockingbird (TKAM) atau apa sahaja genre karya novel tidak boleh diharamkan sama-sekali.

Dalam konteks Amerika, perlu diingat, bahawa hal pengharaman To Kill A Mockingbird itu bukanlah kerana 'racist', tapi novel itu mendedahkan kepincangan sistem kehakiman Amerika pada suatu ketika dahulu.

Tom, seorang hamba kulit hitam cacat anggota sebenarnya tidak bersalah telah mengambil tindakan membunuh diri ketika menanti proses hukuman.

Tindakan itu diambil Tom kerana beliau kecewa keputusan mahkamah itu berat sebelah kerana bermula daripada hakim sehingga juri, kaum kulit putih yang membuat rumusan bahawa beliau bersalah.

Padahal, hakikat sebenarnya, gadis kulit putih itu yang menggodanya untuk melakukan hubungan seks, lalu Tom menolak godaan gadis tersebut.

Maka, Amerika mengharamkan novel ini demi menutup pekung, wajah tembelang mereka sendiri pada suatu masa dahulu. Alasan rasis cuma alasan pinggiran yang sebenarnya sengaja diada-adakan.

Peranan Murugiah
Kami mendesak Murugiah selaku Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA) tampil mendedahkan hasil dapatan maklumat yang beliau dapati sebelum ini yang kononnya didedahkan oleh akhbar tempatan Tamil.

Pihak kami akan membawa isu ini ke Dewan Rakyat untuk meminta penjelasan lanjut daripada Murugiah mengenai kelompok manakah yang akan bakar novel berkenaan di depan Kementerian Pelajaran.

Murugiah perlu membuat kenyataan rasmi ini secara bertulis di Dewan Rakyat supaya tindakan susulan di peringkat badan-badan penulis seperti Pena, Gapena dan lain-lainnya dapat mencari penyelesaiannya.

Nota kuliah: Fakulti Kususasteraan dan Persuratan Melayu Islam, Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB) a.k.a Ahli Pena. Di catat di SPKB, pada kira-kira 2:00 petang, tanggal 10 Muharam, 1432 H, Hari Karbala, Hari Hijrah Nabi Nuh dan hari hijrah 'exodus' Nabi Musa a.s dan Bani Israel merentasi Lautan Merah.

##########################

Nota 2: Wartawan mesti lengkap peluru fakta
Barangkali tahap paling tinggi dalam kerjaya wartawan itu ialah apabila dia berjaya perangkap menteri dengan pertanyaan langsung lewat wawancara.

Saya merujuk kejadian terbaru apabila ada wartawan RTM cuba menerjah soalan kepada Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam sidang media di lobi Parlimen.

Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal... Apa-apa pun, wartawan mesti pastikan bahawa mereka lengkap peluru fakta terlebih dahulu seperti yang ditunjukkan dalam klip video di bawah ini.


How A Minister Should Be Interviewed (Muthalvan Interview)

{Sumber: Filem Tamil, Muthalvan}

WARTAWAN: Rs3 billion in losses; even that is not important for you. Your only aim, is to stay in power. Isn't that right?

KETUA MENTERI: You shouldn't be speaking without evedence just to make your interview hyped up.

[Wartawan memutarkan isi rakaman video sebagai bukti berhubung kejahatan Ketua Menteri itu.]

WARTAWAN: Now tell me. Your position is more important that the people's welfare, right?


##########################

Nota 1: Teori Kewartawanan Hud Hud
"Burung Hud Hud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman):

"Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan memba
wa khabar BERITA yang diyakini kebenarannya."
(An-Naml: ayat 22)

Sedang membuat rumusan mengenai kewartawanan pelajar, kampus. SPKB menjadikan burung Hud Hud sebagai watak wartawan ulung.

Maka, gambar di yang termuat di sini adalah antara lambang, logo 'Hud Hud Society' di bawah Fakulti Persuratan Melayu, Islam, Jabatan Sebaran Am.

Nota kuliah: Jabatan Sebaran Awam.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Hud2.gif

Anwar Ibrahim marahkan wartawan RTM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan