Ya Allah, bersyukurlah Ibrahim dah tamat kontrak NC. Beliau tetap tak puas hati nampaknya bila Saifuddin berkata, tidak diperlukan apa-apa syarat pun untuk siswa itu berpolitik.
"Ah! Saya lagi risau kalau tak ada syarat-syarat macam tu..." kata Ibrahim.
Yang paling lawak, pada akhir dialog itu, macam manalah bekas NC tu boleh terfikir untuk berkiblatkan kepada daya fikiran siswa yang lemah daripadanya, "biarlah kami habis belajar dulu.."
Mengulas surat pemimpin mahasiswa yang dibacakan hasratnya oleh Ibrahim itu, Saifuddin kata dengan nada menyindir, "kenyataan itu seperti meminta Auku tak perlu dipinda, tapi akhirnya dipinda." TITIK.
(Kah! Kah! Kah! Aku boleh tergelak sorang2 la ni.. Demi nettbook yang sedang kutaip ini, demi mouse yang kubeli di Low Yatt, ini lawak teragung. Senario boleh pencen lepas ni..).
Maaf atas keterlanjuran atau sikap kurang ajar. Rasanya, sikap menafikan siswa berpolitik itu adalah sikap kurang ajar berganda-ganda!
Plato @ Aristole kata, kepimpinan negara patut diberi kepada ahli falsafah. Tapi, kapitalis (plutokrasi) juga yang tiba sehingga rosak semuanya!
"Ah! Saya lagi risau kalau tak ada syarat-syarat macam tu..." kata Ibrahim.
Yang paling lawak, pada akhir dialog itu, macam manalah bekas NC tu boleh terfikir untuk berkiblatkan kepada daya fikiran siswa yang lemah daripadanya, "biarlah kami habis belajar dulu.."
Mengulas surat pemimpin mahasiswa yang dibacakan hasratnya oleh Ibrahim itu, Saifuddin kata dengan nada menyindir, "kenyataan itu seperti meminta Auku tak perlu dipinda, tapi akhirnya dipinda." TITIK.
(Kah! Kah! Kah! Aku boleh tergelak sorang2 la ni.. Demi nettbook yang sedang kutaip ini, demi mouse yang kubeli di Low Yatt, ini lawak teragung. Senario boleh pencen lepas ni..).
Maaf atas keterlanjuran atau sikap kurang ajar. Rasanya, sikap menafikan siswa berpolitik itu adalah sikap kurang ajar berganda-ganda!
Plato @ Aristole kata, kepimpinan negara patut diberi kepada ahli falsafah. Tapi, kapitalis (plutokrasi) juga yang tiba sehingga rosak semuanya!
###############
tiba di Hentian Jalan Duta tepat jam 5:30 petang tepat, maka tamat Perenggan 26-Risalah Untuk Kaum Muslimin, SMN Al-Attas. Ayat terakhir berbunyi:-
"Maka Wahyu itu Ilmu yang Sebenarnya, yang 'diterima' jua oleh akal yang mendapat petunjuk Ilahi; dan hakikat agama itu ilmu hasil penerimaan akal, dan bukan hasil pengolahan atau rekaan akal itu, sedangkan kebudayaan itu sebenarnya hasil pengolahan serta rekaan akal jua. Dengan ringkasan ini maka faham agama yang sebenarnya itu telah kami asingkan dari kebudayaan: agama yang sebenarnya bukan kebudayaan dan tiada bergantung dengannya, agama yang sebenarnya adalah bunda kebudayaan."
###
SURAT KEPADA TPM MUHYIDDIN
Rangka asas isi surat kepada TPM Muhyiddin yang telah membaca puisi mengenai Palestin baru-baru ini. Sekurang-kurangnya, ada 4 perkara asas yang ingin dibangkitkan SPKB.
1. Kedudukan pemerintah yang lebih berkuasa dan tidak hanya cukup dengan bantahan lewat puisi. Tidak padan dengan kedudukan penguasa yang ada jentera dan tentera, tapi hanya berani berpuisi seperti rakyat biasa.
Kita mahu catatkan 'falsafah' Spiderman (dengan izin) - "kuasa yang hebat diiringi dengan tanggungjawab yang berat."
Ertinya, tidaklah padan dan tidaklah memadai dan tidaklah berbaloi jika pemimpin berkuasa lebih daripada rakyat biasa itu hanya bertindak seperti pendeklamasi sahaja. Cuba lakukan hal yang rakyat biasa tidak dapat laksanakan. Itu maksud kita.
2. Perlu diusahakan pertemuan atau pun permainan liga bola sepak antara tentera negara Islam bertujuan memupuk persefahaman dan persaudaraan kalangan mereka. Cadangan sahaja. Kalau tidak sesuai, kena ganti dengan acara lain.
Ini kerana, pedoman hadis memberi petunjuk kepada kita bahawa bumi Palestin itu akan dibuka dengan senjata dan kekuatan ketenteraan dan api dan besi.
Tapi, kalau kita masih berkiblatkan kepada pandangan Dr Mahathir yang mahu jenayahkan perang di peringkat antarabangsa, maka selamat maju jaya!
3. Pemimpin perlu buat keputusan segera apakah Amerika, Israel pengganas atau tidak?
Maka, bertolak daripada itu, segala pertubuhan seperti J.I, Al-Qaeda tidak boleh disebutkan sebagai pengganas dan tidak patut menjadi buruan. Kita mahu kerajaan beri penjelasan, apakah mereka bersetuju dengan kenyataan di bawah ini...
"Kalau Umno tidak boleh membantu Palestin secara bersenjata, maka jangan sesekali dia menjadi tali barut Zionis, Amerika sehingga menggunakan polis dan jentera kerajaan guna mengekang gerakan yang disifatkan sebagai militan sebelum ini."
Soalnya, sejauhmanakah Umno, Muhyiddin bersetuju dan dapat menerima kenyataan ini? Ini kerana, kalau Umno boleh bersikap begini, ia lebih afdal daripada membaca puisi, tetapi dalam masa yang sama masih mencemuh dan memburu J.I dan semuanya kerana terlalu tunduk dengan desakan Amerika.
Tidak perlu berpidato mengutuk kekejaman musuh. Rakyat mahu lihat sikap dan pendirian anda terlebih dahulu.
4. Apakah dalam fikiran Muhyiddin dan Umno masih ada harapan kepada PBB? Jikalau ada, maka anda dan parti anda bukannya kumpulan yang termasuk dalam pembela Palestin.
###
ISU MENGENAI KEMAHASISWAAN & 'RUMAH PENYEMBELIHAN' ABUL 'ALA AL-MAWDUDI
Berdasarkan makluman seorang rakan, dan setelah berusaha mencarinya, baru terjumpa semula pautan tulisan yang lama-lama. Bagaimanapun, saya mencari juga pautan yang sy terlepas pandang itu.
(Difahamkan, ia terkait dengan isu penyalinan daripada blog seorang rakan.)
Bila terjumpa kelak, mungkin dapat menjawab dengan lebih tuntas, insya Allah Ta'ala...
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13527&Itemid=111 (Universiti adalah 'rumah penyembelihan' - Sayyid Abul 'Ala Maududi)
Antara pautan lain --- http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=category§ionid=4&id=66&Itemid=111
###
SPKB SEDANG MENCARI KUMPULAN PENYAIR MONGOLIA
Melalui laman FB Dato' Kemala (http://www.facebook.com/notes/ahmad-khamal-abdullah/puisi-sepuluh-penyair/417902808854) saya terserempak dengan penyair Mongolia di FB.
Semoga akan terjalin eratlah hubungan karyawan; cerpenis, penyair, novelis dan penggiat karya lain di alam Melayu ini dengan karyawan Mongolia hendaknya.
Maklumat mengenai penyair G Mend-Ooyo boleh http://www.mendooyo.com/
Pautan lain --- http://www.facebook.com/pages/The-Mongolian-Academy-of-Culture-and-Poetry/125488007462808?v=desc
###############
baru terfikir nak kirim nota bantahan ke atas TPM Muhyiddin Yassin atas isu penaklukan Ziionis di Palestin, tetapi tiba-tiba dikejutkan oleh pertanyaan seorang rakan FB dari Singapura.
Katanya, saya mengambil suatu terjemahan oleh Abul 'Ala Al-Mawdudi oleh seorang saudara saya di FB juga tidak lama dahulu. Mujur rakan Singapura itu beritahu sebab saya tak sempat membacanya lagi.
Jadi, terpaksa saya menunda dahulu nota bantahan ke atas Muhyiddin mengenai isu Palestin untuk tampil memberikan penjelasan bertulis kepada saudara saya yang seorang lagi itu.
(Bunga-bunga kebanggaan ke atas seorang saudara saya yang puisinya dideklamasikan oleh TPM itu menguncup kembali kerana saya mesti beri ruang untuk menulis mengenai isu terjemahan Abul 'Ala Al-Mawdudi mengenai isu kemahasiswaan dan universiti menjadi rumah mayat itu.)
Mood: Baru bertolak dari Hentian tol Bukit Gantang, Perak. 2:08 petang.
#########
sahabat debatku yang setia,
tahniah kerana puisimu dibaca oleh TPM, khabarkan kepadanya bahawa umat hari ini menanti fatwanya untuk kita masuk bersolat di ruang kiblat kita yang pertama itu.
mereka yang berkuasa itu masih jua mengharapkan Bani Israel itu diusir keluar dari Palestin diusir lewat kata-kata.
Kegelapan tak akan pergi dan berundur dengan kata-kata tetapi dengan 'tindakan' menyalakan sumbu pelita usaha.
usaha dan tindakan itulah yang tak terdaya oleh kita, tetapi terdaya oleh mereka tapi mereka hanya suka menyulam bicara di dada akhbar.
dan peranan kitalah untuk sedarkan mereka berhubung tindakan mereka ini selanjutnya.
mood: di atas bas Mara Liner, berada di Seberang Jaya, menuju ke KL. (12:15 p.m)
######
11:53 pagi - Sedang memikirkan bahawa bangsa Melayu mencipta 3 sudut pemikiran, 3 sudut pandang - (1) Renung; (2) Tenung; (3) Menung.
Apakah maksud renung? Apakah maksud tenung dan apakah makna menung? Bacaan awal saya - renung artinya memandang ke dalam diri (jiwa), tenung itu seperti membaca sesuatu; surat atau kitab ...yang tersirat. Renung mungkin membaca yang tersirat.
Manakala menung adalah angan-angan yang menumbuhkan ciptaan-ciptaan dan rekaan-rekaan baharu, menerbitkan sikap-sikap baharu, merumuskan pendirian baharu. Wallahu 'alam.
Mood: Baru melewati Tol Sungai Petani Utara. Selamat jalan Gunung Jerai, sambil ditemani oleh Facebook dan Risalah Untuk Kaum Muslimin di atas bas Mara Liner dari Pendang ke KL. (juga baru melepasi hentian Tikam Batu)
######
kini berada di atas bas Mara Liner, bertolak jam 11:15 pagi ni dari Pendang ke Kuala Lumpur. Dijangka tiba jam 5 ptg ini di Hentian Jalan Duta. Selamat tinggallah kedua-dua keponakanku Sarah Ali Imran dan Hakim Shukor dan semuanya. Pak Long balik raya nanti ya?
Selamat tinggal Gunung Jerai. Dan, selamat datang bebanan tugas yang maha berat, maha dahsyat di ibu kota - perjuangan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Salam revolusi! Revolusi!!! Sampai mati ...
Mood: Baru melepasi Tol Gurun dan Gunung Jerai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan