20 Ramadhan - menonton seorang imam, Majidi Aqil dalam Jejak Rasul berkhutbah mengenai sebuah hadis yang menggalakkan kita mengunjungi (1) Masjidil Haram di Mekah; (2) Masjid Nabawi di Madinah; dan (3) Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis.
Selain itu, ada juga hadis yang menyebutkan bahawa amalan beriktikaf di masjid itu, hanya berlaku ke atas 3 buah masjid sahaja; (1) Masjidil Haram; (2) Masjid Nabawi; dan (3) Masjidil Aqsa.
"Selain daripada masjid-masjid ini, tiada iktikaf..." kata Dr Mohd Radhi Othman dari USM satu ketika dahulu saat pencatat ini masih kuliah di Pulau Pinang. Wallahu Ta'ala 'Alam...
Apa-apa pun kita tinggalkan hal debatan dan bahasan hal-hal khilafiah terlebih dahulu setakat ini. Yang lebih penting adalah, kewajipan menyusun barisan saf para pemuda yang beriltizam untuk beriktikaf di Masjidil Aqsa dalam daerah lingkungan di Baitul Maqdis itu.
Ada sesiapa yang nak beriktikaf di Masjidil Aqsa tak? Jom pi ramai-ramai?
Syahadan, malam ini, tangan kita tiba-tiba tertekan punat televisyen dan tertonton acara televisyen Hero2Zero di 8TV.

###############
Syahadan, malam ini, tangan kita tiba-tiba tertekan punat televisyen dan tertonton acara televisyen Hero2Zero di 8TV.
Maka, tiba-tiba kita terpandanglah kisah lelaki paling tua di dunia. Acara tv itu sarat dengan kisah-kisah yang dianggap aneh, menarik dan jarang-jarang ditemui itu, kita pandang dari sudut lain pula.
Maka, ada pun nama lelaki tua itu Mohammed Dureidi (kalau tidak salah). Usianya yang melebihi 100 tahun itu menyebabkan telah timbul kesungguhan di pihak orang lain untuk menobatkan beliau dalam Guinness Book of Record sebagai lelaki tertua.
Tapi, yang lebih menarik minat kita adalah kisahnya yang pernah hidup di Beit Lid, Palestin semenjak zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah itu. Pengalaman beliau itulah yang lebih berharga berbanding usahanya yang mencecah angka 122 tahun itu.
Jadi, kita menulis di sini kerana kita memang berniat mencarinya jika kita dapat berpeluang membuka Palestin dan membawa seluruh kaum Muslimin untuk bersolat di Masjidil Aqsa itu.
Maka, SPKB kini ingin mencari dan menjejak lelaki tua bernama Mohammed Dureidi dari Beit Lid, itu. Kita perlukan juga orang-orang yang mahir berbahasa Arab untuk menjadi jurubicara kita untuk berbicara dengan lelaki tertua dari Beit Lid yang hidup sejak abad ke-19 itu.
"Sejak zaman Uthmaniyyah, penduduk di Beit Lid pernah membayar cukai kepada kerajaan Turki," kata lelaki tua tersebut ketika ditemubual oleh pihak media.
Nota ringkas ini adalah bahagian daripada 'Kempen Bersolat dan Iktikaf di Masjidil Aqsa' (Kembara) anjuran SPKB.
'Mood': Baru lepas tonton Lion of the Desert. Umar Mukhtar baru lepas pasang perangkap terhadap tentera Italy. Mereka berjaya membuat serang hendap. Ketika tinggal beberapa askar musuh yang hampir menyerah, pasukan tentera Sidi Omar (gelaran murid-muridnya ke atas Umar Mukhtar), mahu menembak askar Italy itu.
"Jangan tembak mereka. Mereka tahanan kita," kata Umar.
"Kenapa tidak boleh (tembak)?" balas pasukan Sidi Umar itu. "Mereka (Italy) lakukan hal yang sama ke atas kita."
Maka, kata Umar, "They are not our TEACHER."
Maka, kata Umar, "They are not our TEACHER."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan