Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Khamis, 4 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai | Pak Sako Fansuri | 4 Ramadan

Rupa-rupanya, kisah Najib Razak koma itu masih berkhilaf. Mengikut qaul yang pertama, memang Najib koma. Berdasarkan qaul kedua, si Najib terseliuh kakinya sahaja. Dan kesakitan akibat terseliuh itu pun sudah merebak ke bahagian lutut kirinya.

Berpeluh juga pemberita Warta Kota mengenai kekeliruan berita itu. Dulu, kejadian yang sama berlaku ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Dia terjatuh, maka dikatakan orang bahawa Perdana Menteri hanya pengsan sahaja.

Usman Warrant Fansuri merenung berita mengenai Najib yang sudah dikatakan koma itu. Siapakah yang akan mengganti Najib kalau Najib benar-benar mati selepas menderita koma yang panjang itu? Malaya mesti pantas segera mencari pengganti.

Abangnya Sako Fansuri kini dipenjara sebab 'salah' memberi jawapan yang tidak memihak kepada politik negara. Kini, Sako terpenjara. Dan, sesekali, khabarnya akan ada penyiasat kejam yang selalu bertanya abangnya darihal perhimpunan Bersih itu.

Diletaknya semula akhbar WartaKota itu. Politik Jalan Sarikei itu ngeri dan membunuh impian ramai orang. Di sini, laporan yang ditulisnya mengenai kedudukan Najib Razak yang koma itu terpaksa dia teliti semula.

Maklumat daripada HKL mesti dia semak semula, atau pun nanti, dia terpaksa berdepan dengan kemarahan editornya.

"Jom! Tunggu pa lagi?" Pyan, mengajaknya ke bazar Ramadan.



Usman Warrant membeli ikan bakar, tapi ada barangan yang dijual di bazar itu tidak bermutu. Dia teringatkan kisah Nabi Syu'aib yang memerangi sikap kecurangan peniaga kapitalis di pasar-pasar.

Hal perang-perang ini termuat dalam Surah Hud 84 - 95. Syuaib a.s perangi sikap mengurangi sukatan barangan, Tafsir Al-Fansuri ada menyebutkan bahawa menjual barang ini juga memerlukan kejujuran.

Jangan menipu sukatan dan jangan mengurangi bahan yang diminta oleh pembeli. Patutlah dalam pasar, memang banyak perkara yang kurang disenangi nabi. Di sini, terlalu banyak penipuan dalam perniagaan kerana peniaga itu tamakkan wang. Mereka akan kaut keuntungan di atas kerugian para pembeli.

Dilihatnya, ada ikan bakar yang tidak dimasak betul-betul. Ada lauk kelmarin yang masih juga dijual. Walhal, peniaga itu patut habiskannya dan sedekahkan sahaja kepada jiran atau hantar ke rumah anak-anak yatim, atau beri saja kepada fakir miskin di jalanan. Ada ayam percik yang kelmarin dijual, tapi masih dijual semula.

"Aku ingat Pyan, kalau kapitalis jalanan ini bersikap curang, kapitalis Najib Razak masih akan kekal lama," kata Uswan. "Kecuali kalau Najib benar-benar koma macam berita yang tersiar kelmarin."

Pyan tidak bercakap apa-apa. Mereka terus berjalan lagi dan Ramadan itu bulan untuk semua bangsa. Cina dan India turut sama membeli juadah, seolah-olah mereka juga berpuasa.

Orang-orang masih melihat Ramadan sebagai bulan terawih, bulan membeli pakaian baru dan saat mencari pahala malam LailatulQadar. Orang-orang sudah semakin jauh daripada semangat Ramadhan yang sebenar, bulan mujahadatunnafsi, bulan mengekang keinginan jahat, bulan untuk menyambut turunnya Al-Quran (2: 185).

"Kalau setakat nak berpuasa, di luar Ramadhan pun kita boleh puasa," getus hatinya sendirian. Bulan ini, bulan untuk memerangi kezaliman dan penindasan kapitalis Najib Razak yang bakal membubarkan Parlimen tidak lama lagi selepas raya ini. Tetapi berapa ramaikah orang-orang yang menyedari bahawa Najib Razak sedang merancang pakatan jahat kini?




Sako Fansuri masih disoal siasat Ketua Polis Negara oleh keterlibatannya dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu. Hangat di pipinya masih berbekas. "Celaka!" makinya kepada KPN dalam diam. "Opss..." aku berpuasa. Di dalam bilik ini, udara panas. Dia berpeluh. Mungkin peluhnya akan diambil, bekas cap jarinya akan diambil apabila dia menyentuh sesuatu.

Dan, kalau ada sehelai rambutnya gugur, maka dia perlu berhati-hati juga kerana semua itu boleh disimpan sebagai sampel DNA oleh Bukit Aman nanti. Dia meraba-raba pula ketiaknya. Syukurlah, baru dicukurnya malam tadi. Jikalau terjatuh walau seurat bulu ketiaknya, maka sampel itu mungkin dihantar ke Amerika jua oleh pihak Bukit Aman nanti.

Inilah yang dia pelik. Kalau adik Nurin meninggal, video CCTV itu dihantar ke Amerika, video Dato' T pun dihantar ke Amerika. Tetapi, kenapa video dalam simpanan polis yang mahu diangkat sebagai bahan bukti bahawa penyokong Bersih itu pengganas, maka video itu tidak pula disebarkan kepada Amerika.

"Ini bukan mahkamah!" kata KPN ketika menjawab pertanyaan Sako Fansuri itu. "Saya yang menyoal awak. Ikut suka kami la, nak hantar video keganasan peserta Bersih itu ke Amerika atau pun tidak!?"

"Saya tanya saja, kenapa video adik Nurin dibunuh penculik itu dihantar, tapi polis gagal dan tewas di tangan pembunuh, penculik dan penjenayah yang membunuh anak gadis itu, macam tu juga video Dato' T yang sudah dihantar ke Amerika. Tapi video yang polis ada ni, tak dihantar pun ke Amerika? Encik ni takut tembelang pecah ker?"

KPN berpeluh! Dilap dan disapunya keringat yang meleleh di dahinya. Dia keluar sebentar menghisap rokok. Banyak songeh sungguh budak ni. Hampeh!



Usman Warrant baharu pulang dari Rafiya, tadi sesudah terawih, mereka keluar lepak-lepak sambil menantikan kehadiran bahan-bahan Warta Kota yang sememangnya lewat tiba. Di Rafiya, ada siaran maca-macam cerita. Kebetulan, malam ini kisahnya adalah Tuesday's With Morries. Ia diangkat daripada novel karangan Mitch Albom dan sesi temu bual bersama pensyarahnya, Morries yang terkenal bijaksana.

"Kali ini, tajuknya adalah diam dan mati," kata Morries kepada muridnya Mitch yang kini berjaya dengan pekerjaannya sebagai pengulas sukan. Kisah ini menjadi menarik kerana ia mengangkat persoalan Makna Kehidupan kepada manusia. Usman Warrant melihat ucapan-ucapan yang terbit daripada lidah bijaksana Morries itu ada banyak persamaan dengan semangat Islam itu sendiri.

Ada beberapa rangkaian kata-kata yang sempat beliau catatkan...

"Aku hanya ada suara untuk memperbetulan penipuan ini...

"...Kelaparan tidak memberikan pilihan ...

"...Kita mesti hidup untuk menyayangi atau pun mati...

"Budaya ini memuja anak muda. Aku tidak setuju..."

"...Ada orang yang tak suka disentuh, ketika kita bayi kita suka disentuh. "

Morries kerap bercakap tentang cinta dan ada masa-masanya, dia berfalsafah mengenai ketakutan. Dia menjalani sebuah kehidupan yang pedih. Morries dagang dari Rusia, memang mengalami kehidupan yang sukar di bumi kapitalis. Dia bercerita mengenai ayahnya yang ayahku takutkan kasih sayang dan meminta Morries melupakan segala-galanya mengenai ibunya yang baru meninggal dunia.

Usman Warrant merenung lama. Dengan kasih sayang Tuhanlah alam ini jadi terkembang dan berkembang. Pengetahuan pun mula terapung bagai buih-buih di atas jalur ombak. Oleh kerana kasih. Ombak dengan setianya akan selalu menghempaskan buih-buih kerinduannya ke pantai.

Oleh kerana kasih dan sayang, air hujan dari langit turun ke bumi seperti seorang ibu yang memerah susunya untuk anaknya yang baharu lahir. Pohonan pun jadi tumbuh terkembang dan tinggi merendang, memayungi bumi daripada beban kepanasan. Seperti itulah, air susu ibu menyelinap ke tekak si anak dan anak itu membesar untuk berbakti kembali kepada orang tua yang menjaganya.

"Engkau bukanlah ombak, tapi sebahagian daripada laut ini," kata Morrie kepada Janine, teman wanita kepada Mitch ketika hubungan mereka baru pulih.

Alam, adalah bahagian besar daripada sumber-sumber tentang makna kehidupan sejati. Tetapi, adakah Najib Razak yang sedang koma dan dibedah lutut beliau itu sedar bahawa kejahatan beliau kini sedang diradang oleh alam juga. Alam juga ada perasaan. Jika insan berkasih sayang, maka dunia ini akan berbahagia dan saling melantunkan nikmatnya kepada kita bersama-sama.

Jika sebaliknya - kekejaman dilakukan ke atas mana-mana ahli dunia, dibunuh dengan bom C4 dan bom kanister, maka akan terjadilah keributan yang tak diingini seperti mana yang berlaku pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan