Malam ni, aku baru sedar suatu hal. Hellcats di 8TV sudah berganti The Vampires Diaries. Sementara itu, Gossip Girls menggantikan Desperates Housewives. Urgh!
Tetapi, Najib Razak masih tetap setia di Putrajaya, manakala gelagat Rosmah masih tetap begitu juga. Sangat sulit untuk diguling dan diusir mereka berdua ini ke Mongolia atau pun di Kazakhstan. Urgh! Urgh! Urgh!
Suatu rencana lain mesti dibuat. Duduk di rumah membuat diri ini makin kurang mengganas di Facebook. Dan keadaan keponakanku Haziq yang sukar ditidurkan ini (sama macam perangai aku masa kecil dulu), sangat mengganggu revolusi penulisan.
Baru aku faham - kekangan menulis bagi orang yang sudah berkeluarga. Tidak sampai beberapa ketika, anak-anak kecil menangis dan tergendala semua perkara. Patutlah ada yang berkata, masa yang paling menyenangkan untuk menulis bagi mengubah wajah dunia ini ialah ketika sedang bujang lajang.
Ketika tiada banyak tanggungan, maka kerja mengguling ini semakin mudah dilaksanakan tanpa bermacam gangguan. Di televisyen ini banyak hal yang mengkhayalkan. Aku pun cuba menelaah perkara-perkara berfaedah yang mungkin bolehlah disuntik ke dalamnya semoga-moga ia menajamkan ingatan anak-anak muda kepada kezaliman Najib dan keborosan Kak Ros ini.
Di dalam filem Twilight nampaknya, kisah babak pertarungan antara pontianak (vampire) - serigala jadi-jadian (werewolf) turut diangkat sebagai tema jalan cerita. Tetapi, Twilight itu lebih nampak lojik dan masuk akal sebab pertarungan antara pontianak dan serigala jadian itu diletak dalam bentuk politik zaman klasik Amerika; kulit putih melawan Red Indian.
Kononnya kulit putih itu berketurunan pontianak dan serigala jadian itu berketurunan Red Indian. Jadi, nampak sengketa ini berbaur politik antara koboi-koboi melawan puak Apache.
Ertinya, ada unsur politik yang disuntik dalam keseraman! Di dalam filem seram kita, telah ada suntikan komedi, bukanlah banyak sangat unsur sejarah dan politik yang disuntik. Sebab itu telah ada genre komedi seram. Belum ada kecenderungan filem genre seram politik seperti Lentera Merah di Indonesia.
Dalam konteks negara kita, kita boleh saja bikin cerita seram berhubung kapal selam Scorpene yang tenggelam di laut dan bangkitnya hantu model Mongolia menuntut pembalasannya akibat kecurangan Najib di dalam agihan komisen pembelian kapal selam itu.
Bagaimana mahu terbit tayang filem ini di negara ini adalah suatu cabaran juga. Namun, kita boleh 'ikhtiyar' supaya agar filem ini dapat dibuat di Perancis, Indonesia, Amerika dan di Mongolia juga!
Pengiriman pulang peguam Bourdon dari Perancis yang akan mendaftar kes kapal selam itu benar-benar mengecewakan. Dia yang baru saja mendarat tiba di KLIA baru-baru ini sudah terpaksa angkat kaki supaya imej Najib tidak terjejas. Cerita ini mungkin boleh difilemkan Perancis dan Amerika pun agak bagus juga! Ia sudah menjadi kes antarabangsa.
Kebetulan pula, selepas tamat kisah Vampire Diaries, Gossip Girl pula membuat penggambaran di Perancis. B dan Serena pergi bercuti di sana. Aku masih terkenang Palais Royale dan segala tempat-tempat yang dipaparkan dalam drama ini.
B dan Serena boros berbelanja seperti Rosmah serta Imelda, dan sikap mereka berdua ini seperti B yang amat mengidam berkenalan dengan kerabat diraja.
Mereka membeli-belah di gedung Galeri La Fayette. Paris, di Perancis - ia sebuah negara yang cantik, ia tetapi dihuni oleh orang-orang yang bertabiat kasar. Wanita-wanitanya gemar menggigit kuku jari dan gadis-gadis remaja di subway yang berwajah menarik tetapi melakukan gerakan mencuri secara terancang berkelompok!
Tapi malam-malam terakhirku di bumi Paris, ada kegelisahan menyelinap ke dada dan merangkul di jiwa; sekeping pelekat menunjukkan bahawa Islam itu agama milik teroris! Islam itu agama pengganas! Keesokannya, khabar liar mula bangkit di tv, menyatakan bahawa Osama sudah meninggal dunia.
Walaupun ia bumi yang cantik dengan binaan dan dilambang dengan penuh keasyikan cinta, nama di sini Napoleon pernah bertakhta atas nama darah, perang, pengkhianatan dan cinta Josephine yang mengelabui mata Napoleon itu sendiri.
Paris sebelum ia diwarnakan indah sebagai yang tergambar hari ini, hakikatnya ia adalah bumi penuh berdarah, apatah lagi kini disimbah dengan darah Altantuya yang terjebak di dalam kancah komisen kapal selam jutaan ringgit itu.
Menonton gejala peristiwa ini semua di tv menyebabkan kita boleh belajar banyak perkara baru berhubung dunia luar. Dan inilah bezanya cerita kita dengan luar, usaha sama sangat jarang dilakukan melainkan sedikit.
Blue Bloods (kisah penyiasatan polis NYPD) pada malam ini menceritakan perihal imuniti diplomatik Argentina. Sebastian Calso anak diplomat Argentina tidak dapat disiasat lantaran kelebihannya sebagai anak diplomat itu.
Pelbagai usaha dilakukan hingga akhirnya mereka berjaya memberkas anak diplomat yang dituduh merogol itu. Mereka telah berjaya membuktikannya. Lalu, bagi mengelak anaknya dipenjara di Mendoza, Argentina, maka lebih baik dihukum di New York.
Ringkasnya kita perlulah ada daya usaha keras memfilemkan kisah kapal selam tenggelam lalu diadakan usaha sama juga dengan pelbagai negara - Mongolia, Perancis dan Amerika.
Pendokong Bersih tidak boleh membiarkan Najib Razak lepas bebas daripada ini semua. Kita tidak boleh menyajikan anak muda kita dengan kisah-kisah babak percintaan tidak tentu hala ke arah mana akhirnya. Unsur genre politik cinta, seram politik mesti diadunkan dalam tiap-tiap drama dan filem, biar ia diharamkam ditayangkan di Malaysia. Namun, percayalah, ia boleh ditayangkan di Kazakhstan, Mongolia dan Perancis jua. Pada zaman Youtube ini, filem-filem yang diharamkan itu boleh ditayangkan di internet juga akhirnya walau terhalang ditayang secara terbuka.
Rakyat mesti disedarkan dengan bahaya apa yang menerpa. Anak muda tak berminat dengan kuliah agama, jadi perusahaan hiburan inilah medan kedua agar kita berani mempertaruh nyawa bersama. Mereka tidak berminat membaca bahan berat, mungkin novel-novel ringan dan karya hiburan yang akan mengukuhkan lagi kefahaman mereka berhubung politik yang berlaku hari ini.
Zaman Pak Sako berkarya dengan Putera Gunung Tahan sudah berlalu. Era Usman Awang (polis juga), yang mengkritik British dengan novel revolusioner; Tulang-tulang Berserakan, tanpa gentar memihak Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) walaupun dia bekerja dengan kerajaan, sudahlah beransur pergi. Hari ini, jangan-jangan, tiada seorang pun para pemuja Keris Mas yang mengetahui bahawa sosok Sasterawan Negara itu adalah juga mantan Biro Penerangan PKMM yang dahulunya amat keras menentang Umno sebagai anak asuhan penjajah British.
Kita, warganegara yang sedar terhadap demam kuat yang melanda Malaysia yang tidak kunjung, cuma mampu menadah du'a, melambung teriak ke dada langit kelam dan suram dinihari ini...
"Tuhan kami...ilhamkan pedoman di dada karyawan kami, campakkan rasa berani dan tak takut mati ke arah kerja penggulingan Najib Razak agar mereka berkarya dengan kata-kata tangkas, yang terbang merdeka lepas bebas dari hati mereka itu. Suburkanlah keikhlasan. Cabutkanlah dari dada mereka rasa inginkan anugerah persuratan di dunia ini kerana hal-hal yang bermuara dari kekeruhan jiwa itu bakal menyekat kejujuran mereka berkarya. Ameen."
Tuhan kami, Engkau sangat mengetahui kelemahan diri ini yang amat sulit menyusun jalan cerita dan plot karya novel untuk mengguling Najib Razak itu. Maka, campakkanlah petunjuk supaya Najib Razak benar-benar jatuh terguling terjelepuk dan wajah Rosmah berbotox itu pun jadi tersembamlah ke selut berlumpur dengan karya-karya kami selama ini.
Tuhan kami, dengan penghantaran semula peguam Bourdon ke Perancis sejurus beliau tiba di KLIA itu, patutnya karyawan kita membuka mata, tapi depa ni cuma asyik mengampu dan membisu saja ke atas kebiadapan Najib Razak itu walaupun kecurangan di dalam pembelian kapal selam Scorpene itu jelas terpampang dek mata mereka sendiri.
Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Malik Mulk, Raja Segala Raja, jatuhkanlah kerajaan Najib Razak, gulingkan pemerintahannya lewat tangan-tangan karyawan yang beriman penuh dan bertaqwa teguh menjunjung titah perintah-Mu. Beri kami kekuatan pena guna menggalas amanah yang Engkau berikan... Amin sekali lagi ya Raabbb...
Syahadan, kalakian wal arakian...
"Napoleon berkata, berita tersebar dengan cukup pantas di Paris, tapi berita tentang Gossip Girls ternyata lebih pantas daripada itu," kata-kata akhir dari drama Gossip Girls itu tadi aku petik.
Napoleon, dengar khabarnya pernah berpeluh dengan muncung kalam pemberitaan yang ditulis para wartawan itu cepatlah disebar menjatuhkan dirinya. Itulah kuasa media ketika Facebook, Twitter dan Youtube belum muncul. Sekarang bagaimana kita mahu menyuntik unsur kapal selam Scorpene ke dalam drama-drama Barat agar ia lebih mudah dihadam dan cepat diingati oleh kalangan remaja kita pada hari ini?
Perlukah kita memanfaatkan jaringan Bersih 2.0 yang sudah ada jaringan antarabangsa sehingga ke UK baru-baru ini? Di Amerika, Perancis, Kazakhstan dan Mongolia, sememangnya sudah ada Alumni Bersih 2.0 kah? Apakah Steven Spielberg itu boleh kita rekrut jadi wakil Bersih 2.0 di Hollywood?
Sekolah Pemikiran Pendang, 11:15 p.m

Tiada ulasan:
Catat Ulasan