Katha ke-2...: Pedoman mencari kebenaran
"Selepas Al-Qur'an dan hadis, maka jiwa yang ingin mencari ketenangan, kebahagian dan mencari Al-Haq perlulah merujuk ahli zikir untuk mencari pedoman, kebenaran. Yang mesti diingat ialah, ahli zikir itu adalah orang yang bersolat."
Syarah ringkas: Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, maka siapa murabbi yang boleh memberikan petunjuk pedoman dalam usaha mencerahkan jiwa? Maka, pada setiap zaman telah ada pemimpin jiwa yang memimpin rohani setiap anak-anak Adam itu. Antara mereka itu adalah Ahli Zikir.
"Fas'alu ahlaz zikri in kuntum la ta'lamuun..." - "Maka, bertanyalah kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui..."
Dan, ahli zikir itu sudah semestinya dia sangat akrab dengan Tuhan Pencipta dengan amalan-amalan tertentu. Dan, ahli zikir itu sudah semestinya seseorang yang menunaikan solat.
"Wa aqimis solaata li zikri..." - "Dan, dirikanlah SOLAT sebagai cara MENGINGATI-KU (ALlah)"
Kalau seseorang itu mendakwa kekasih Tuhan, telah mencapai tahap dan darjat tertentu, lantaran itu dia tidak perlu lagi menunaikan solat maka tertolaklah kedudukannya sebagai pemimpin jiwa dan terkeluar dia daripada senarai ahli zikir. Gelaran sebagai ahli sihir adalah terlebih layak baginya berbanding gelaran ahli zikir itu.
Wallahu'alam bissawaab...
Katha 1: Pemuda yang diancam oleh da'wahnya lebih utama kedudukan berbanding raja penda'wah

#########################
Katha 1: Pemuda yang diancam oleh da'wahnya lebih utama kedudukan berbanding raja penda'wah
"Bahawa kedudukan mereka yang memelihara iman kala darurat saat nyawa diancam jauh lebih utama lagi awla berbanding seorang raja yang menyebarkan dakwah ke seluruh alam..."
Syarah ringkas: Dinamai Surah Al-Kahfi, merujuk kisah pemuda di awal surah itu yang berjuang menyabung nyawa, berlindung di gua demi menyelamatkan aqidah mereka. Walhal, raja Zulkarnain yang memiliki jalur kekuasaan di Timur dan Barat dan mampu menundukkan segala bangsa di bawa panji aqidah Tauhid tidak dinamakan dengan surah tersebut. (Termuat di dalam Tafsir Al-Fansuri dan Kuliah Pagi Jumaat)
Moralnya, janganlah para pemuda itu berasa rendah diri kerana mereka fikir bahawa mereka tiada kekuasaan untuk mengubah masyarakatnya ke arah kebaikan kerana Allah s.w.t sangat adil dalam penilaian amal kita.
Dan, bukanlah suatu keutamaan bagi tiap-tiap pemuda untuk menyimpan cita-cita merebut kekuasaan dengan bermodalkan keyakinan bahawa hanya dengan kekuasaan yang direbutkan itu, maka da'wah akan mudah.
Segala catatan di dalam 'Langgar Sakti' ini bolehlah diambil dengan syarat ditulis sumbernya. Hak Cipta Terpelihara (C) Al-Fansuri (1977 - 20??) Pencatat boleh dihubungi lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan