Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Sabtu, 22 Mei 2010

Fakulti Pembangunan Universiti

secara ringkas, merumuskan hasil debatan Suara Siswa baru-baru ini (Tajuk: Adakah siswa tidak matang?) sebagai berikut:-



1. Menteri dan pentadbir universiti yang menganggap mahasiswa tidak matang (maka dengan sebab itu, siswa tidak perlu masuk parti) secara tidak langsung adalah orang yang mungkin tidak matang menilai kematangan mahasiswa itu sendiri.

2. Mana-mana pemimpin pelajar yang menganggap pelajar tidak dan belum matang, sebaiknya sedar bahawa dirinya sendiri tidak matang dan oleh kerana itu, dialah yang sebenarnya terlebih awla untuk tidak menceburi dunia kepartian. Jangankan berparti, untuk memimpin mahasiswa sekali pun, pemimpin mahasiswa jenis ini tidak layak.

3. Pemimpin yang matang sekali pun, berhak membuat keputusan untuk berparti atau tidak mahu berparti. Jadi, kenapa sanggup berkata demikian hanya kerana takut kalau mahasiswa itu berparti? Sedangkan, 'hukum' berparti itu jatuh harus, bukannya wajib.

4. Isu kematangan mahasiswa ini tidak boleh dilihat secara menyeluruh, tapi kena kita tinjau menurut kadar kemampuan TIAP-TIAP seorang pelajar itu sendiri. Tidak benar menyatakan semua mahasiswa tidak matang. Mungkin, hanya PEMIMPIN mahasiswa itu sahaja yang tidak dan belum matang, tapi dihukum seolah-olah semuanya kurang matang. Ini tidak adil. (tumpukan pada SETIAP individu bukan masharakat atau warga negara, menurut Al-Attas. Jadi, ini persoalan SETIAP siswa, bukan masharakat siswa)

Salinan kepada Saifuddin Abdullah, Fazley Yaakob Suara Siswa, Najib Razak, Anwar Ibrahim.

'Mood': Sedang fikirkan cara menyampaikan dakwah Hasan Al-Banna dengan menulis surat buat pelajar yang membuat maksiat setelah Ummuhani Abu Hassan menyatakan lewat perutusan di wall Facebooknya bahawa antara punca maksiat ialah kerana ada yang tolak kemungkaran dengan hati-iaitu dengan cara berdoa (dengan tafsiran saya sendiri-dengan izin-baca: berdoa sahaja). Siapa yang ingin sertai gerakan ini, ayuh!

Juga sedang fikirkan keputusan untuk tubuhkan Jabatan Dakwah & Kepemimpinan Kampus, insya Allah Ta'ala...

#########################

baru mendapat maklumat bahawa USM anjurkan Syarahan Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas bertajuk Higher Education in Islam baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah berkata, Prof SMN Al-Attas telah menerangkan secara bersepadu suatu sistem untuk menterjemahkan pendidikan di dalam kerangka fikiran kita, iaitu dengan bermula, secara strategiknya di universiti.

"Menurutnya, matlamat pendidikan dalam Islam bukanlah sekadar melahirkan warganegara atau pekerja yang baik sahaja, tetapi adalah untuk melahirkan insan yang baik. Warganegara atau pekerja yang baik tidak semestinya menjadi insan yang baik. Tetapi, sebaliknya, insan yang baik sudah semestinya menjadi warganegara dan pekerja yang baik.,." tulisan Saifuddin dipetik.

http://www.saifuddinabdullah.com.my/post/2010/08/09/Membina-pemikiran-pendidikan-kita.aspx

'Mood': Sedang mencari kumpulan yang boleh memberi pandangan balas ke atas apa itu Kebudayaan Barat menurut tafsiran Al-Attas. 
3:17 petang, 9 Ogos, 2010, Jabatan Pembangunan Universiti, SPKB.

###############

mencadangkan Fakulti Pembangunan Universiti ini dipecahkan kepada empat jabatan:-

1. Jabatan Dakwah Kampus

2. Jabatan Politik Kampus

3. Jabatan Kebudayaan Kampus

4. Jabatan Pembangunan Intelektual

Ada sebarang penambahan, usul, penokokan, pengurangan dan lain-lain cadangan?

1. Jabatan Dakwah & Kepemimpinan Kampus
Bertindak sebagai badan untuk mengkaji dan penyelidik perkembangan kegiatan dakwah dalam kampus-kampus.

2. Jabatan Politik Kampus
Sebagai badan untuk membuat kajian, penyelidikan berhubung kegiatan politik kampus dan juga membuat bantahan ke atas warga-warga kampus

3. Jabatan Kebudayaan Kampus
Mewujudkan kumpulan-kumpulan kebudayaan untuk menyampaikan pesan-pesan politik serta isu-isu semasa melalui kegiatan kebudayaan seperti pementasan teater.

4. Jabatan Pembangunan Intelektual
Mewujudkan kelab-kelab, menyusun bengkel-bengkel di kampus dengan tujuan membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan isu semasa, debat ilmiah akademik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan