Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Sabtu, 22 Mei 2010

Jabatan Politik Kampus, Fakulti Pembangunan Universiti

Nota 6: Warga kampus perlu galas amanah untuk berjuang di Galas!
menyeru 'warga kampus' (siswa dan pensyarah dan kakitangan universiti) agar terjun beramai-ramai ke dalam pilihan raya kecil di GALAS kelak.

Bersamalah kita mengGALAS amanah bersama di Galas demi agama-bangsa-negara.


Walau Khaled Nordin melarang, kampus mengugut, TNC menggugat dengan amaran pecat, namun biar kali ini kita saksikan sejauhmana HEP dan KPT dapat menangkap & menahan kita semua yang turun di Galas nanti.

Kita mahu tengok juga, sejauh manakah KPT larat dan HEP terdaya nak hukum semua yang turun di Galas nanti. Kita nak lihat juga, sanggupkah HEP dan KPT membicarakan 20,000 warga kampus itu selepas tamat tempoh berakhir pilihan raya itu nanti?

Cabarlah Auku lewat tindakan bersama dan bukan sekadar laungan kata-kata
Auku bukan hanya perlu dimansuhkan, tetapi juga dicabar oleh tindakan-tindakan kita secara berjemaah. Dan kekuatan kita untuk mengulang-ulang cabaran seperti inilah yang paling ditakuti oleh HEP dan KPT.

Bahawa kegelapan tidak akan pergi jika kita mengusirnya hanya dengan kata-kata. Nyalakan dian dan pelita. Bergerak, suluhlah kegelapan. Bahawa kegelapan kejahilan itu tidak dapat diusir dengan bicara semata-mata, kerana cuma Tuhan sahajalah yang mampu menggerakkan alam lewat firman-Nya; 'Kun Fayakun'.

1 Oktober, 2010, Fakulti Pembangunan Universiti, SPKB

##################

Nota 5: Gerakan Al-Kahfi perlu diutamakan berbanding JI!

Kalau pun Ketua Polis Negara (KPN) Musa Hassan mahu basmi keganasan di kampus, saya harap janganlah disempitkan usaha memerangi keganasan itu seperti yang ditakrifkan oleh Amerika dan Israel.

Ini memperlihatkan kita sebagai tali barut Amerika, Israel pada masa akan datang. Mungkin generasi hari ini tidak bersuara. Tetapi pada masa depan, anda akan dinilai dengan pandangan yang sangat buruk dan serong.

Suatu masa dahulu ketika Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri semua media dan masyarakatnya telah memihak kepadanya sebagai jaguh kemerdekaan. Kini, sudah ramai yang pertikai kedudukan Tunku itu.

Dulu, pada zaman kegemilangannya, Fir'aun dianggap Tuhan kerana dia sendiri mengisytiharkan hal tersebut di depan rakyatnya sendiri. Namrud sendiri menganggap dirinya Tuhan yang boleh menghidupkan dan mematikan.

Tapi... di manakah kedudukan Fir'aun dan Namrud sekarang di mata masyarakat? Di manakah Hajjaj yang memburu dan menindas ulamak-ulamak terdahulu?

Ringkasnya, ketika kita masih hidup dan berkuasa, kita boleh menempa nama kerana kita sudah menguasai media dan segala-galanya, termasuk mahkamah. Tapi, adakah nama kita harum atau membusuk lalu mereput dalam ingatan manusia terkemudian?

"Saudara... ketahuilah bahawa sikap anda menahan Jemaah Islamiyyah (JI) di kampus hari ini akan dikenang sebagai tindakan At-Taturk, Hajjaj, Haman, Fir'aun dan Namrud..."

"Mahukah saudara jika ditawarkan sesuatu yang lebih baik jika saudara mahukan kebaikan?"

"Tumpukan terhadap siasatan ke atas GERAKAN AL-KAHFI yang menjalar dengan pesatnya di kampus IPT sekarang ini. Mereka inilah yang patut disiasat. Saya ingin bertanya, adakah Pertubuhan Gerakan Al-Kahfi ini juga turut berada dalam senarai siasatan saudara?"

##########################

Nota 4: Kes UKM 4 perlu didebat di Parlimen Mahasiswa
Apabila menonton debat antara tenaga pengajar Permata Pintar pagi tadi, maka saya teringat Parlimen Mahasiswa. Maka, inilah nota ringkas SPKB kepada Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin...

"Kami menyeru Kementerian Pengajian Tinggi agar dapat mendebatkan isu UKM 4 dalam Parlimen Mahasiswa terlebih dahulu." - Pendirian Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB)

Saudara Khaled Nordin,
Saya menyeru saudara agar memberikan perhatian sewajarnya ke atas hal yang kami ingin sebutkan di bawah ini.

Kerajaan telah merestui penubuhan Parlimen Mahasiswa untuk membincangkan segala perkara yang terkait dengan isu-isu kemahasiswa di negara kita.

Maka, dengan ini, kami menyeru tuan agar mengheret isu UKM 4 ini ke Parlimen Mahasiswa itu untuk dibincangkan secara terbuka dan telus.

Saya meminta supaya rancangan debat dalam Parlimen Mahasiswa ini dapat dihebahkan juga di dalam televisyen seperti mana yang pernah dilaksanakan RTM terhadap parlimen kita.

Sekian dengan itu, terima kasih.

Guru Besar Sekolah Pemikiran Kg Baru,
(Cawangan Kolej Pendeta Zaaba, UKM)
10:28 p.m, 7 Jun, 2010

############################

Nota 3: Peguam Negara kata Seksyen 15 Auku dah mansuh?
Sedang berbual dengan Soh Sook Hwa tadi berhubung kes semakan terhadap Auku yang dikatakan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Ketika disoal berhubung perkembangan dalam mahkamah kelmarin, beliau berkata, "Ada masalah sikit, Peguam Negara cakap Seksyen 15 dalam Auku sudah dimansuhkan."

"Eh! Habis tu kenapa kes Hilman dan rakan-rakannya tu masih lagi ada? Mereka itu akan dihukum menggunakan Seksyen 15 Auku!" kata saya lagi.

Sook Hwa diam, tidak menjawab. Kami sama-sama barangkali kebingunan. "Ya, saya sedang mencari lagi maklumat mengenai hal ini..." katanya lagi.

"Sama ada Peguam Negara pun tak tahu, dia pun tak 'alert' dengan pindaan sebelum ini, atau dia mungkin tipu, berbohong," saya menambah.

Dan, masa terus-menerus berlalu tanpa kami menaip apa-apa lagi di YM sehinggalah dia menaip pautan 'ink' berikut...

1 Jun, 2010 / 8:49 p.m.

############################

Nota 2: IPT curang dalam hal memberi keizinan siswa berucap di Sudut Pidato?

Saya akan menulis laporan ringkas kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah berhubung kekecewaan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap kelembapan Sudut Pidato sejak empat bulan yang lalu.

Antara pemimpin pelajar yang boleh dirujuk dalam hal ini ialah Hilman Idham yang ada pengalaman berdepan dengan karenah birokrasi universiti dalam hal meluluskan ucapan mereka di Sudut Pidato itu.

"Kita kena beri satu salinan teks ucapan kepada universiti terlebih dahulu sebelum kita diberi ruang untuk berucap di Sudut Pidato itu."

"Kemudian, kita terpaksa menunggu beberapa minggu untuk mendapatkan kelulusan dan keizinan universiti untuk berucap di situ," kata beliau kepada saya tak lama dulu. Pengalaman ini, mungkin disemak, dirujuk secara langsung kepada beliau.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=499383

Nota kuliah Jabatan Politik Kampus, Fakulti Pembangunan Universiti. --- kemaskini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan