Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Ahad, 27 November 2011

Islam & Revolusi ('Syed' Fansuri 'Al-Attas')

Ketika jam hampir 1 pagi, saya pun pulang dari rumah Alo. Lalu, dalam debat-debat mengenai pertimbangan buruk baik berhubung revolusi mengguling Najib Razak (apa pengisian selepas kejatuhan Najib) itu turut dibualkan. 

Bualan turut mencapah ke arah seputar permasalahan puisi protes sempena Hijrah (Muharram) untuk pertahankan Kg Bandar Dalam. 

Antara lain, catatan yang termuat di dalam telefon bimbit adalah seperti berikut:-

"Turkey's pro-Islamic leader has built his (secular, democratic, Western friendly) nation into a regional powerhouse...

... but can his example save the Arab Spring?"
--> [Catatan muka depan TIME]

(a). Erdogan's Way; semak majalah TIME.
(b). perihal usul 'penarafan' status kedudukan Negara Islam terbaik di dunia;
(c). Apakah itu politik Islam? Ia mestilah sifar rasuah, pertahankan integriti, dll;
(d). Kisah mantan KPN kahwin artis?;
(e). Meluncurkan kebudayaan baharu Pakatan Rakyat dalam kempen-kempen kesedaran, khasnya dalam adab bersalam lelaki dan perempuan.
(f). Semak idea-idea Che' Guevara dan;
(g). Himpun ideologi revolusi anak muda dengan idea dan ideologi yang mereka imani...
(h). Perlunya akhbar alternatif, media baharu berhaluan kiri dan/atau revolusioner membuat jaringan di peringkat antarabangsa dalam rangka menggulingkan Najib.
(i). ...dan lain-lain perkara...


Kisah sampingan, cerita serpihan tentang masa depan Pakatan Rakyat...

Menurut Alo, ada seorang lelaki China yang kaya memberi wang sejumlah RM50,000 kepada PKR, RM50,000 kepada DAP dan RM150,000 kepada Pas.

Apabila ditanya kenapa lebih wang diberi kepada Pas, maka kata lelaki Cina yang kaya itu, "Saya hanya percaya kepada Pas setelah kejatuhan PR di Perak.

"Yang menyebabkan PR di Perak jatuh terguling adalah dua parti ini sahaja; DAP dan PKR..."


Moral of the story - calon mana pun yang bangkit selepas ini, maka hendaklah mereka memelihara kepercayaan rakyat ke atas mereka kerana yakin dan percaya dipertaruhkan itu sangat tinggi nilai dan tidak dapat dijual beli di pasar-pasar borong.

Kepercayaan itu bukan lagi ukuran material, tapi ukuran spiritual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan