Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Ahad, 27 November 2011

Islam & Revolusi ('Syed' Fansuri 'Al-Attas')

Ketika jam hampir 1 pagi, saya pun pulang dari rumah Alo. Lalu, dalam debat-debat mengenai pertimbangan buruk baik berhubung revolusi mengguling Najib Razak (apa pengisian selepas kejatuhan Najib) itu turut dibualkan. 

Bualan turut mencapah ke arah seputar permasalahan puisi protes sempena Hijrah (Muharram) untuk pertahankan Kg Bandar Dalam. 

Antara lain, catatan yang termuat di dalam telefon bimbit adalah seperti berikut:-

Selasa, 22 November 2011

Perutusan Hijrah: Hijrah Ke Arah Penggulingan Najib Razak

Catatan 3:

"Uwais Al-Qarni, tinggal di Qarn, nama sebuah desa di Yaman. Uwais tidak dikenali sahabat, tapi hanya dikenali Nabi s.a.w sebab mereka punya pertalian rohani. 

"Antara sahabat, Huzaifah Al-Yamani (dari Yaman) punya keistimewaan mengenali siapakah sang munafik. Manusia Yaman punya beberapa limpahan kerohanian.

Sabtu, 19 November 2011

Historical Fictions, by Fansuri 'Al-Attas' (Catatan Seorang Revolusioner)

1 Hijrah

Kali ini, dua kali Nazmi Yaakub call. Dia bertanya tentang acara malam ini. Kali pertama saya buat lawak, "Err... Ada acara apa?" Dia terdiam. Mungkin di hatinya berkata, "Cis! Kurang asam..."

Lalu ketawa pun pecah. Ok! Saya mengaku, ini malam ada Historical Facts & Fictions! Kali kedua dia call, "Jom makan di Wak Manjor. Kita kena cepat. 8:30 malam kena ada di sana dah. Kalau tidak, tak ada tempat duduk..."

Saya hanya berkata, "Wokeh!" 

Apakah malam ini saya berjaya mencari di manakah rumah Al-Attas? Adakah Hijrah itu merupakan satu titik permulaan ke arah usaha-usaha mengguling Najib Razak di Putrajaya? Sama-sama kita saksikan debaran ini.