Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Sabtu, 19 November 2011

Historical Fictions, by Fansuri 'Al-Attas' (Catatan Seorang Revolusioner)

1 Hijrah

Kali ini, dua kali Nazmi Yaakub call. Dia bertanya tentang acara malam ini. Kali pertama saya buat lawak, "Err... Ada acara apa?" Dia terdiam. Mungkin di hatinya berkata, "Cis! Kurang asam..."

Lalu ketawa pun pecah. Ok! Saya mengaku, ini malam ada Historical Facts & Fictions! Kali kedua dia call, "Jom makan di Wak Manjor. Kita kena cepat. 8:30 malam kena ada di sana dah. Kalau tidak, tak ada tempat duduk..."

Saya hanya berkata, "Wokeh!" 

Apakah malam ini saya berjaya mencari di manakah rumah Al-Attas? Adakah Hijrah itu merupakan satu titik permulaan ke arah usaha-usaha mengguling Najib Razak di Putrajaya? Sama-sama kita saksikan debaran ini.



Tadi petang, emak kirim sms, "Jangan lupa baca du'a awal dan akhir tahun..." Saya bergegas dalam pencarian. Akhirnya, saya bertemu du'a tersebut, iaitulah seperti di bawah ini...

DU'A AWAL TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


DU'A AKHIR TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Apakah boleh kita tafsirkan du'a ini untuk mengarahkan ma'nanya kepada usaha penggulingan Najib Razak? Kini, akal fikiran saya sedang giat berusaha menuju ke arah tafsiran semula ke atas du'a ini untuk mengguling Najib!


@@@@@@@@@@@@@@@

menerima sms dari Nazmi Yaakub, "Ali, jom kol 8mlm ni dekat nasi lemak wak manjor. Lepas tu boleh ke sdyarahan prof naquib kat utm kg baru." 
Saya silap suatu hal. Tiket Badai Semalam telah dibeli petang kelmarin untuk tayangan malam ini. Mungkin selepas tamat tayangan, saya boleh bergegas ke sana, mendengarkan saki-saki peninggalan kuliah yang ada.
Dalam era-era penggulingan Najib Razak ini, segalanya mesti pantas bergerak! Syahadan, barangsiapa yang ada bawa alat rakaman, audio kaset, harap manfaatkan peralatan tersebut demi tugas-tugas revolusi

"Revolusi! Sampai Mati!" 'Dr' Ali Shari'ati Fansuri, (1977 - 20??)

Dengan ma'af teman, aku kelewatan, telat lagi 'breathless'!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan