Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Isnin, 1 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai - Pak Sako Fansuri

[Plot Jalan Cerita - ]

Dalam satu perhimpunan, @Najib Razak marah-marah kerana Bersih 2.0 berjaya mengirim gelora gelombang kuning itu ke United Kingdom hingga Ratu Elizabeth pun berpakaian serba kuning.

Maka, dalam satu ucapannya, Najib pun berpidato dengan nada marah-marah dan suara serak-serak basah, "Sempena Ramadan yang mulia ini, kita tahu bahawa wujud gerakan yang memecahbelahkan masyarakat kita. Kita mesti sedia mempertahan maruah kerajaan yang sedia ada..."


Sambil memetik nas ayat Al-Quran yang mana teks bacaannya disediakan oleh agamawan Wahabi Umno Literalis, maka Najib bertarannum...

"Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan kepada ulil amri..." kata Najib lagi.

"Bacalah ayat itu sampai perabih," laung seseorang dari arah tengah Dewan Hadhari itu. "Minkum (dalam kalangan kamu) tu nak letak kat mana?"

Najib tercangak-cangak, pidatonya terhenti sebentar, dia terketar-ketar. Belum pernah terjadi sebelum ini pidatonya diganggu rakyat. Tiba-tiba, kepala beliau terasa berpusing. Dia pun pening lalu rebah. Sepasang kasut singgah ke mukanya! Cermin matanya pecah dan bingkainya retak.

Namun, sekuat-kuat hentaman kasut itu, belum sekuat hentaman 12 bom kanister yang meledak lalu salah satunya terkena pipi kiri seorang pengawal keselamatan Anwar sehingga tulang pipinya retak, berkecai lalu terjatuh dalam terowong ketika insiden 9 Julai lalu.

Najib terasa matanya pedih, terlalu pedih! Seperti ada tusukan di dalam matanya. Ada serpihan kaca yang terbenam dan hampir mengenai anak matanya lalu beliau dikejarkan ke hospital.

Pengawal keselamatan dan FRU berjaya menangkap seorang anak muda yang membaling sepasang kasut dengan tepat ke muka Najib Razak itu. Lalu,dia pun terhukum penjara dan disiasat bertalu-talu ala unit risikan Mossad Israel dan Gestapo.

"Kamu kerja kat mana?" tanya Ketua Polis Negara.

"Saya kerja kat Dawama," kata Sako. "Kami semua diberhentikan kerja berkuatkuasa 1 Ramadhan lalu, gara-gara Najib dan Muhyiddin..."

"Saya tidak peduli semua itu. Apa yang penting sekarang ialah keselamatan Perdana Menteri. Kamu tahu!? Gara-gara kenakalan kamu tadi, Najib Razak cedera parah. Doktor cakap, mungkin Najib akan koma. Siapa nak jaga Rosmah!?"

"Cincin berlian dari New York tu kan ada? RM24 juta ke RM73 juta. Ah! Kalau RM1 juta pun, Rosmah mesti makan tak habis punyalah!"

Pang! Satu tamparan hebat mengenai pipinya. Lebam biji matanya seperti gaya Rahim Noor menumbuk mata Anwar dalam Reformasi 1998 dahulu. Anak muda itu, Sako namanya, seorang budak grafik membuat reka bentuk majalah di Dawama. Dia kini dihukum penjara sepanjang Ramadan untuk dikenakan soal siasat berhubung perkara balingan kasut yang cukup tepat beliau lakukan sehingga terkena ke wajah Najib Razak.

Akibat kuatnya daya hentaman itu, media arus perdana melaporkan bahawa PM Najib Razak kini dilaporkan terlantar koma!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan