"Allahumma inna nas'aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhotika wan nar."
4 pagi, 3 Ramadan - kita sepatutnya makan makanan ringan ketika Maghrib, baru tidak terasa berat kepala. La ni dah terjaga! Tak tahu nak buat apa... catatan harian ringkas hari ini, adalah sebagai berikut:-
Saya temui sebuah kedai menjual basikal lipat (foldable bicycle) di Alur Setar dekat Jalan Seberang Perak, tempat Dr Mahathir lahir. Ia mungkinlah sesuai untuk dibuat penggambaran The Bicycle Diaries oleh Gie Guevara Fansuri nanti.
Yang termurah pun berharga RM220, tapi ia adakah tayar keras yang tidak perlu lagi kita pam dan masukkan angin? Saya khuatir dalam perjalanan ke Palestin, Mekah dan Madinahdengan basikal ini, kita berdepan dengan masalah tayar pecah berulangkali.
Sebuah laporan berita yang paling menghampehkan ialah ...
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4683-selepas-mismah-52-lagi-pr-jadi-warganegara-dikesan
Semua deretan peristiwa ini semakin menguatkan lagi kehendak mahu berkereta api macam Gandhi dan mahu berbasikal ke seluruh Malaya untuk menggulingkan Najib Razak.
Inilah kisah warga tanah seberang yang sudah diberikan kad biru semata-mata untuk memenangkan pilihan raya akan datang. SPR diam membisu sahaja akan hal ini. Nampak gayanya, memang kena buat revolusi lagi ni! Bersih 2.1 mesti dilaksanakan segera! Kita bukan anti warga tanah seberang, melainkan dasar Najib yang terkait dengan soal pemberian kad pengenalan biru inilah puncanya kita jadi tertekan!
Beberapa pemandangan yang saya lihat petang tadi saya catat dalam nota...
burung walit di Seberang Perak / rumah pangsa Tongkang Yard / masjid ihsan berdekatan tokong Cina di Tongkang Yard / Asrama Darul Azam tinggal usang / rumah Ust (Ali Al-Hikam Ibnu Athaillah) sudah kosong? / Masuk Maktab Mahmud (saya perlukan sebulan untuk meredah semula kenangan lama) / di Masjid Akar Peluru, bertemu Muzammil, dia cakap Ustaz Zainol Asri dok bawak Al-Hikam di Masjid Sultanah Bahiyah. Kami berbual tentang peranan dan fungsi masjid sudah hilang serinya, puncanya, ia bukan 24 jam lagi beroperasi - patut ada pak guard sama yang dok jaga masjid)
----------
Tidak terdaya menahan rasa kantukku. Gagal jemaah terawih dan berdepan lama-lama di depan leptop boleh mengundang kebosanan tahap agung. Kita makin bertambah usia dan makin menongkah arus kedewasaan, kenangan manis ketika remaja dan muda-muda seakan-akan berlari-lari dari fikiran kita lama-kelamaan. Tetapi, dugaan itu tidak seberat orang-orang yang dibuang pekerjaan ketika Ramadan ini.
Ini ujian hidup yang lebih perit. Semua ini akan terpalit ke atas semua kita kalau kita tidak bersedia. C P sudah call di Kuala Lumpur, menandakan bahan-bahan revolusi mesti segera dihantar. Sekarang, aku sedar kenapa Jepun bertuhankan pejabat dan 'agama' bagi mereka adalah 'amalan' pekerjaan.
Barangkali, hubungan ketepatan waktu dalam mesyuarat Jepun ada kaitannya dengan kepercayaan bahawa pekerjaan dan kamar pejabat itu agama baru bagi mereka. Seperti kita dengan pedoman Surah Al-'Asr.
Dalam kesibukan ini, aku menyemak bahan-bahan yang ada. Terjaga dari lelap, kini, aku menggosok mataku berulangkali. Sulitlah hendak dipercaya, tapi kalau benar terasa terharu jua.
"Suratman Markasan, penyair veteran, sasterawan ternama di Singapura kirim puisinya ke Harakah untuk menyokong Bersih 2.0?" getus hatiku. Lalu, ia berkembang dengan kelopak-kelopak kegembiraan yang sedang menguntum senyum mekar.
Turut disentuhnya ialah kehadiran A Samad Said dalam Bersih itu. Saya fikirkan bahawa akan tiba ketikanya, Najib Razak akan berpeluh jua jikalau Bersih digerakkan oleh para penyair Nusantara. Ia menguatkan lagi iltizam diri ini agar berkelana ala Che Guevara dalam buku, filem The Motorcycle Diaries di seluruh Nusantara. Kita semua patut menjadi ejen perubahan di seluruh belahan dunia Asia.
Kita wajib, sunnat dan harus menubuhkan pasukan sasterawan dan penyair rakyat yang akan mengembangkan tuntutan ke arah pilihan raya yang bersih di seluruh dunia. Angkatan sasterawan dan penyair pro-Bersih ini mesti ada di China, termasuklah (khasnya) di Mongolia, Kazakhstan dan Rusia juga!
http://www.pustaka.com.sg/Penulis_Kami/Suratman_Markasan.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan