Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Ahad, 13 Jun 2010

Fakulti Alam Melayu

Nota 2: Fakulti Alam Melayu, Jabatan Pemikiran Melayu
menonton slot Lagenda, Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) di TV3 kini. Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB) sifatkan bahawa, asal-usul tamadun manusia yang terawal itu ada yang bermula dari wilayah PERGUNUNGAN dan daerah PERBUKITAN juga.


Selepas bah besar, bahtera Nabi Nuh mendarat di puncak Banjaran Ararat (Taurat). Dan, Al-Quran merincikan lagi bahawa bahtera itu telah mendarat di Gunung Judi di banjaran itu.

Sejak beberapa lama, manusia berada di puncak gunung kerana bimbang bah besar itu. Akhirnya, baharulah mereka mendirikan penempatan di kawasan lembah.

Banjaran di Malaysia disebut Banjaran Titiwangsa (TITI WANGSA) kerana, muballigh Islam terawal di Alam Melayu sejak pengaruh Hindu - Buddha telah masuk ke daerah pergunungan dan perbukitan seperti Wali Songo yang mendirikan pusat pengajian di tempat tinggi.

Mereka jadikan banjaran gunung itu sebagai TITI, jambatan sebagai meniti hubungan dakwah sejak zaman-berzaman.

Antara sunan yang mendirikan pesantren di pergunungan selain Sunan GUNUNG Jati, ialah Sunan Muria (Gunung Muria), Sunan Giri. Giri menurut Kamus Dewan, istilah ark (arkaik) sl (sastera lama) bermaksud GUNUNG!

Manusia terawal mendirikan kawasan pemerintahan di gunung, bukit. Sebab itu juga, takrif NEGARA mengikut Kamus Dewan itu (maksud II) ialah "puncak bukit yang agak rata, penara bukit."

Hal ini berlaku lama sehinggalah 'NEGARA' dipindahkan ke tanah rata dan bukan lagi di perbukitan, pergunungan yang kerap dilambang sebagai kayangan (tempat tinggi).

Gunung adalah tempat rasul-rasul (Musa, Isa, Muhammad dan Ibrahim) bermunajat dan menerima wahyu terawal. Dan mengikut lagenda, ada tapak Nabi Adam a.s di Sri Lanka, tempat baginda bermunajat di gunung, bukit atau tempat tinggi.

Maka raja-raja Melayu mewasiatkan dalam wasiat kedua, "Kami isyitiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain GUNUNG-GANANG, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;..."

Wasiat ini dihormati hinggalah wujudnya politikus yang mengkhianati raja-raja dengan memberi bukit, untuk dijadikan tempat perjudian!

Nota kuliah: 4:00 petang, 20 Jun, 2010


##############################

Nota 1: Fakulti Alam Melayu, Jabatan Pemikiran Melayu
Syahadan, mewakili anak-anak Melayu, Islam di Tanah Melayu ini, maka saya ingin bertanya...

Arakian adapun wasiat yang kedua oleh raja-raja Melayu yang terkandung dalam 7 Wasiat Raja Melayu telah menyebutkan...

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, SELAIN GUNUNG-GANANG, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; ..."

YB-YB di Parlimen, mohon tanya soalan di Parlimen - "Genting Hingland (GUNUNG-GANANG) yang diserahkan sebagai tapak perjudian terbesar di Tanah Melayu ini adakah ia bercanggah dengan wasiat raja-raja Melayu sejak merdeka?"

Nota: Dicatat pada 7:31 petang, 13 Jun, 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan