Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Jumaat, 11 Jun 2010

Fakulti Falsafah

Nota 3: Darihal Bid'ah, dan Pengertian Sesat
Al-Quran dan Hadis adalah 'peta kehidupan' dan 'kompas perjalanan jiwa dan kompas roh' dalam rangka menemukan jalan pulang ke negeri akhirat.

Kalimat Adh-Dholal (sesat) merujuk kepada golongan yang tidak menemui peta Al-Quran dan kompas hadis ketika berlayar dan berdagang dan berkelana dan mengembara di dunia sementara menunggu tempoh kepulangan ke negeri abadi.


Bagi manusia yang terperangkap di dalam lingkaran Adh-Dholal, mereka tidak tahu pun bahawa mereka akan diperhitungkan.

Maka, peta Al-Quran dan kompas hadith itulah yang mengirim faham akhirat sekali gus menunjukkan letak duduk sebenarnya hakikat kehidupan ini.

Manusia ini ibarat pedagang, saudagar kapitalis di dunia, berlayar di samudera dunia mencari modal dan bekal untuk dipasarkan di akhirat. Amal mereka menjadi modal untuk 'dipasarkan' di depan Tuhan.

Amal yang baik lahir dari jiwa yang baik akan 'dipasar' ke syurga. Manakala amal yang buruk daripada jiwa buruk akan dibakar ke neraka. 

Oleh itu, amalan terpenting di dunia ini adalah usaha mendekatkan manusia itu kepada peta Al-Quran dan kompas hadis itu sendiri, mengajak dan menyeru mereka untuk memahaminya.

Bid'ah itu adalah sesat dan sesat (bid'ah) itu di neraka

Maka, baginda nabi pun bersabda agar kita menjauhi bid'ah. Sabda rasul, "Setiap bid'ah itu adalah kesesatan dan yang bernama kesesatan (Dholalah) itu, tempatnya di neraka."

Maka, formula bid'ah itu adalah seperti berikut; Bid'ah ---> Dholalah (sesat) ---> neraka. Atau... kesesatan itu akan berlabuh di neraka. Kesesatan akan menjadi bahan makanan neraka sepertimana dosa-dosa manusia yang akan menjadi bahan makanan neraka, sebagai kayu yang dijilat api.

Maka, formula bid'ah itu; Bid'ah = (Adh-Dholaalah) [Neraka]

Misalnya, nikah itu sunah nabi. Lawan sunnah nabi (nikah) adalah zina. Ia bid'ah kerana tidak dilakukan oleh nabi-nabi, ia bukan amalan yang disahkan nabi termasuk hubungan sejenis dan yang selaras dengannya.

Oleh itu, mereka yang membudayakan zina sebagai cara hidup, mengesahkannya atas nama seks bebas sudah pun sesat kerana hidup berpandukan pendapat jumhur masyarakat yang rosak (masyarakat yang memandang zina itu sebagai tidak salah, atau judi sebagai tidak salah, atau melihat arak sebagai perkara biasa).

Pengikut ajaran sesat terjebak ke lembah bid'ah

Di sana, ada pengikut ajaran sesat yang sudah menyimpang jauh daripada sunnah tetapi tidak pula dibid'ahkan amalan mereka walaupun jelas ajaran-ajaran ini sudah dilabelkan sebagai AJARAN SESAT (Adh-Dholal).

Antara ciri-ciri ajaran sesat (kerap menamakan mereka sebagai amalan tarekat) itu, ialah berzina dengan guru mereka untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Arak telah diangkat haramnya ke atas mereka dan solat sudah tidak lagi wajib ke atas mereka dan menunaikan fardhu haji itu tidak semestinya di Mekah sahaja.

Amalan ini tentu jelas-jelas sesat (adh-Dholal), tetapi jarang-jarang dibid'ahkan oleh kalangan pihak tertentu, walaupun para pengikut ajaran sesat ini sudah beriman, percaya bahawa segala fahaman dan amalan-amalan itu adalah benar, sah dan tidak jauh menyimpang daripada ajaran Tauhid.

Gerakan Al-Kahfi yang menular di kampus-kampus misalnya menganjurkan para pengikutnya agar tidak lagi bersolat atas alasan negara kita ini belum lagi mencapai darjat Negara Islam seperti yang dibangunkan nabi.

Itu kes kepercayaan ajaran sesat. Maka, penganut faham Kebudayaan Barat pula ada yang melihat zina tidak salah kerana membabitkan kesukarelaan sesama lelaki dan wanita. Faham-faham ini menetas dan merentas ke dalam ruang fikir Melayu Muslimin juga dalam kalangan anak-anak muda, belia, beliawanis dan anak kampus.

Maka, amalan pelaku zina (bid'ah), minum arak, berjudi sudah tidak menghiraukan petunjuk 'peta Al-Quran', dan tidak mengikuti 'kompas hadis' dalam melayari bahtera kehidupan ini. Mereka tersesat dalam pencarian majna hidup sejahtera di dunia ini. Oleh sebab mereka kesesatan ini, maka layaklah tempat mereka di neraka.

Manakala yang masih mengamalkan bacaan Yaasin, membaca qunut, yang masih merupakan peninggalan atau warisan nabi, atau amalan yang tidak dilakukan nabi tapi amalan masih terpayung di bawah pengesahan nabi, maka tidak boleh disamatarafkan dengan kesesatan itu.

Oleh kerana mereka masih belum tersesat kerana tidak amalan itu berasal daripada amalan nabi dan amalan itu sah dengan faham pengakuan nabi, maka ia masih sunnah. (mungkin sunnah ini boleh disifatkan sebagai sunah 'tidak kuat ' kerana nabi tidak lakukan, tapi ia masih disahkan, diperakui lewat pengakuan lisan nabi).

Dengan sebab itu, amalan yang tidak dilaksanakan nabi tapi disahkan oleh lisan dan pengertian dan semangat dan jiwa dan nurani nabi, maka ia masih terpayung dalam amalan yang disahkan nabi, tidak termasuk di dalam wilayah kesesatan (dholaalah) dan tidak akan masuk ke neraka hanya kerana membaca Yasin pada malam Jumaat dan lain-lain amalan yang difitnahkan sebagai bid'ah oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.

Wallahu'alam...

Sekolah Pemikiran Gunung Jerai, Kedah.

Di dalam Usul Isyrin (Asas 20) Al-Fansuri.

####################

Nota 2: Pengertian rasuk dan hasut, dna hubungkaitnya dengan penjajahan 
Saya menyifatkan tanah di dunia ini asalnya 'kosong' walaupun ada haiwan, tumbuhan, flora & fauna.

Maka, manusia datang lalu kehadiran mereka MENGHIDUPKAN, MEMBERI NAFAS, MENGIRIM NYAWA kepadanya (dunia) lalu ia pun dinamakan NEGARA, TANAH AIR serta ia pun dipecah-pecahkan wilayahnya kepada MUKIM, DAERAH, PEKAN, KUALA, TANJUNG, SEMENANJUNG, KAMPUNG.

Ibarat jiwa, ruh yang dihembuskan, dimasukkan ke dalam tubuh, jasad, raga menjadikan makhluk baharu itu sebagai INSAN, maka begitulah 'tanah kosong' (jasad, raga & tubuh) itu diberikan nafas dan nyawa dengan meletakkan 'manusia', 'khalifah' diserap ke dalam dunia ini.

Apabila manusia itu dinamakan 'khalifah, maka mereka dikembarkan dengan TAUHID, ISLAM, sebagai pegangan hidup.

Iblis, syaitan (minal jinnati wan naas - dalam kalangan jin dan manusia) akan selalu menceroboh dan MENJAJAH daerah kedaulatan hati manusia, khalifah ini dengan HASUTAN DAN RASUKAN.

Adapun HASUTAN itu jajahan taklukan 'jin, insan jahat' ke atas HATI, AQAL manusia.

Manakala, RASUKAN adalah sejenis JAJAHAN taklukan 'jin, insan jahat' ke atas JASAD JIWA manusia.

Syaitan dalam kalangan manusia jahat seperti PENJAJAH British, Belanda dan lainnya yang pernah menjajah NEGARA sudah lama MERASUK dan MENGHASUT PEMIKIRAN rakyat sehingga mereka tersesat dalam banyak cabang, juzuk kehidupan mereka.

Usaha-usaha untuk memerdekakan anak bangsa daripada belenggu rantai kesesatan HASUTAN DAN gejala RASUKAN ini hendaklah melalui JAMPI, SERAPAH AL-QURAN & acara KEILMUAN yang BERTERUSAN.

Oleh itu apabila tibanya AJAL DUNIA (KIAMAT), maka ditandai dengan kejatuhan moral, sikap manusia khalifah yang menjadi RUH, JIWA bagi dunia (JASAD) ini. Dunia bagaikan jasad, insan itu bagaikan ruhnya. Maka ajal dunia (kiamat tiba) ketika manusia sebagai ruh dunia telah sesat.

Jika ajal manusia tiba, bermaksud bercerainya ruh dengan jasad, maka ajal dunia, kiamat datang dengan sebab dan punca manusia itu sendiri. Bukan jin sebagai penentu ajal dunia ini.

Risalah Hikmah, Fakulti Falsafah

####################

Nota 1: Fakulti Falsafah, Jabatan Pengajian Islam
Berbincang bersama Din of PTS dan Tarmizi UKM di cafe Kolej Pendeta Zaaba mengenai Islamisasi Ilmu dan takrif Barat.

Kami pun membuat rumusan mengenai 'produk' wacana Islamisasi Ilmu untuk menjawab pertanyaan seorang mahasiswa kepada Prof Wan Atma mengenai produk Islamisasi Ilmu itu.

Lalu, saya kata, "Produk Islam (Islamisasi Ilmu) itu (mungkin) penyucian jiwa manusia itu sendiri dan ia mencetak makna kebenaran. Ini kerana, produk Islam juga adalah keadilan. Kebenaran itu lampu suluh untuk mencapai keadilan. Tanpa kebenaran, kita tak dapat mencapai keadilan. 'Produk' Islam adalah keadilan dalam menjatuhkan hukuman."

Produk Islam adalah 'arti' (ilmu dalam diri) bukan 'arta' (harta benda). Produk Islam adalah diri, bukan harta.

Nota kuliah: Sekolah Pemikiran Kg Baru, Fakulti Falsafah, Jabatan Pemikiran Islam. 11:00 pagi, di cafe Kolej Pendeta Zaaba, UKM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan