(Tempat pelabuhan catatan tentang himpunan isim, aurad, hizib, ilmu hulubalang Melayu, wirid-wirid tarekat dan medan perkongsian amalan-amalan untuk kepentingan kita bersama.)
Saya lalu bertanya lagi kepada Cintazeni, "Apakah faedahnya?" Selanjutnya beliau berkata, "Tidak dapat dipastikan fadhilatnya dengan sahih. Yang diketahui hanya, "tidak akan mati pada tahun itu". Walaubagaimanapun, harus bersandarkan bahawa segalanya atas Qada' dan QadarNya jua."
################################
Catatan 3: Membuka penglihatan batiniah
Maka, inilah amalannya jika kalian dapat beramal dengannya. Ia disampaikan oleh arwah Tok Mey Perlis kepada Pak Su Abdul Hamid Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.
(1) Selawat 1000x; (bebas menggunakan selawat apa pun...)
(2) Al-Fatihah 1000x (tiba Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in... mintak dibuka segala-galanya);
(3) Ala ya'lamu man khalaq... (Al-Mulk: 14) 4001x.
Berkata Tok Mey kepada diri ini, "Mulakan sejak Maghrib dan akhirkan dan cuba khatam semuanya menjelang Subuh esoknya. Jika tidak... ulanglah semula untuk mendapat fadhilatnya." Wallahu'alam...
Maka, barangsiapa yang mendapat faedahnya, mohon berjumpa saya. Ada hal mustahak ingin dibicarakan berhubung nasib dunia ini. Sekian terima kasih.
##############
Catatan 2: Menekankan 'wa tawallani fi man tawallait...' dalam bacaan Qunut di bulan Ramadhan
Meriwayatkan sebagai berikut: "Saya mendengar daripada Paksu Abdul Hamid Bukit Tembaga, berkata, "Saya selalu menekan-nekankan mengulang bacaan wa tawallani fi man tawallait dalam bacaan Qunut." ('Hadis' riwayat Al-Fansuri)
Syarah ringkas: Menurut beliau Paksu Mid, bacaan itu memungkinkan para pengamalnya mencapai tahap dan martabat dan maqam yang tinggi di sisi Allah s.w.t, seakan martabat para wali, auliya'. Wallahu'alam...
Berkata Al-Fansuri, maka barangsiapa yang ingin memburu kemasyhuran namanya di sisi Allah, membanyak amalan ini dalam bacaan Qunut dalam bulan Ramadhan ini ketika berterawih dan ketika solat Subuh. Semoga kita beroleh limpahan rahmat dan curahan keberkatan dalam hidup. Ameen... (1:17 p.m, 16 Ramadan 1431)
#############
Catatan 1: Mimpi bertemu Rasulullah s.a.w
Insyaallah saya dan Paksu Mid Kuala Pai akan berada di Manjung Perak di alamat No 310, Desa Manjung Raya 1, pada lusa 02.12.2011.. Sesiapa yg berhajat menemui Paksu Mid dipersilakan.
BalasPadam