Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Selasa, 17 Ogos 2010

Al-As'ilah Wal Ajwibah (Siri Soal Jawab)

Soalan: Semasa saya di matrik, saya pernah kena repeat 1 paper, sebab terlalu banyak jawatan yang saya pegang atas alasan nak bawa agenda jemaah. Tetapi, bila saya kena repeat tak ada pula orang tanya masalah saya.

Bolehkah kalau disebabkan perkara-perkara macam ni, (pointer menurun, masalah kewangan, atau masalah lain yang terbeban ke atas bahu kita sebagai pelajar dan ahli gerakan, kita tolak segala taklifat yang ada atas bahu kita? Atau, taklifat yang akan diberikan kepada kita? Ada rakan saya kata, kalau saya tolak (jawatan-jawatan yang akan diberikan) maksudnya saya macam kurang beradab dalam berjemaah, betulkah?

Sebenarnya saya dah letih bila saya beritahu senior tentang masalah saya. Mereka kata duduk dalam gerakan Islam kena tadhiyyah, tapi kenapa mereka tidak tekankan rukun bai'ah tentang ukhwah? Rasanya, susah nak dapatkan sahabat yang betul-betul menjaga kebajikan kita. Kadang-kadang saya rasa bila masa nak bagi jawatan, pandai cari kita. Bila kita susah, kita saja terkontang-kanting sendiri. Saya sudah letih mendengar jawapan, tadhiyyah, tadhiyyah...


Joe

Jawapan: Dalam penyusunan ... insya Allah Ta'ala...

###################

Soalan: Biar siswa belajar terlebih dahulu kemudian barulah masuk politik kepartian. Ini akan mengganggu tumpuan pelajaran mereka.

Jawapan: Pertamanya, Kelab Umno telah wujud sejak lama dan itu bukanlah sebab kemasukan mereka ke dalam Kelab Umno itu tidak mengganggu tumpuan pelajaran mereka.

Antara yang merosakkan fikiran mahasiswa ialah gejala hedonisme, budaya hidup bersuka-suka, ada mahasiswi yang menjadi GRO dan mahasiswanya terjebak dengan kegiatan dadah. Hal ini juga mengganggu pelajaran mereka. Ada lebih banyak unsur-unsur luaran yang mengganggu tumpuan siswa ini daripada belajar.

Maka, pandangan yang menyatakan tumpuan mahasiswa terjejas jikalau masuk parti adalah helah di pihak golongan yang berasa terancam jika mahasiswa dibenarkan berpolitik secara kepartian itu.

Sekurang-kurangnya, setakat ini ada dua golongan yang menentang kewajaran siswa berpolitik kepartian ini, pertama yang jujur berasakan siswa itu akan terganggu pelajaran. Kepada golongan ini, kita jawab begini - bukankah di setiap universiti ada kelab pembimbing rakan sebaya yang menjadi pembimbing dalam masalah akademik?

Juga, di universiti ada unit kaunseling di bahagian HEP. Dan juga di setiap pusat pengajian dan fakulti, sudah ada jurukaunseling dan kaunselor yang akan memberi nasihat kepada siswa itu. Malah, siswa itu sendiri sudah ada penasihat akademik yang akan merundingkan subjek apakah yang sesuai bagi tiap-tiap siswa itu sendiri.

Jadi, dengan semua watak kaunselor di setiap jabatan dan peringkat fakulti ini, kita yakin mahasiswa itu dapat imbangi politik kepartiannya dengan pelajarannya.

Golongan kedua adalah yang mungkin berasa terancam dengan kemasukan mahasiswa ke dalam ruang politik kepartian. Antaranya HEP yang khuatir banyak rahsia mereka tersebar ke peringkat luar. Mereka ini mungkin berasa malu untuk menyatakan yang benar, iaitu mereka rasa terancam dengan keadaan siswa masuk parti.

Jadi, golongan kedua (HEP) ini pun menggunakan hujah yang sama, iaitu kononnya mereka risau kalau siswa itu tidak belajar, padahal yang sebenarnya kekhuatiran itu timbul jika pelajar itu mengancam mereka apabila mereka sudah terlibat dalam politik kepartian. Suara-suara mereka akan dengan lebih jelas kedengaran hingga mengganggu ketenteraman HEP, dan bukan mengganggu ketenteraman kampus universiti pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan