Salam tuan Muhyiddin Yassin,
Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Ramadhan... segala puji bagi Allah Tuhan sarwa sekalian alam dan berlimpahan selawat atas jnjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Inilah sebuah kisah coretan awal mengenai Melayu dan perpaduan mengenainya. Catatan ini ditujukan kepada tuan setelah kami pertimbangkan beberapa 'sebab'.
Tapi, akan letak duduk beberapa 'sebab' itu biarlah dijelaskan kemudian nanti, insya Allah. Bagaimanapun, 'sebab' yang boleh kita perturunkan di sini ialah kerana tuan datang daripada sebuah parti Melayu. Juga, kerap kedengaran di gegendang telinga kita berhubung keinginan parti tuan yang mahukan Melayu itu bersatu.
Kita harus tahu sedar bahawa adapun bangsa Melayu ini adalah bangsa pilihan Tuhan yang menguatkan Islam pada akhir zaman ini dan justeru itu, segala usaha memulihkan tiang seri dan sendi kekuatannya perlulah diambilkira dan diambil peduli segera.
Melayu itu sebenarnya tidak berpecah seperti mana anggapan parti tuan. Tidak, ia tidak pernah berpecah. Kalimat pecah sudah masuk ke dalam fikiran 'bawah sedar' pemimpin parti tuan lalu ia menjelira di fikiran ahli-ahli Umno lain.
Lalu, kalimat itu didendangkan dan dinyanyikan dan digemakan sehingga berjaya mengelirukan beberapa jiwa lemah dan fikiran yang lumpuh oleh penipuan media selama ini. Kita faham benar bahawa ma'na 'pecah' di sini bukanlah pecah dalam ta'rif agama, dan tafsiran hadis nabi yang mulia sebagai berikut:-
"khilaf baina ummati rahmah, wal firqatu azab..."
Perpecahan ideologi parti adalah salah satu bentuk sengketa idea dan 'PEMIKIRAN' lalu ia tidak melambangkan sengketa 'HATI' dan perasaan. Khilaf itu melibatkan sengketa fikiran dan 'firqah', amalan berpuak-puak dan berkelompok akibat sengketa hati sehingga menimbulkan dengki dan iri hati dan dendam itulah yang sebenar-benarnya melambangkan perpecahan.
Oleh yang demikian, sengeketa perbalahan antara 'ideologi' kepartaian sebenarnya bukanlah lambang kepada perpecahan Melayu seperti yang digambarkan oleh partai tuan selama ini. Ia cuma sengketa pemikiran, khilaf akal dan sengketa akliah pendapat bukan merujuk perpecahan di hati.
Gaduh-gaduh suami isteri mengenai ke kampung halaman manakah yang mesti mereka balik pada hari raya aidilfitri nanti misalnya melibatkan pemikiran bukanlah perpecahan dalam erti kata sebenar. Perceraian suatu pernikahan itulah berpecah, bercerai kasih sehingga termaktub dalam sebuah hadis nabi...
"Satu-satunya perkara halal, tapi tidak disukai Allah ialah lafaz talak..."
Malah, ada juga kita dengar pendapat bahawa saat kalimat cerai ini dilafazkan, maka bergegarlah tiang-tiang arasy di langit. Demikianlah betapa hebatnya lafaz talak itu. Gaduh-gaduh suami isteri yang melibatkan fikiran mengenai hari raya kali ini nakpulang beraya ke desa suami atau isteri itu, tiadalah menggegarkan tiang arasy.
"Hey, tahun lepas kan sudah balik desa abang!?" desak Dang Rosmah, sambil menjegilkan mata
kepada suaminya Hang Najib sejurus sebelum suaminya mahu turun rumah kerana menunaikan solat terawih tadi malam. "Tahun ini, baliklah ke rumah dinda pula!"
Adapun Hang Najib itu, dia boleh mencari seribu satu macam penyelesaian. Mungkin diajak isterinya menyambut hari lebaran di luar negara; Abu Dhabi atau Dubai sebagai jalan pintas guna menenangkan derita perasaan yang berkubang di hati isterinya itu.
"Kita bercuti di Mongolialah senang sikit," kata Hang Najib sambil menaruh ketayap putih di atas kepalanya. "Tak payah gaduh nak fikir balik raya di Negeri Sembilan atau di Pekan itu."
"Yey! Horay, boleh beraya di Mongolia!" terkinja-kinjalah Dang Rosmah kerana sampailah seruan dan hajat di hatinya, mahu raya di luar lingkungan daerah itu. Bukan sahaja perlu berfikir 'out of box', fikir di luar kotak, hatta nak raya sekali pun mesti bersifat 'out of country' juga.
Tuan, demikian gaduh sengketa dan perang laki bini itu. Ia tidak pernah kunjung padam dan berkesudahan nampaknya. Nampaknya, hari pertama lagi, saya sudah 'fail', gagal memelihara tulisan saya. Geram sungguh! Saya cuba mahu jadi baik, tetapi entahlah kenapa dalam kes mereka ini, saya jadi gagal memelihara tulisan saya.
Zaman dulu, kita dengar orang menyeru agar dipelihara hati dan fikiran dan perasaan dan mata dan lidah. Sekarang, dengan ada perkakasan Twitter dan Facebook dan Blog dan Wordpress dan segala macam itu, maka tiada dapat juga saya peliharakan tulisan saya ini daripada mengutuk kebiadapan pihak-pihak tertentu.
Tuan kena menerima saya seadanya. Saya adalah produk resapan perilaku kebejatan moral pemerintah yang tidak jujur selama ini.
Ketidakjujuran mereka telah menyulitkan usaha memupuk 'perpaduan' Melayu dalam tafsiran partai tuan sendiri (sebenarnya yang berpecah adalah bangsawan, Melayu bawahan tidak berpecah pun)
Kita juga ingin bertanya, adakah kalimat perpecahan itu bermaksud 'perpecahan undi' yang menjadi alat dan aset untuk Melayu bangsawan ini terus berkuasa? Jika perpecahan undi Melayu itu lambang perpecahan Melayu sebenar, maka tiada dapat kita setuju dengan pandangan semacam itu.
Kita fikir, dalam tempoh sekarang ini, kalimat perpecahan undi itu sudah menyerap ke hati, masuk merasuk ke ruang bawah sedar dan terserap ke fikiran bawah sedar rakyat kini, lalu jadilah perpecahan undi itu sebagai lambang perpecahan Melayu adanya.
MELAYU ITU BANGSA PENGHULU
Kedudukan Melayu sebagai 'bangsa penghulu' adalah kedudukan yang perlu kita sandarkan sebagai judul perbincangan kali ini. Suatu ketika dahulu, golongan muballigh Arab telah tiba ke Nusantara dan mereka mengislamkan para penduduk di sini.
Kesan-kesan dakwah Islam itu sangat pantas mengalir ke dalam ruh dan jiwa Melayu sehinggakan termaktub dalam Perlembagaan, Melayu itu beragama Islam, manakala Raja-Raja Melayu itu diangkat sebagai pembela atau pemelihara Islam.
Hal itu berlaku secara idealnya, tapi bercanggah dengan realiti hari ini. Tapi, tidak mengapa. Mendebatkan ideal dan realiti tidak akan menemui jalan akhirnya. Ia dua jalur perjalanan yang berbeza. Kita perlu debatkan ideal bersama ideal. Al-Qur'an yang ideal itu mestilah didebatkan muatan isi kandungannya dengan Bible yang ideal juga. Akhlak dan perilaku dan perangai tidak boleh disebut lagi di sini.
Kedudukan Melayu sebagai 'bangsa penghulu' itu, sangat besar ertinya kepada perkembangan dakwah dan siasah Islam akhir zaman ini. Bangsa Penghulu itu berperanan besar sebagai penyatu umat Islam secara keseluruhan.
Memang peranan ketua dan pemimpin dan penghulu ini adalah menyatupadukan dan mempersatukan aliran-aliran yang bercanggah itu.
Pilih pilih tempat mandi
Esa telok kedua pantai
pilih pilih tempat menjadi
Esa elok kedua pandai.
Esa elok kedua pantai
Ketiga dengan jamban di hulu
Esa elok kedua pandai
Ketiga baik 'bangsa penghulu'.
Esa telok kedua pantai
pilih pilih tempat menjadi
Esa elok kedua pandai.
Esa elok kedua pantai
Ketiga dengan jamban di hulu
Esa elok kedua pandai
Ketiga baik 'bangsa penghulu'.
Dalam surat ini, 'bangsa penghulu' adalah gantian kepada perkataan 'Ketuanan Melayu' yang cenderung disalahertikan oleh kaum lain sebagai 'master' (tuan), lalu kaum lain menganggap diri mereka sebagai 'slave' (hamba).
Ada maksud iktisad dan ekonomi di sini; tuan (master) itu kaya dan pemilik hartanah dan pemeras dan penindas sedangkan hamba (salve) itu bermaksud orang miskin yang berhutang lalu terpaksa menggunakan kudratnya untuk membayar piutang gara-gara tidak dapat membayar kemerdekaan dirinya akibat berhutang tadi dengan sejumlah wang kepada tuannya (peminjam) itu.
Kalimat 'Bangsa Penghulu' di sini sangat akrab dengan nilai-nilai pandai (ilmu dan pengetahuan dan seni) dan elok (akhlak dan moral dan etika). Maka, jalinan dan gabungan nilai 'pandai' dan 'elok' inilah yang telah melayakkan Melayu menjadi 'bangsa penghulu'. Sedangkan 'Ketuanan Melayu' sangat akrab dengan penindasan kapitalis dan wang dan pangkat dan kekuasaan dan DEB, dan MEB dan rasuah dan penyelewengan.
Tuan,
Hendaknya tuan mengkaji asal-usul kedatangan Islam ke tanah Melayu ini dengan jujur sebab Umno itu partai Melayu. Kita telah diikat dengan segala macam adat dan pantang larang dan etika bangsa dan moral yang telah lama diamalkan oleh leluhur sebelum ini telah menyebabkan Allah s.w.t memilih kita sebagai 'bangsa penghulu'.
Diriwayatkan oleh leluhur kita yang terdahulu mengenai bagaimana Rasulullah s.a.w telah masuk ke dalam mimpi raja-raja untuk mengislamkan mereka sehingga Islam berkembang subur pada hari ini. Semua ini sudah pun dirancang dan janganlah parti tuan ini yang akan merosakkan segala perancangan Tuhan ini.
Saya khatamkan dahulu bualan kita di sini. Nantilah bila-bila kita sambung semula insya Allah Ta'ala...
Wassalam...
Jam: 1:30 petang - 2:30 petang
Tempat: SPKB
Tarikh: 1 Ramadhan, 1431
Tiada ulasan:
Catat Ulasan