11 Ramadhan | 21 Ogos (Sabtu)
Pergi ke rumah Prof Wan di Sg Merab. Aku terlewat sampai. Ny tak jadi datang. Lutfi, Zarif, Ali Atan dan abangnya Arif menunggu di UKM.
Mujurlah Hilmi tiba-tiba call ketika aku di LRT Kg Baru. Jadi, aku boleh pi dengan dia. Itu pun banyak dugaan sepanjang perjalanan. Aku tunggu di stesen Bangi dan dia tunggu dekat komuter UKM. Akhirnya, tibalah juga di rumahnya. Rumahnya macam Istac! Wah!
Dalam perjalanan, Hilmi sebut mengenai tuduhan dan fitnah dan dakwaan yang terpalit ke atas Prof Al-Attas. Tuduhan membazir dan rasuah, padahal ia tidak berlaku. Kasihan sungguh.
"Prof Al-Attas tak suka beli barang dari orang tengah, jadi dia terus berurusan dengan pembekal," kata Hilmi ketika kami dalam perjalanan ke rumah Prof Wan.
Hal itu, tambah Hilmi menyebabkan wujudnya ruang untuk menuduh beliau atas rasuah. Oh! Sungguh zalim...
"Tuduhan lain Al-Attas itu dikatakan suka membeli barang mahal-mahal dan membazir," katanya lagi. "Sebenarnya, barang-barang perabot itu berkualiti tinggi dan tahan lama. Kalau UIAM beli, memang setiap tahun kena tukar, kena pakai duit banyak juga."
Akhirnya, baru aku tahu bahawa ada rancangan-rancangan tersirat nak bukukan pengalaman mereka di Istac ini, untuk buat pendedahan berhubung fitnah yang pernah dilemparkan ke atas mereka.
Kalau aku nak tolong, mahu dimulakan dari arah mana? Prof Wan? Dr Zainiy Uthman?
Kuliah mengenai Budaya Ilmu ini sepertinya akan diadakan secara bersiri. Rugi aku tak ada MP3 player. Aku bercadang mahu membukukan jawapan dan kuliah-kuliah ini juga walaupun ada tegahan Prof Wan yang minta jangan ditulis dalam blog dan Facebook. Ah! Aku rasa hal sensitif kot yang mereka agak keberatan.
Kalau isu-isu ilmiah, akademik, tak ada apa rasanya kot? Aku namakan kuliah ini sebagai Kuliah Terakhir, The Last Lecturer, macam The Last Supper; kisah Nabi Isa dan Hawariyyun dalam jamuan terakhir mereka.
Prof Wan sebak juga bila menyebut kisah Umar yang tidak dapat menerima hakikat tentang pemergian nabi itu. Katanya, selepas ini, Tuhan tidak lagi bercakap dengan mereka.
"Macam Prof Al-Attas, kalau dia dah tak ada, siapa nak ganti dia? Ibu mertua saya kalau dah tak ada, habis peluang saya dan tak boleh lagi bercakap dengannya," katanya dengan nada sebak. Memang dia pun mutakhir ini sibuk menjaga ibu mertuanya yang sedang tenat berjuang meneruskan hidupnya itu.
10 Ramadhan | 20 Ogos (Jumaat)
Bertemu Solahuddin USM ketika berjalan di bazaar Ramadan Jalan Raja Muda Musa. Kini dia bekerja di Menara Berkembara Petronas kat aras 56. Kami bertukar-tukar no hp. Dia juga mengikuti perkembanganku di FB rupa-rupanya. Sungguh kuat kesan dan pengaruh FB ini rupanya
Petang ini hajat daku ke UM tidak kesampaian, ingat boleh jumpa buku Ma'na Kebahagian. Di dalamnya ada takrif Barat menurut Al-Attas. Urgh!
Malam. Ny datang berkenalan dengan Naz, 'house-mate' aku yang sudah ada dua novel itu. Kedudukannya sebagai novelis menyebabkan si Ny ini sanggup berkelana ke sini. Naz terharu lantaran wartawan BH Sastera menziarahinya. Rupa-rupanya, hari ini ada iftar bersama Abim di BH. Jadi, sebab itu Ny call aku petang tadi.
"So, rumah ni dah jadi rumah penulis," kata Ny lagi. Tetapi mana tahu kalau-kalau mulut dia masin, rumah ini akan jadi sejarah selepas aku mati. Aku banyak diam. Malam ini aku cepat mengantuk. Entahlah kenapa. Terlelap aku di atas sofa tadi.
Kami berlabuh di kedai makan nasi lemak Dang Wangi akhirnya Ny bagi mengiktiraf nasi lemak itu sebagai sedap. Aku cerita kenapa aku boleh tiba ke sini. Daku kerap bank-in cek di Bank Islam di sini, kemudiannya, aku singgah di sini bagi meraikan kejayaanku bank-in cek.
"Kadang-kadang, selepas bank-in cek, aku terus ke pawagam Capsquare yang tidak jauh dari situ," kataku lagi. Jalan kaki pun boleh sampai. Kg Baru ni unik bagiku. Ada bahagian kecil nampak kampung, tapi sebelahnya itu sudah moderen dengan begitu pesat dan pantas sekali!
Antara bebelan khutbah yang paling menarik ialah kemunculan Assasin, Hassasin. Dia menegur kehidupanku sebagai minimalisme sebagai keadaan yang merbahaya.
"Kelompok ini boleh ditarik menjadi Assasin," katanya, sambil merujuk bukunya The Assasin Business yang dibelinya dengan harga RM17. "Tapi, kelompok ini akhirnya sukar dikendalikan sebab mereka ada kesedaran moral..."
Patutnya, aku dah beli MP3 player di Low Yatt, untuk merakam bualan-bualan semacam ini. Patutnya dengan bertukar fikiran seperti inilah, pengetahuan kita akan mula bertambah.
Antara lain, falsafahku menyebutkan isu takbur dan makar (tipu daya) Tuhan yang tidak boleh dianggap gelap, sebab Dia adalah Tuhan. Fa alhamaha fujuraha wa taqwaaha - maka Dia yang ilhamkan kejahatan dan jalan menuju ketaqwaan. Hal ini mungkin tercurah dalam tafsiranku kelak, biar pun Ny lihat daku cenderung seperti Muktazilah. Aku tidak pernah baca fikiran Muktazilah, tahu-tahu saja bila aku cakap, orang dah dakwa daku Muktazilah. Lah... aku nak buat macam mana? Pemikiran itu tidak boleh dianggap sebagai suatu jenayah...
Rumusan lain (1) kelemahan Universiti Al-Azhar, sikap pegawai Universiti Al-Azhar yang sangat meloyakan. "Burkha...!" kata Ny. "Itu maksudnya dia suruh kau datang esok, walaupun masih ada banyak masa."
(2) Aku bangkitkan isu terjemahan kitab-kitab Arab ke dalam bahasa Melayu yang sangat kurang. Yang ada, ialah dalam bahasa Indonesia. Dia bersetuju. Kalau aku faqih dan fasih berbahasa Arab, insya Allah aku mahu terjemahkan Futuuhat Makkiyah Ibnu Arabi, pegangan Paksu Hamid Bukit Tembaga itu. Baru 'cool'.
"Kau dah habis terjemah Rice Without Rain kan?" Ny bertanya.
"Ya, sudah, kenapa?" aku menjawab ringkas.
"Cubalah kau hantar kat ITNM. Urusan mendapatkan hak terjemahan tu ITNM akan buat," katanya lagi. Aku tak terfikir pulak nak hantar ke badan berkanun itu selama ini.
(3) Ada dua hikmah kenapa Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Pertama, bahasa itu indah dan ayat yang disebutkan dalam bahasa Arab itu menyampaikan makna yang lebih jelas ketimbang bahasa lain. Kedua, bangsa Arab itu sendiri adalah bangsa yang kuat ingatan dan daya hafalannya. Itu sangat membantu dalam hal penyusunan semula Al-Quran selepas berlalunya beberapa tempoh masa.
9 Ramadhan | 19 Ogos (Khamis)
Mengirim bahan sastera. Juga bahan lain. Banyak betul masa aku terbuang di FB. Kalaulah dihimpunkan balik dan digunakan secara kreatif, mungkin boleh buat duit ni. Hurm...
Don F mengirimkan sms, menyatakan bahawa Syakir al-Kanadi (Canada) tidak dapat berbuka puasa. Juga, Hasni Paksi mengirim sms berhubung mesyuarat kos buku terbitan Paksi itu.
8 Ramadhan | 18 Ogos (Rabu)

"Saya ni tak pernah ada cita-cita nak menggantikan tempat Al-Attas. Jadi pembantu dia pun, syukurlah, nikmat besar dah," katanya lagi.
################

######################
9 Ramadhan | 19 Ogos (Khamis)
Mengirim bahan sastera. Juga bahan lain. Banyak betul masa aku terbuang di FB. Kalaulah dihimpunkan balik dan digunakan secara kreatif, mungkin boleh buat duit ni. Hurm...
Don F mengirimkan sms, menyatakan bahawa Syakir al-Kanadi (Canada) tidak dapat berbuka puasa. Juga, Hasni Paksi mengirim sms berhubung mesyuarat kos buku terbitan Paksi itu.
######################
8 Ramadhan | 18 Ogos (Rabu)
Don F kirim sms berhubung cadangan berbuka puasa di Kg Baru esok. Aku setuju. Alo sms, "Lama tak sembang-sembang dengan anta. Datanglah Ampang."
Pergi ke Kelana Jaya, mengambil tiket filem Grown Ups dan hadiah The Expandables; t-shirt, pisau. Dalam LRT aku tadarus Al-Quran.
Al-Qur'an Society
Aku terfikir nak memasyarakatkan Al-Quran, mungkin boleh berkempen seperti baca Al-Quran@LRT. Setiap ahli digalakkan mendaftarkan nama mereka dalam Goodreads.com dan masukkan Al-Quran dalam senarai bacaan mereka.
Aku tiba di Kg Baru, jam 4:32. Beratur ambil bubur lambuk. Aku beli murtabak Din dan air jagung di Bazaar Jalan Raja Alang. Masa jalan, aku fikir bahasa Arab yang diajar hari ini melambatkan orang fahami Al-Quran.

###################
17 Ogos - 7 Ramadhan (Selasa)
Pagi jam 9 pagi kurang lebih, menerima sms dari Prof Wan Atma. Ini mungkin peluang baik mengetengahkan kursus Kebudayaan Barat dalam fikiran Al-Attas seperti kursus Titas di universiti. Mungkin hasil bahasan itu boleh dibawa kepada kementerian pengajian tinggi?
Jam 3 petang Lutfi Ishak sms, "Aku nak pi rumah Prof Wan jam 5 petang ni Sabtu ni, hang nak ikut?"
Malam ini, Prof Wan call balik, dan kami buat perjanjian. "Sabtu depan, jam 2 petang sampai 5 petang..."
Semalam, terfikir dalam renungan, tenungan dan menunganku untuk menubuhkan akhbar maya; Jala Post, Yala Post, Jala Merdeka atau Yala Post. Agaknya nama mana yang lebih 'catchy', hadhari dan glokal?
###################
16 Ogos - 6 Ramadhan (Isnin)
Sibuk mengendalikan bahan akhbar. Sms Yus yang bertanyakan hal Sharil Tabi. Baru aku tahu kedudukan."Saya nampak awak di Astro Awani. Tapi, dah jadi Sharil Tabi," katanya melaporkan. Eh, bila masalah pulak aku dah tukar nama? Kawanku silap letak nama ker?
Baru tengok GMUN 2010, yang berada di bawah UN. Aku sedang mengumpul nama-nama mereka dalam Fansuri's List (peniruan daripada filem Schindler's List). Nanti aku cuba lobi mereka kalau berkesempatan.
Yang aku nak tanya, dengan segala rumusan dan resolusi ini, ke arah manakah perginya kalau tiada peranan PBB. Kalau semua ini masih lagi suatu sandiwara, belia ini perlu mendesak negara-negara mereka agar keluar segera daripada United Nations atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.
Angin Rindu Sarajevo siarkan babak Natasha berdemonstrasi di UIAM. Tapi, kena tangkap juga. Ada dua pertanyaan di sini. Bukankah Malaysia melawan penindasan bangsa Serbia ke atas Bosnia? Jadi, kenapakah mereka itu ditangkap di bawah undang-undang universiti?
Kedua, UIAM di bawah Akta Syarikat. Jadi Auku tidak terkena ke atas UIAM. Tapi mungkin juga aku silap pandang. Apakah di sana ada undang-undang khas seperti yang dinyatakan lewat drama itu?
Mukadimah drama ini amat cepat dan pantas berjalan, tidak sempat aku catatkan nama-nama pelakon Bosnia ini untuk disimpan dalam Fansuri's List. Juga, kalau mereka ada Facebook, boleh aku jemput mereka itu.
###################
15 Ogos - 5 Ramadhan (Ahad)
Filem Hanging Up di TV2 mengingatkan aku mengenai anak-anak yang sudah tidak mempedulikan ibu bapa.
Aku rasa, hari ini orang dah mula buang anak dan anak dah mula buang ibu bapa mereka. Semoga penyakit ini tidak merebak dalam kalangan ahli keluargaku dan keturunanku. Ameen...
###################
14 Ogos - 4 Ramadhan (Sabtu)
Sepatutnya kuhadir ke mesyuarat Seminar Ekonomi di MBSA, Selangor anjuran kumpulan anak-anak muda dan YB-YB yang menyokong Anwar Ibrahim itu. Tapi...aku punya rencana lain. Mungkin daku akan menulis surat peribadi berhubung kaedah dan cara-cara meningkatkan iktisad dan pendidikan Selangor, insya Allah.
Petang di Amcorp Mall, bergelut sakan dengan Ny dan Lutfi ketika membeli-belah buku-buku. Rupanya aku tidak digoda oleh aneka juadah dan makanan, tetapi digoda oleh buku-buku. Ralat kerana tidak membeli The History of Myths karya Karen Armstrong.
###################
13 Ogos - 3 Ramadhan (Jumaat)
Carum KWSP. Hala balik, berjalan di Bazaar Jalan Raja Alang. Izwan Astro Awani tarik tanganku, lalu bertanya mengenai harga ayam. Aku cakap, kerajaan kena bincang dengan pembekal dan pemborong.
###################
12 Ogos - 2 Ramadhan (Khamis)
Prof Wan Atma sms, "Ali, telp saya tadi? Wan". 5:58:42 petang. Rupa-rupanya, hpku tertelefon hp dia. Baru teringat bahawa memang ada hajat nak berbincang juga dengan beliau. Entah bila nak jumpa beliau ini.
Dalam renunganku, harus juga berbincang mengenai beberapa pandanganku untuk mewujudkan kursus Barat, dalam tafsiran Prof Al-Attas ini.
Hari lagha. Pergi ke Cathay, tonton The Expandables. Dengan Ahli Mesyuarat Tingkap ini, aku berhajat mahu wujudkan pasukan komando dan kumpulan askar sendiri.
###################
11 Ogos - 1 Ramadhan (Rabu)
Beratur mengambil bubur lambuk di Masjid Jamek Kg Baru. Seorang wartawan bertanya kepada orang di depanku, "Apa istimewanya bubur lambuk ni?"
"Rasanya sejak dulu sehingga kini kekal tidak berubah," balas lelaki itu.
Kalau soalan ini ditanya kepadaku, aku nak jawab, "Rasanya cukup autentik!" Biar demam satu Malaya...
Malam. Dapat tiket percuma, lalu ku tonton City Under Seige dekat GSC Berjaya Times Square. Orang pun mengerumuni Aaron Kwok. Betapa berbezanya cara hidup Islam dan bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan