Catatan 1:
Salam, yang terhormat Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Segala puji bagi Allah, Tuhan sarwa alam, limpah sembah salam dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar kita.

Syahadan, petang tadi, ketika berbual-bual dengan seorang rakan di gerai nasi lemak Wak Manjor, tiba-tiba Prof Wan telefon saya. Barangkali, dalam fikirannya itu dia sudah ada gambaran mengenai idea-idea besar yang tidak saya ketahui. Entah idea apa, hal itu tidaklah saya ketahui.
Maka, saya terfikir juga mengenai perkara-perkara yang penting menurut fikiran saya ini. Tetapi yang kita anggap penting, mungkin tidak dianggap penting oleh orang lain.
“Sudah ada orang-orang yang membaca fikiran Al-Attas di Indonesia sekarang,” kata Prof Wan lagi.
Lalu saya ceritakan kepada beliau mengenai pengalaman saya di Surabaya selama sebulan. Tahun 2005 saya berkenalan dengan rakan-rakan mahasiswa dari Universitas Airlangga.
Mereka ini anggota Kammi (Keluarga Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia). Saya begitu takjub dengan semangat mereka ketika membelek-belek majalah yang menurut mereka, datangnya dari Malaysia itu.
“Kami sangat bergantung harap kepada bahan-bahan dari Istac untuk menjawab persoalan yang bangkit dari kumpulan liberal,” kata salah seorang dari mereka.
Kalau saya kata saya tidak berbangga, maka saya menipu. Rupa-rupanya, dicelah-celah semangat orang kita yang terlalu bergantung kepada bahan ilmiah dari negara jiran, Istac hadir sebagai bahan renungan mahasiswa di sana ketika mereka sedang berentap dengan aliran liberal.
Kini, mereka mungkin sudah tamat berijazah, lalu membentuk perkumpulannya sendiri. Mereka sudah masuk politik PKS barangkali.
Itu sekali imbas kisah di Jawa. Di Malaysia baru-baru ini saya mendengar Prof telah menerima sebuah pengiktirafan di kampus saya; USM. Saya turut berbangga dengan pendirian universiti saya itu.
Semoga prof terus bertenaga dalam menjalankan urusan-urusan akademik dan menabur bakti dan jasa ke atas masyarakat seluruhnya.
Baru sebentar tadi, penyimpan mohor besar raja-raja sudah menyebutkan bahawa esok adalah hari kita menyambut Ramadhan. Maka, sekian dengan itu, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan.
Jam: 8:45 malam – 9:07 malam
Tempat: Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB)
Tarikh: 1 Ramadhan, 1431

Tiada ulasan:
Catat Ulasan