Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Khamis, 24 Jun 2010

Catatan Seorang Wartawan

Nota 5: Bertemu Nazmi dan Lutfi di Rebung, bincang hal jihad

24 Ramadan, 1431 - Aku meneerima panggilan Nazmi selepas solat Jumaat tadi. Katanya, "Lutfi jemput kita berbuka puasa di Rebung petang ini."

"Hurm... Molek juga..."
demikian getus hatiku. Nak dirancang apa lagi selepas berhasil jatuhkan Musa Hassan dengan izin Allah ini?

Berdasarkan protokol New Islamic World Order (Niwo), PPSMI telah dijatuhkan rakyat ini dengan izin-Nya. Musa Hassan juga telah kita tumpaskan dengan protokol Niwo itu. Tetapi, legasinya mungkin masih ada, belum ditewaskan lagi. PDRM wajib dibersihkan daripada unsur CIA dan FBI. Rantai ini mesti diputuskan segera!



"Kau tunggu aku di opis jam 6 petang ini," kata rakanku itu. Yaa..Neo Ikhwan Safa kini harus melakukan sesuatu, menyemak semula protokol baharu. (Rahsia sulit...)

'Mood': Sedang meneliti semula beberapa karya mengenai Fiqh Al-Jihad. Jika sesiapa ada karya mengenai Fiqh Al-Jihad, harap dapatlah dikirim tajuknya dulu kepada Niwo.

################

Nota 4: Kuliah terakhir Islam & Secularism
Kuliah terakhir Dr Zainiy Uthman Islam and Secularism berpindah di ADM LT 1 dan bukan lagi di Shafie Room, UIAM.

Kuliah terakhir ini mengingatkan pesan terakhir T S Lanang kepada siswa wartawan... (1) kebenaran adalah kebenaran dan orang-ramai yang sokong kebatilan tetap tidak benar---jadi istiqamah memihak kebenaran itu suatu kefardhuan, begitu yang saya faham

(2) Pesan kedua ialah T S Lanang meminta kami teliti ayat-ayat dari Bible; kesilapan manusia hari ini bertunjang daripada wangkah?

"Bible kata 'money' punca kejahatan," kata beliau. "Sebenarnya bukan 'money', tapi 'the LOVE' of money yang menjadi antara punca kejahatan manusia itu."

Duit tidak pernah bersalah tapi 'kecintaan' dan 'ketamakan' kepada harta dunia itu yang menjadi antara sebab kepada keruntuhan akhlak insan sehingga mereka tidak lagi bersifat manusiawi.

'The Last Supper' adalah antara babak penting dalam Bible. Tuhan peruntukkan kisah 'Santapan Terakhir' itu dalam Al-Qur'an dalam Surah Al-Mai'dah kalau tak salah fahamanku.

Bagiku.. 'Santapan Terakhir' atau 'The Last Supper' bukanlah hanya terhad kepada acara makan malam Nabi Isa a.s bersama Hawariyyun, tapi sebenarnya itulah 'kuliah' baginda yang terakhir!

Ia bukan 'The Last Supper' sebenarnya tapi 'The Last Lecturer'! Dan Brown (Da Vinci Code) dan lain-lain filem menyorot semua ni dari kacamata teori konspirasi. Ia mungkin ada pesan nasihat yang terakhir dan berguna tapi pihak gereja telah pendamkan. Kemungkinan ada di mana-mana.

Ia seakan-akan sama seperti peristiwa Khutbah Al-Wida'. Suatu kajian terhadap hal ini, mestilah dijalankan dengan penuh berhati-hati kerana ia wujud dalam kedua-dua kitab kebenaran agama samawi ini. Penjelajahan akan berlangsung bermula sekarang...

Isi kuliah terakhir Dr Zainiy
1. "You must love your heritage..." kata beliau setelah bercerita mengenai kesusahan beliau dan Prof Al-Attas menggali manuskrip lama untuk mengisi perpustakaan Istac.

2. Puisi-puisi Rumi menjadi kekal sehingga ke hari ini kerana bait-baitnya memuatkan ayat dari al-Qur'an dan hadis nabi.

"Selepas Al-Qur'an, puisi-puisi Ar-Rumi adalah antara rujukan..." katanya. "Puisi kita hari ini tidak kekal sebab ia tidak seperti Ar-Rumi."

3. Ada bezanya antara ta'dib dan tarbiyyah. Tarbiyyah boleh dilaksanakan ke atas manusia serta haiwan. Kita boleh melatih (tarbiyyah) gajah, kuda, monyet untuk melakukan kerja untuk kita.

"Tapi, ta'dib (proses mengadabkan) hanyalah untuk manusia," katanya sambil merujuk suatu hadis, "Addabani rabbiy fa ahsana ta'diibii."

4. Beliau juga menyentuh soal peranan masjid. Maka, saya teringat idea rakan-rakan yang mahu membuat borang kaji selidik untuk membuat penilaian khutbah Jumaat oleh khatib-khatib. Syor yang baik, tapi siapakah yang berani menyuarakan?

5. Beliau bercakap mengenai Al-Kulliyy (universal) ---> yang menetaskan kalimat 'menyeluruh' di sini. Daripada sinilah tumbuhnya kalimat University.

6. Ilmu->amanah->Khalifah. Ilmu itu amanah manakala amanah dikait dengan Khalifah. Setakat ini sajalah 6 pesan terakhir yang sempat dicatat bermodalkan kefahaman yang ada.

Terberdebat dengan 'Zack'
Malam ini entah bagaimana, terberdebat dengan 'Zack' lepas berpapasan keluar kuliah. Saja-saja dia bertanyakan soalan, maka terpaksalah kukirim pesanan juga kepadanya seperti mana yang kupesankan kepada rakan-rakan debatku yang lain.

"Lain kali...kalau nak tanya, pastikan kita boleh mendengar dengan sabar jawapan orang itu," kataku. "Kalau tak boleh dengar, rasa nak marah, lebih baik jangan tanya."

Antara pepatah Mongolia yang sebati sebagai pegangan hidupku, "Lebih baik berdebat dengan sabar daripada berdamai secara pura-pura."

Antara inti debat yang secara tak langsung jadi titik pertikaian ialah.

Antara inti perdebatan; kebebasan
1. Pemikiran bukan jenayah. Oleh itu pemikir bukan penjenayah. Mereka tidak boleh ditangkap. Sebaliknya, dia melihat pemikiran suatu jenayah. Kes yang dibincangkan ialah Kassim Ahmad.

Aku menganjurkan debat terbuka, sebaliknya dia berasa risau kerana khuatir pengaruh Kassim akan berkembang. Aku selalu OPTIMIS dan yakin bahawa Allah akan mengirim jaguh pendebat terbaru yang boleh menumpaskan keyakinan dan kepercayaan salah yang baru berkembang itu.

"Mujaddid akan lahir setiap 100 tahun," demikian aku menyebutkan dari sebuah hadis. Apabila ada debat, maka suatu masa nanti, perlahan-lahan rakyat akan dapat melihat dengan jelas, siapa pemimpin mereka yang sebenar.

Aku tidak sempat menyebutkan bahawa dalam teori komunikasi yang dibentangkan Lazarsfeld; Two Step Flow (kalau tak salah)... pandangan yang salah akhirnya akan rebah, sebabnya di sana akan lahir 'pemimpin pendapat atau masyhur disebut 'Opinion Leader'.

'Opinion Leader' ini yang akan menjadi 'mujaddid' untuk menjawab segala pertanyaan yang gagal dijawab para ulama, cendekia yang terkenal pada era itu.

Contoh kes yang aku bekalkan tadi ialah debat Imam Abu Hanifah yang masih kecil dan tiba-tiba namanya terjulang setelah berhasil menumbangkan si Atheis Dahri. Debat terbuka adalah ruang untuk umat mengenalpasti siapakah 'mujaddid' pada zaman itu.

Debat terbuka juga terilham daripada ayat Voltaire, "Saya tidaklah bersetuju dengan anda, tapi hak anda untuk bersuara, akan saya berikan."

Zack tergelak. Barangkali kerana melihat aku tertarik dengan Barat. Hari ini, kena hati-hati jika mahu sebut nama pemikir dan ahli falsafah Barat. teruk kena kecam. Mujurlah ini sidang minum teh sahaja. Mujurlah dah tua-tua begini diri ini dah boleh bersabar dan boleh belajar mendengar.

Tentang maksud fitrah, kami tak bercanggah. Cuma, aku beritahu pandangan peribadi, FITRAH itu mungkin terserap dalam perbendaharaan Melayu menjadikan PUTERA.

Contoh ayat, "Najib diputerakan di Mongolia." Ini bermaksud, Najib lahir di'fitrah'kan (putera) di Mongolia. Hadis nabi menyebutkan, "Kullu mauluudin yuuladu 'alal FITRAH."

Aku rasa seronok melihat anak-anak muda ramai di kuliah tadi yang memegang buku Islam and Secularism. Sepatutnya, lebih ramai yang akan pegang buku ini.

"Minggu lepas tak ramai ya?" kataku kepada Zack. "Sekarang budak-budak dah mula kuliah, jadi ramailah sikit anak-anak muda yang hadir mengunyah buah fikir Al-Attas di sini."

"Tak de..." balas rakan debatku itu, "Itu memang kelas mereka tadi." Oh! Aku ingat mereka ni hadir dengan rela hati. Tapi, bagus juga sebab mereka dah dilatih dengan fikiran berat sebegitu.

Surat yang memuatkan saranan SPKB kepada Timbalan KPT Dato SA masih terperap di dalam nettbook. Sudah tiba masanya Kebudayaan Barat dalam takrifan Prof Al-Attas diangkat menjadi kursus seperti TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) yang diajarkan di kampus-kampus.

Kami berpisah setelah sebak guruh di langit dan tangisan hujan yang gugur lebat tadi makin reda
di daerah ini. Perlahan-lahan kami menuju ke parkir motor.

"Mencari kebenaran sangat panjang," kataku membuat rumusan. Zack senyum lalu berkata, "Ya, mestilah..." Begitulah...debat sebenarnya bukan punca permusuhan, tetapi ia membuat kita semakin matang berfikir dan mengurangkan salah dalam bertindak.

Geram sedang mula bertindak
Sedar-sedar di SPKB, kiriman sms Alo hinggap lagi, "Amat perlukan khidmat anta KAMI lawan KDN, AMCP (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.)"

Tadi sebelum berangkat pergi UIAM, TMJ call, "Apasal tak mai tadi?" Daku terdiam menyedari kealpaan diri ini. "Ingat, esok jam 3 petang di Jalan Pahang Barat."

Penggerak yang ada hanya 5 orang. Kami perlukan sekurang-kurangnya 10 orang. Lagi 5 orang yang perlu dicari. Begitu bebanan awal yang terpundak di atas bahu.

Huh! Lima orang? Nak cari seorang wakil wartawan pun susah. Tak ada cara lain. Aku mesti lobi Alo agar H.Daily dapat siarkan semua tulisan atas nama KAMI, SPKB dan Sasterawan Merdeka!

##########################

Nota 3: Bahaya kesyirikan dan kemunafikan manusia
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.

"Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Sabermula, barulah saya faham kenapa ada rakan-rakan di FB membuat kenyataan, hubungan antara sotong, agama baru, dan bola baru-baru ini.

Saudara-saudara sekalian, ketahuilah bahawa Iblis, (atau Lucifer dalam Bible) sedang cuba menyesatkan kita sedikit demi sedikit, sehasta demi sehasta dengan perbuatan syirik; amalan TENUNG NASIB DENGAN SOTONG KURITA ini. Lihat firman Allah s.w.t.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya ARAK dan JUDI dan PEMUJAAN BERHALA dan MENENUNG NASIB dengan batang-batang anak panah, adalah (semua) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.

"Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Al-Maidah: ayat 90)


Usaha menjahanamkan aqidah umat Islam antarabangsa dengan sotong
Dalam al-Quran, disebutkan perihal amalan tenung nasib yang telah diangkat sebaris dengan amalan meminum arak (1), judi (2), pemujaan berhala. Inilah empat hal yang wajib dijauhi.

Saudara... memang tiada disebutkan hal MENENUNG NASIB DENGAN SOTONG KURITA dalam al-Quran.

Ini kerana, budaya orang Arab kala itu menggunakan batang-batang anak panah untuk melihat untung nasib mereka.

Tetapi, apa yang penting di sini ialah bukan peralatan, perkakasan, teknologi menenung nasib itu malah yang sebenarnya tenung nasib itu dilihat daripada sikap mahu bertaruh nasib. Alat untuk menenung nasib itu boleh dicipta dengan pelbagai cara.

Syahadan... Hari ini, syaitan-syaitan daripada Kebudayaan Barat sudah pun mula menyesatkan masyarakat antarabangsa, melalui JUDI dan lesennya.

Dan kini, kita disumbatkan pula dengan kepercayaan terhadap tenung nasib dengan sotong kurita pula. Semoga kita sedar dengan penipuan Iblis dan sekutunya ini.

Mari kita bersama berjuang sedaya upaya, membuang amalan khurafat dan syirik habis-habisan tanpa kompromi lagi. Dengan media, syaitan cuba menyebarkan amalan ini sebagai budaya yang mahu kita menerimanya kelak. Kalau bukan pada zaman kita, mungkin pada zaman selepas kita!

Baca di bawah ini...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

##########################

Nota 2: Kukehilangan RUKM, sedihnya!
Pada 25 Jun lalu (Jumaat) saya sudah beli Risalah Untuk Kaum Muslimin, karangan SMN Al-Attas. Hari-hari saya membawanya, mengeleknya sana ke mari kerana membaca buku itu dengan asyiknya.

Mana-mana perenggan dan ungkapan yang tak saya fahami, saya gariskan untuk memudahkan saya bertanya kepada orang-orang yang lebih arif.

Sejak semalam, ketika motor saya rosak, maka saya mengeleknya seperti biasa ke bengkel motor. Tapi, bengkel motor tutup. Lalu saya pun berhenti di sebuah gerai di tepian jalanan untuk membacanya seperti biasa.

Baru tiba ke halaman yang menyebutkan perihal Kristian yang bercita-cita mahu menjadi agama dunia, tapi Islam telah bangkit lalu menumpaskan keinginan dan cita-cita agama itu. Lalu, Kristian melihat Islam sebagai saingannya sehinggalah ke hari Kiamat.

TAMAT. Titik...

Syahadan, hari ini, saya bangun dan puaslah sudah diri ini mencarinya di merata-rata tempat. Di mana-mana pun jua, saya sulit menemukannya. Saya dirundung kaciwa!

Lalu saya mengisytihar kehilangan buku RUKM itu seraya membuat perjanjian langsung kepada Tuhan..

"Tuhan, namaku Burhan, aku telah kehilangan sebuah buku yang sangat berharga. Kalau hamba dapat mencarinya kembali, hamba berjanji akan mempelajarinya secara talaqqi.. Dan, akan hamba persembahkan mutu dan muatan isinya kepada umat ini...kalau Tuhan memperkenankan..." --- Ameen...

##########################

Nota 1: Mahu tubuhkan Pustaka Rakyat!
Aku rasa amat gembira kerana ada seorang ahli jemaah Tabligh meminjam sebuah buku dari rak pustaka SPKB.

Tajuk buku itu ialah - Bersatu Bersama Allah, Syekh Siti Jenar. Daku fikir, dia mungkin boleh dijadikan sebagai wakil SPKB Kalimatan Timur kelak.

"Wali Songo tu sebetulnya 10 orang bang," kata Arifin, pemuda Bugis dari Kalimantan itu. "Syekh Siti Jenar dibunuh bukan kerana dia sesat. Tetapi kerana ajarannya telah menyesatkan murid-muridnya sendiri."

"Sunan Kali Jaga sahaja anak tempatan," tambahnya. "Yang lain semua bangsa Arab, termasuk Syekh Siti Jenar yang nama sebenarnya Abdul Jalil itu."

Dia sudah menetap di Pasir Mas agak lama, jadi dia sedikit fasih loghat Kelantan. Dia meredah masuk ke ruang pejabat SPKB yang masih berselerak dengan buku-buku di sana-sini. Daku lihat dia betul-betul berminat dengan buku-buku. Jadi, dia tidak peduli apa pun yang berlaku!

(Bilalah aku nak mula belajar mengemas SPKB nih!? Haih.. haiz.. Urgh! URgh! URGh! URGH!)

Seorang rakanku penyair muda dari Balik Papan telah mengesyorkan supaya aku membeli buku ini. Sepuluh jilid semuanya. Dikarang dengan gaya bahasa sastera yang agak baik.

Daripada jilid itu, masih ada lagi 4 buah buku yang masih belum lagi dibuka sejak 2007. Kisah ini bermula ketika aku dan Saif, Sahrunizam, Dr Siti Zainon Ismail dan anaknya Melor dihantar ke Samarinda, Kalimantan Timur untuk menjadi wakil peserta puisi.

Oleh kerana sajak-sajak kami menang, maka kami dibawa ke sana untuk dilatih bagi menggilap lagi kata-kata dalam persajakan. Kami redah gerai-gerai buku murah di Jalan Kwitang, Jakarta.

Dan, akhirnya buku novel sastrawi mengenai sejarah hidup perjuangan Syekh Siti Jenar (Syekh Abdul Jalil) 10 jilid itu daku temui di sebuah toko buku yang berdekatan Jalan Kwitang tersebut.

Biarpun, tamadun manusia reput ditelan waktu, tapi sosok Syekh Siti Jenar yang ditohmah sesat oleh kalangan seteru, ternyata sudah dapat meresapkan jiwanya ke dada seorang pemuda Bugis yang menginap di SPKB dalam sehari dua ini.

"Ish! Siapa gerangan Syekh Siti Jenar ni?" hatiku berdesis. Suara batinku rentung dihanguskan oleh jilatan api ingin tahu yang marak membakar deretan buku ilmiah sehingga lenguhlah sudah akalku dalam mencari isi dan inti segala kebenaran selama ini.

Arifin sudah keluar petang bersama teman sebiliknya dan aku terus menggodam bahan sastera untuk akhbar. Wahai tuan grafik layout, artiste, sila tunggu sebentar ya! Argh!


6:37 petang, 24 Jun, 2010
Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan