Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Rabu, 4 Januari 2012

Aurad Al-Fansuri Wal Jama'ah

Termimpikan bahtera revolusi berlabuh di Putrajaya. Nakhoda pelayaran itu anak-anak muda dan mahasiswa! Najib Razak tenggelam dan terguling dalam putaran ganasnya bagaikan Fir'aun bedebah lemas di Laut Merah!

Al-Fansuri 'bersabda':-

"Adapun Kota Putrajaya itu dihuni menteri yang zalim, beristerikan wanita tamak loba bagai Marie Antoinette yang tergabung dengan kuasa-kuasa hitam, berpaksikan kejahatan Iblis. Kota itu bagaikan Kota Constantinople jua adanya. 

Ahad, 27 November 2011

Islam & Revolusi ('Syed' Fansuri 'Al-Attas')

Ketika jam hampir 1 pagi, saya pun pulang dari rumah Alo. Lalu, dalam debat-debat mengenai pertimbangan buruk baik berhubung revolusi mengguling Najib Razak (apa pengisian selepas kejatuhan Najib) itu turut dibualkan. 

Bualan turut mencapah ke arah seputar permasalahan puisi protes sempena Hijrah (Muharram) untuk pertahankan Kg Bandar Dalam. 

Antara lain, catatan yang termuat di dalam telefon bimbit adalah seperti berikut:-

Selasa, 22 November 2011

Sabtu, 19 November 2011

Historical Fictions, by Fansuri 'Al-Attas' (Catatan Seorang Revolusioner)

1 Hijrah

Kali ini, dua kali Nazmi Yaakub call. Dia bertanya tentang acara malam ini. Kali pertama saya buat lawak, "Err... Ada acara apa?" Dia terdiam. Mungkin di hatinya berkata, "Cis! Kurang asam..."

Lalu ketawa pun pecah. Ok! Saya mengaku, ini malam ada Historical Facts & Fictions! Kali kedua dia call, "Jom makan di Wak Manjor. Kita kena cepat. 8:30 malam kena ada di sana dah. Kalau tidak, tak ada tempat duduk..."

Saya hanya berkata, "Wokeh!" 

Apakah malam ini saya berjaya mencari di manakah rumah Al-Attas? Adakah Hijrah itu merupakan satu titik permulaan ke arah usaha-usaha mengguling Najib Razak di Putrajaya? Sama-sama kita saksikan debaran ini.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Red Indian di Amerika itu ada yang Muslim?

Saya temui catatan di internet, kononnya Red Indian di Benua Amerika itu kononnya Muslim. Nampak macam menarik, tapi ia memerlukan siasatan dan kajian lanjut. Jika benar mereka Muslim, maka hati ini pun menjadi semakin kuat untuk mengambil semula, menjajah Amerika untuk mengislamkannya!

http://en.wikipedia.org/wiki/Cherokee_syllabary
http://en.wikipedia.org/wiki/Apache
http://en.wikipedia.org/wiki/Magnolia_Plantation
http://www.crystalinks.com/anasazi.html

http://www.facebook.com/notes/misteri-keajaiban-alam-fake-fact/sejarah-yang-digelapkan-islam-di-benua-amerika-red-indian-suku-cherokee-adalah-m/282781381743945

Isnin, 26 September 2011

Youtube pilihan... "demi pendidikan... untuk hiburan"

Berikut adalah lagu dan filem dokumentari, yang tersenarai sebagai lagu-lagu lagho, filem  dan  pendidikan juga. Ia disusun sesuai dan selaras dengan Dasar Falsafah Pendidikan SPKB. Kritikan dan terguran adalah dialu-alu.

Gie Fansuri, Guru Besar SPKB


Ahad, 7 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai | Pak Sako Fansuri | 7 Ramadan

Dalam pengsannya, Najib Razak terlihat kelibat lipan panjang sejengkal yang menyengat lututnya ketika dia membaca Al-Quran Al-Kareem di atas puncak Gunung Jerai di Batu Saff itu. Lututnya dihurung rasa kesakitan yang teramat sangat. Oleh sebab kesakitan yang amat sangat itu, lantas Najib itu pun terjagalah akhirnya.

"Adurgh!" terpacul kalimat tersebut daripada rekahan bibir merahnya. Kelihatan para doktor bedah sedang sibuk-sibuk mengelilinginya. Dia jadi gelabah dan gabra juga. Dicarinya kelibat Rosmah di sisi, tapi tiada!

Khamis, 4 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai | Pak Sako Fansuri | 4 Ramadan

Rupa-rupanya, kisah Najib Razak koma itu masih berkhilaf. Mengikut qaul yang pertama, memang Najib koma. Berdasarkan qaul kedua, si Najib terseliuh kakinya sahaja. Dan kesakitan akibat terseliuh itu pun sudah merebak ke bahagian lutut kirinya.

Berpeluh juga pemberita Warta Kota mengenai kekeliruan berita itu. Dulu, kejadian yang sama berlaku ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Dia terjatuh, maka dikatakan orang bahawa Perdana Menteri hanya pengsan sahaja.

Isnin, 1 Ogos 2011

Putera Gunung Jerai - Pak Sako Fansuri

[Plot Jalan Cerita - ]

Dalam satu perhimpunan, @Najib Razak marah-marah kerana Bersih 2.0 berjaya mengirim gelora gelombang kuning itu ke United Kingdom hingga Ratu Elizabeth pun berpakaian serba kuning.

Maka, dalam satu ucapannya, Najib pun berpidato dengan nada marah-marah dan suara serak-serak basah, "Sempena Ramadan yang mulia ini, kita tahu bahawa wujud gerakan yang memecahbelahkan masyarakat kita. Kita mesti sedia mempertahan maruah kerajaan yang sedia ada..."

Catatan Demonstran Ramadan | Gie Guevara Fansuri, 2 - 29 Ramadan

"Allahumma inna nas'aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhotika wan nar." 

4 pagi, 3 Ramadan - kita sepatutnya makan makanan ringan ketika Maghrib, baru tidak terasa berat kepala. La ni dah terjaga! Tak tahu nak buat apa... catatan harian ringkas hari ini, adalah sebagai berikut:-

Saya temui sebuah kedai menjual basikal lipat (foldable bicycle) di Alur Setar dekat Jalan Seberang Perak, tempat Dr Mahathir lahir. Ia mungkinlah sesuai untuk dibuat penggambaran The Bicycle Diaries oleh Gie Guevara Fansuri nanti.

Ahad, 31 Julai 2011

Catatan Sepanjang Ramadan | (Gulai Kuah Ayam Santapan Jiwa) Chicken Soup for the Soul

11:49 malam, 1 Ramadan

Ketika menulis ini, 1 Ramadhan sudah tiba sejak Maghrib petang. Bersimbahlah kenangan sejak 6 tahun lalu, (2005) ketika saya mula bekerja di Siasah. Kiriman pesanan ringkas sms itu menerpa ke telefon bimbit saya jam 8 pagi, saya fikir.

Catatan Demonstran Ramadan | Gie Guevara Fansuri | 1 Ramadan 12:19 pagi

"Allahumma inna nas'aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhotika wan nar."

Pagi tadi, Subuh dan sejak tidur semalaman, Hakim pegang erat belonnya yang sarat terisi gas ringan. Kalau abah, mak nak ambil sekali pun dia tetap pegang dengan begitu eratnya dengan demikian ketat sekali tangannya.

Jumaat, 29 Julai 2011

The Motorcycle Diaries (filem di YouTube)

http://en.wikipedia.org/wiki/Fatal_Contact:_Bird_Flu_in_America

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Motorcycle_Diaries_%28book%29

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Motorcycle_Diaries_%28film%29

"Ketakutan adalah Keberanian yang dipenjarakan perkataan rapuh, dilumpuh kata-kata yang tidak punya ruh, tiada semangat dan bernyawa." - Gie Guevara Fansuri, (1977 - 20??)

"Berani itu kehendak hati dipandu akal sakti. Berahi itu kehendak nafsu, jiwa dan syahwat tanpa had dan sempadan batasan." - Gie Guevara Fansuri, (1977 - 20??)


The Motorcycle Diaries

"Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah..." - Pramoedya Ananta Toer


Selasa, 26 Julai 2011

Catatan Seorang Revolusioner | Gie Fansuri | 26 Julai, 2011

Malam ni, aku baru sedar suatu hal. Hellcats di 8TV sudah berganti The Vampires Diaries. Sementara itu, Gossip Girls menggantikan Desperates Housewives. Urgh!

Tetapi, Najib Razak masih tetap setia di Putrajaya, manakala gelagat Rosmah masih tetap begitu juga. Sangat sulit untuk diguling dan diusir mereka berdua ini ke Mongolia atau pun di Kazakhstan. Urgh! Urgh! Urgh!

Selasa, 7 Jun 2011

Makanan Revolusi-Hartal Untuk Revolusioner


Dalam rangka mengadakan revolusi-hartal selama 44 hari di Putrajaya itu, maka SPKB-Berisi akan menyusun adunan ramuan makanan revolusioner dalam tempoh itu. Syor makanan boleh dihantar ke ibnuamir@gmail.com. Subject: Makanan Revolusi-Hartal Putrajaya 44 Hari.

Makanan Revolusi 2 - Ikan Bakar Wak Sururi Masjid Alam Shah

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=231902516825588&set=a.210404645642042.65942.100000175236005&type=1&ref=nf --- {Sumber: Asri Yazid}

Isnin, 28 Februari 2011

Memoir Seorang Revolusioner

280211 - Selesaikan masalah tayar motor pancit di Flat PKNS Kg Baru. Brader di bengkel motor itu turut mengulas kejadian nombor plat motorku yang patah, lalu dia bermadah di sini, hari ini...

"Kalau nak nombor plat motor yang kuat, gunakan plat besi yang mahal sikit, harganya RM12. Ini 'confirm' tak pecah lagi.

Khamis, 10 Februari 2011

Al-Kahfi (Tafsir Al-Fansuri)

Tafsir Al-Fansuri (Kod Kursus: TF 115) SPKB ini dirumus khusus bertujuan memenuhi piawaian Penyata Fansuri berasas semangat kurikulum bersepadu Sekolah Pemikiran Kg Baru 4M1B - Membaca, Merenung, 'Mengeteh', Mengarang dan Berdebat.

Dicatat pada 10:19 pagi, 15 Rabi'ul Awwal bersamaan 18 Februari, 2011

Syahadan, adalah kami telah menyifatkan dan menrumuskan sebagai berikut:-

"Bahawa seorang murid juga punya hak meninggalkan gurunya yang tidak serasi dengan jiwa dan fikirannya. Tindakan menyoal sikap dan menyemak fikiran guru bukanlah salah seperti yang terangkum dalam hal Musa bergurukan Khidir.

Rabu, 9 Februari 2011

Tuesdays With Morrie

Seorang rakan tiba-tiba menyebut novel Tuesdays with Morrie ini. Kebetulan, semalam (10 Februari) di Kinokuniya, KLCC saya bertemu novel tersebut. Setelah membeleknya beberapa lama, saya fikir ia sesuai untuk diabadikan sebagai kuliah SMN Al-Attas yang mereka bincang itu.

Isnin, 17 Januari 2011

40 hadis kepada Non-Muslim untuk mengenali Islam

Kursus 'Pengajian 40 hadis kepada Non-Muslim untuk mengenali Islam' ini (kod kursus: HAD 101) dirumus khusus dengan kendalian Fakulti Imu-Ilmu Perlu, Jabatan Ilmu Hadis, SPKB. 
Ia disusun bertujuan memenuhi piawai Penyata Fansuri berasaskan semangat kurikulum bersepadu Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB); 4M1B - Membaca, Merenung, 'Mengeteh', Mengarang dan Berdebat.

@@@@@@@@@@@@@

HADIS KEDUA: SEJARAH BERMULANYA AZAN

Dari Abdullah bin Umar katanya: Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a: "Bukankah lebih baik menyuruh seseorang berteriak atau memberitahu waktu sembahyang?" Bersabda Rasulullah s.a.w: "Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.” (Hadis riwayat Muslim)

Isnin, 10 Januari 2011

Tahukah Anda? Pengajian Am (PA 101)

Kursus PENGAJIAN AM TAHUN 1 (kod kursus: PA 101) SPKB ini dirumus khusus bertujuan memenuhi piawaian Penyata Fansuri berasas semangat kurikulum bersepadu Sekolah Pemikiran Kg Baru 4M1B - Membaca, Merenung, 'Mengeteh', Mengarang dan Berdebat.

TAHUKAH ANDA - saat hampir tergulingnya Hosni Mubarak itu, ia bersamaan hari-hari terakhir wafatnya Al-Banna (12 Februari). Jarak wafatnya Hasan Al-Banna dan terulingnya Hosni Mubarak itu terjadi pada 62 tahun (1949-2011). Angka 62 tahun itu mewakili usia wafatnya Rasulullah s.a.w. 

Ahad, 9 Januari 2011

Kepada Najib dan Muhyiddin...

Bersyukur kepada Allah, berlimpahan selawat kepada baginda Rasulullah s.a.w... Amma Ba'du...
 
Dunia bergolak, emosi dan perasaan umat diputarkan kata-kata menteri dan bicara-bicara asing yang entah dari manakah pangkal hujungnya.

Saudara Najib Razak dan saudara Muhyiddin Yassin...

Khamis, 6 Januari 2011

Bagaimanakah SMM bermula?

Protokol Yahudi Zionis

Saya menemui catatan entah di mana saya lupa - bahawa Israel yang ada kini di Palestin sebenarnya bukanlah tulen dan sejati melainkan mereka ini adalah bangsa purba; Khazar di RUSIA.

Nama Khazar ini ada disebut dalam Bible, kalau tidak salah ingatan saya dan mereka inilah Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog dalam Bible). Kemudian, saya teringat bahawa protokol ini disusun oleh pendeta Zionis di RUSIA. Baru jelas teka-teki perkaitannya kini...

Selasa, 4 Januari 2011

40 hadis mengenai siasah politik

Catatan dan nota ini ditulis bertujuan memenuhi kehendak sukatan kurikulum baru Sekolah Pemikiran Kg Baru (KB-SPKB) berasaskan Semangat Rukun 13 yang terangkum di dalam Penyata Al-Fansuri.


Hadis nombor 7: Penguasa jangan pentingkan diri sendiri


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan lahir selepas aku beberapa penguasa yang pentingkan diri sendiri dan melakukan hal-hal yang tidak kamu sukai."Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang kamu perintahkan kami jika terdapat hal seperti itu?" Baginda menjawab, "Hendaklah kamu tunaikan tanggungjawab kamu (1), dan meminta kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan (2)."

Sabtu, 25 Disember 2010

Mimpi 3 Lelaki (Negara Mimpi)

Malam ke-3: Mahkamah Mc Donald (26 Disember, 2010)
Dihakimi Sang Pemimpi dengan kenyataan baharu: "Dulu Abim tu boleh menjadi KUASA KETIGA. Tapi, sekarang ini mereka lebih banyak dok bercakap isu-isu antarabangsa sahaja."


Dasar Baharu Kebudayaan Melayu

PENDAHULUAN
Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) berlangsung pada 16 hingga 20 Ogos 1971 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur merumuskan tiga hal.
1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini; 

Jumaat, 24 Disember 2010

Revolusi Buku Jingga

Nota 2: Siapakah Menteri Kebudayaan PR?
Saya baru pulang dari BUCU DBP selepas jenuh berdebat hangat bangat dengan Nazmi Yaakub dan Muhammad Lutfi Ishak, (bahas tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan).

Jumaat, 17 Disember 2010

Fakulti Iktisad, Komoditi, Danaan dan Kewangan

Catatan 2: Rusia, China berhenti guna US Dollar dalam dagangan
Sedang memikirkan bilakah Malaysia akan memulaukan US Dollar ketika berdagang dengan dunia luar?


China, Russia to drop dollar in bilateral trade

China, Russia to dump US dollar for bilateral trade

Selasa, 7 Disember 2010

Perutusan Hijrah, 1432 H

Ringkasan Perutusan Hijrah, 1432 H

Hijrah berasal daripada perkataan 'hajara'. Perkataan ini terkait dengan hajar iaitu 'batu'. 

Ahad, 5 Disember 2010

Breathless in Temasek

Kini, sudah  tiba di SPKB-tamatkan Breathless in Temasek, menyemak semula nota catatan, mengemaskini nama-nama di dalam Fansuri's List.

Juga, sedang makan pisang hadiah tuan Talha Albar sang penjaga makam Habib Noh. Tugasan yang terkini-mengirim ke Harakah-bantahan kepada polis FRU atas dosa semalam; memancutkan air kepada umat...

Rabu, 1 Disember 2010

Breathless in Kuala Lumpur


Pyanhabib: Ali ada datang ke madrasah tarbiyyah kg bandar dalam tak semalam?

Ali: Ada datang, nampak abang, tapi tak sempat nak tegurlah malam tu...

Rabu, 17 November 2010

Aidil Adha, tanda kesempurnaan Islam

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar walillah hamd...selawat dan berlimpahan sembah salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang lama berjuang menegakkan hukum dan syiar Islam sebelum kita.

Khamis, 11 November 2010

Dongeng Orang Kota

mencadangkan hebahan kempen Aidiladha diperhebat oleh radio & televisyen atas hadis di bawah ini dengan kaedah mengadakan acara ala-ala SUARASA dan JOM HEBOH!

Kuliah nurani Masjid Jamek Kg Baru

tadi pagi, selesai kuliah Subuh di Masjid Jamek Kg Baru (MJKB), Langgar al-Fansuri, baru saya berkesempatan bersama kumpulan halaqah RATIB AL-ATTAS.

Rabu, 10 November 2010

Khutbah Pencerdasan SPJP, Muar - [Tafsir Al-Fansuri]

mendengar kuliah Subuh pada pagi ini mengulas hadis dalam Sahih al-Bukhari yang memuatkan pesan Nabi, agar jangan bergopoh-gapah ketika mahu solat jemaah.

Khamis, 28 Oktober 2010

nota ringkas (diari seorang lelaki)

di Kino, KLCC selepas beli tiket filem Estet untuk tayangan esok, menemui Generous Justice (Timothy Keller) dan Myth and Legends, From Cherokee Dances to Voodoo Trances (John Pemberton). Mungkin sesuai untuk Pustaka Pena...

Selasa, 19 Oktober 2010

Himpunan sajak, puisi, pantun, seloka, gurindam untuk Rosmah Mansor

Pantun 1: -

"Angkasawan negara terbang malam,
hasrat berbuah mahu ke bulan,
belanjawan negara seluar dalam,
sayangkan Cik Mah saya turutkan..."


Jumaat, 1 Oktober 2010

Sanggar Pendeta Al-Fansuri (Falsafah Hikmah)


Katha (Kata) 3:- 

"Antara usaha bagi melahirkan Negara Islam-Negara Berkebajikan, Baldatun Thoyyibah wa Rabbun Ghafur itu adalah penyediaan tapak kefahaman, pengetahuan tentang Sejarah Islam secara keseluruhan di sekolah-sekolah, termasuk menyediakan kefahaman pelajar ke atas bahasa Arab Al-Quran."