Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Isnin, 10 Januari 2011

Tahukah Anda? Pengajian Am (PA 101)

Kursus PENGAJIAN AM TAHUN 1 (kod kursus: PA 101) SPKB ini dirumus khusus bertujuan memenuhi piawaian Penyata Fansuri berasas semangat kurikulum bersepadu Sekolah Pemikiran Kg Baru 4M1B - Membaca, Merenung, 'Mengeteh', Mengarang dan Berdebat.

TAHUKAH ANDA - saat hampir tergulingnya Hosni Mubarak itu, ia bersamaan hari-hari terakhir wafatnya Al-Banna (12 Februari). Jarak wafatnya Hasan Al-Banna dan terulingnya Hosni Mubarak itu terjadi pada 62 tahun (1949-2011). Angka 62 tahun itu mewakili usia wafatnya Rasulullah s.a.w. 
Ia terjadi ketika umat Islam hampir menyambut Mawlid Nabi. 62 tahun da'wah Rasulullah s.a.w, 62 tahun Asy-Syahid Imam Al-Banna dan kumpulan Ikhwan Muslimin menyemai-menuai revolusi. Beliau gugur sebagai syahid. Dan, ketahuilah bahawa syuhadak itu tidak pernah mati. 
Di sisiNya mereka hidup kekal abadi sehingga akhirat nanti, hidup sebagai menyaksikan kemenangan mereka selepas 'mati' (mati yang sebetulnya bukan mati). Mereka tenang melihat usaha mereka berhasil dan mereka pula tidak banggakan diri. Bergembiralah hai orang yang menang, pulang kepada-Nya dengan jiwa tenang.
@@@@@@@@@@@@@@@
Tahukah Anda, Hari Ini Dalam Sejarah - Pada hari ini, 11.1.11, dikatakan sebuah perhimpunan mahasiswa sedang berlangsung di ibu kota guna merumuskan beberapa pendirian mereka. Tahukah anda, bahawa pada hari ini juga adalah tarikh kelahiran Dato' Siti Nurhaliza.

Pada hari ini juga tersiar berita berhubung mengenai wang negeri RM230 juta lesap di Pulau Pinang di bawah pemerintahan Gerakan-BN.

Tahukah anda, jika RM230 juta ini tidak hilang dan masih kekal ada, sekurang-kurangnya kita ada (RM230 juta - RM111 juta) = RM119 juta untuk selesaikan masalah bebanan PTPTN jika peruntukan RM111 juta itu tidak diberikan kepada Rosmah Mansor untuk melaksanakan projek Permata Negara.

Tahukah dan sedarkah anda bahawa tarikh pertemuan mahasiswa ini hari ini; 11.1.11 adalah mirip peruntukan RM111 juta guna membangunkan Permata Negara?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan