Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Sabtu, 25 Disember 2010

Dasar Baharu Kebudayaan Melayu

PENDAHULUAN
Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) berlangsung pada 16 hingga 20 Ogos 1971 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur merumuskan tiga hal.
1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini; 
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan; dan
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

Kenapa dan bagaimana Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) wujud, diwujudkan?

1. Dalam pemerhatian saya, DKK tidak wujud dalam kekosongan. Ada beberapa peristiwa yang melatarinya. Dan, faktor sejarah perlu ditinjau kenapa dan bagaimana dengan tiba-tiba DKK wujud, diwujudkan. Pada masa yang sama, Rukun Negara juga wujud, diwujudkan pada 1971. 
Persoalan awal di sini, kenapa DKK dan Rukun Negara wujud pada tahun itu? Maka, tidak lengkap jika kita menumpukan DKK tanpa merujuk
2. Berdasarkan sejarah, Rukun Negara diisytiharkan Yang DiPertuan Agong pada 31 Ogos 1970 Hari Kemerdekaan Kali ke-13. Rukun Negara diperkenalkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum.
Agak aneh apabila melihat Mageran wujud pada sela-sela masa rusuhan 1969. Walhal sengketa antara etnik dilaporkan pernah berlaku pada 1946, 1956 (Pulau Pinang), 1960 (Pangkor), 1966 (Bukit Mertajam), 1967 (Pulau Pinang) dan kemuncaknya 13 Mei 1969 (Kuala Lumpur).

Rukun Negara adalah hasil perbincangan Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah Mageran yang dipimpin Tun Abdul Razak, Mageran telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. 

####################

MENDESAK PENYATA MUHYIDDIN YASSIN DIKELUARKAN

Maka, hendaklah urusan Muhyiddin Yassin itu diperuntukan sebanyak 60 peratus dalam usaha memperbaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah, dan selebihnya 40 peratus itu dimanfaatkan dalam urusan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini kerana,  umat kita sedang parah kerana tidak memahami ma'na Al-Quran ketika membacanya.

Dengan ini, Dasar Baharu Kebudayaan Melayu (DBKM), SPKB mengisytiharkan bahawa penyakit utama umat hari ini ialah penyakit Buta Al-Quran. Cepat atau lambat, kita mendesak supaya PENYATA Muhyiddin Yassin perlu menegaskan kewajipan mengajarkan matapelajaran Bahasa Arab Qur'ani di sekolah-sekolah.

########################


http://www.facebook.com/alibukhariamir/posts/120970787968833?ref=notif&notif_t=like



BAB 1: Pada menyatakan kedudukan Syiah sebagai Kebudayaan Parsi sedangkan ia berasal dari Semenanjung Tanah Arab.

Setakat ini, spkb melihat ada beberapa gelombang dalam Syiah yang bersabit dengan perpindahan ahli bait ke tempat, daerah tertentu.

Teori spkb, setelah dalam pergelutan antara Syiah Mu'awiyah & Syiah Ali berlangsung dalam beberapa tempoh, akhirnya ahli bait terusir ke Hadralmaut Yaman. Ada hadis yang saya lupa, menyebutkan bahawa nabi berpesan, jika berlaku kekacauan, maka berpindahlah ke Yaman.

Maka, berkemungkinan berlaku kekecohan lagi selepas itu, lalu mereka berpindah lagi ke Alam Melayu. Sebahagiannya lagi lari membawa diri ke Iran. Sebelum itu saya mesti jelaskan juga bahawa, saya membaca hadis entah di mana, bunyi, rumusan dan mafhumnya lebih kurang...

KEDUDUKAN SALMAN AL-FARISI (PARSI) SEBAGAi 'AHLUL BAIT'

'Nabi Muhammad mengiktiraf Salman al-Farisi (Parsi) sebagai ahlul bait' juga. Kenapakah nabi iktiraf Salman sebagai ahlul bait ini tidaklah saya ketahui kedudukan situasi masa itu.

Sebagai termaklum Salman bukan Arab, tapi bangsa Parsi. Kenapakah Salman itu ahlil bait walaupun bukan ada pertalian darah dengan nabi?

Wallahu 'alam ... {Persoalan kenapa nabi iktiraf Salman sebagai ahlul bait, dll hal yang bersangkutan dengannya ini masih tersimpan dalam fail siasatan kami di bawah penelitian Sherlock Fansuri Holmes.}

Bagaimanapun, spkb berteori bahawa nabi sudah mengetahui bahawa akan terjadi hal amat dahsyat yang akan menimpa keturunan baginda ini. Lalu, Salman ini diharapkan akan dapat membantu saudara mereka (Hassan, Hussein) yang diikatkan bersama di atas nama ahlul bait ini.

Maka, ketika berlaku kekecohan, chaos dan peperangan melawan ahlil bait inilah, maka Salman atau mungkin waris-warisnya telah dtg untuk menawarkan perlindungan ke atas anak-cucu-cicit Rasulullah s.a.w ini.

"Tiada tempat lain yang selamat," kata Salman dan mungkin keturunan Salman kepada waris Rasulullah s.a.w. "Kalian harus kubawa ke Parsi, tempat ranah kelahiran nenek moyangku sendiri. Di sana lebih aman, nyaman dan afdal untuk membina kehidupan baharu."

"Ya, berkemungkinan di sana kita akan dapat melanjutkan risalah nabi dengan lebih rapi," demikian kata kalangan ahlul bait, menyetujui akan saranan Salman dan keturunannya itu.

Sabermula demikianlah Kebudayaan Parsi terbentuk dengan kehadiran ahlul bait di sana. Ahlul Bait juga membentuk Kebudayaan China yang baharu di Xian, China. Juga ahlul bait membentuk kebudayaan baharu di Alam Melayu. {Hal kebudayaan baharu di China, Alam Melayu tentu memerlukan nota kuliah dan syarahan panjang pula.}

Maka, seperti mana Kebudayaan Barat (tafsiran Al-Attas) di terbentuk dengan rasukan kebudayaan Celts, Visigoths dan lain-lain kebudayaan pagan Barat purba dan tua maka demikian juga kebudayaan lain yang tertuang dalam bangsa tertentu dengan kehadiran jalinan kemesraan antara kumpulan ahlul bait dengan bangsa Parsi ini.

Penjelasan mengenai bagaimana Kebudayaan Parsi itu terbentuk jalin itu, memerlukan kajian rapi berhubung adat-adat Parsi purba yang blh jadi direstui, disahkan ahlul bait atau mungkin juga disanggah ahli bait, tapi orang Parsi itu tetap amalkan juga. Ya, kemungkinan ini tetap ada.

Dan, akhirnya setelah berlalu tempoh-tempoh masa ini, Syiah pun kini berkembang sebagai NEGARA yang berpusat di Iran (Safavid). Maka, kebudayaan itu berkembang subur dengan ada KUASA, NEGARA.

Sekali lagi ia perlukan huraian panjang juga dan masih berada di dalam kajian dan siasatan rapi oleh pihak SPKB.

@@@BAB KEDUA@@@

BAB 2: Pada menyatakan Wahabi sebagai bahagian daripada Budaya Arab, walhal ia budaya yang dimulakan oleh Arab - Badawi yang mana budayanya tidak diterima.)

Syahadan, pertamanya, barang hendaknya diketahui bahawa adalah sifat budaya atau kebudayaan itu sentiasa berkembang, maju seiring dengan PEMIKIRAN manusia dan bangsa itu sendiri.

Kebudayaan itu sentiasa bersifat terbuka dan berkembang tiada pula ia menguncup. Kebudayaan itu tercipta daripada kemajuan pemikiran.

Seterusnya, kebudayaan itu terbentuk dengan sebab wujud NEGARA atau KUASA sebagai yang tersebut pada hujung BAB 1 tadi.

Tidak seperti Syiah, Wahabi muncul agak baharu kerana amalan purba Jahiliyyah Arab sebagai termaklum.

Berbeza antara Wahabi dan Syiah. Syiah hadir tiba di atas pergolakan pentas politik manakala Wahabi itu muncul atas sebab perkumpulan yg tidak menyenangi gejala-gejala gelap, adat, amalan masyarakat Arab kalani (kala ini) yang dituduh diresapi oleh adat jahiliyyah pagan purba dahulu kala.

Terbalik dengan Syiah -- > Wahabi bermula dengan 'fiqh baharu', atau 'Tauhid Baharu', lalu kemudian berkembang sebagai KUASA, NEGARA ketika bergabung 'kebudayaan' fiqhnya dengan KEKUASAAN keluarga Saud.

{Perhatian, oleh sebab pemikiran ini masih baharu saya sendiri sangat sulit menemukan istilah dan perkataan dan ungkapan sesuai utk faham kan orang lain, jadi.. kena sabar untuk sementara sebelum saya temui istilah, ungkapan dan perkataan lain yang mungkin lebih sesuai.}

Terbalik dengan Wahabi ---> Syiah bermula dengan pergolakan politik antara perseteruan Ali dan Mua'wiyah. Kemudian, apabila ahlul bait ini terlontar ke daerah lain, maka fiqh Jaafari ini kemudian berkembang di dalam daerah KEKUASAAN Safavid, Parsi dan kini Iran (dalam bentuk NEGARA DAN KUASA).

Maka, hari ini, Syiah sebagai aliran fikiran, pemikiran terjelma di dalam wajah mazhab, lalu disokong dengan NEGARA, KUASA.

Sama dengan Wahabi sebagai aliran fikiran, ijtihad pemikiran individu perseorangan lalu disambut sokong dengan NEGARA, KUASA.

Negara dan kuasa akan gazetkan, maktubkan dalam undang-undang, perlembagaan negara. Maka, kementerian kebudayaan, kementarian pendidikan dan kementerian lain-lainnya akan tertakluk kepada dasar NEGARA, KUASA yang memutuskan untuk memegang mazhab itu.

Sayugia diingat, KEBUDAYAAN itu dinisbahkan, disandarkan terhadap aliran PEMIKIRAN sesuatu bangsa. Ia boleh jadi bangsa Arab yang kini disebut Arab Saudi sebagai bangsa Arab induk yanag sudah  hidup berNEGARA, berKUASA. Kiaskan juga hal ini kepada Syiah Iran, Parsi.

BAB 3: Pada menyatakan jawapan terhadap soalan, "Apa rasional mengaitkan aliran dengan kebudayaan?"

Sebagai termaklum, tertulis dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, hal 64 sebagai berikut:-

"Kebudayaan itu merujuk kepada segala HASIL CIPTAAN INSAN dalam usaha menyesuaikan dirinya menghadapi keadaan alam sekeliling..."

Dan juga... dalam RUKM, halaman 65, dituliskan sebagai berikut:-

"Orang dan masharakat yang Islam itu adalah orang dan masharakat yang mengenakan pengaruh keislaman ke atas segala bidang kehidupannya, dan HASIL PENGARUH serta DAYACIPTA KEISLAMAN inilah yang difahamkan sebagai Kebudayaan Islam."

Apabila disebut kalimat PENGARUH dan DAYACIPTA, tentu sahaja ia melibatkan PEMIKIRAN.

Maka, saya mengesyaki (masih di peringkat mengkaji, menilai) tentang kemungkinan adat-adat istiadat purba Parsi menyerap masuk ke dalam kitab-kitab fiqh mereka itu, wallahu'alam...

Tetapi, hal ini terbatal ke atas Wahabi kerana mereka berpegang kpd nas-nas hadis. Dan justeru mereka 'kuat' mebid'ahkan amalan-amalan tertentu, maka di sini, menurut hemat saya agak sulit bangsa Arab itu diresapi pagan semula. (Bagaimanapun, kebudayaan Barat tetap meresap juga dalam kalangan anak-anak muda mereka atas nama arus moderen kalani.)

Saya terlupa satu perkara, mohon diperbetulkan bahawa Kebudayaan Wahabi itu adalah Kebudayaan Arab Baharu (Wahabi). Ini kerana, hal Arab itu akan turut menggabungkan keperibadian Arab purba, jahiliah jua. Jadi, di sini saya perbaikinya daripada...

Kebudayaan Arab (Wahabi) -> Kebudayayaan Arab Baharu (Wahabi)

Bab 4: Pada menyatakan jawapan kepada pertanyaan, "Bolehkah kita katakan: ...Syafii = budaya Melayu...?"

Jawapan ringkasnya 'YA'. Huraiannya adalah lebih kurang begini.

Saya kena jelaskan kedudukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) terlebih dahulu.

Ia berteraskan kepada tiga perkara;

(1) Kebudayaan itu berteraskan amalan, kebudayaan penduduk asli di negara ini; Kebudayaan Melayu;

(2) Mana-mana amalan bangsa bukan Melayu yang boleh diterima sbg salah satu daripada kebudayaan  di negara ini;

(3) Islam adalah teras utama sebagai asas kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

Maka, sila perhatikan kepada PERKARA (1) dan PERKARA (3). Semak juga bahawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN menyebutkan bahawa Melayu itu adalah orang yang beragama Islam di negara ini; Malaysia.

Orang Melayu (Muslim) di negara ini berpandukan hukum Feqah Syafie.

Malah, orang bukan Islam (Cina Buddhist dan India Hindu) di negara in ikalau masuk Islam di tangan orang Melayu pun akan menadah pegang kitab Feqah Syafie, melainkan India Muslim yang asalnya bermazhab bukan Syafie kerana mereka memang bermazhab lain dari India.

Melayu di Malaysia itu beragama Islam, beraliran mazhab Syafie, maka amalan-amalan mereka semisal (1) bacaan Yasin pd malam Jumaat, (2) doa qunut dalam solat Subuh; (3) tahlil dan talqin kerana kematian; (4) burdah berzanji bermarhaban (4) dan lain-lain perkara yang tiada cela pada mazhab Syafie adalah KEBUDAYAAN MELAYU MALAYSIA.

Maka, bacaan Yasin pada malam Jumaat contohnya, adalah juga hal KEBUDAYAAN MELAYU merangkap amalan KEAGAMAAN sekali gus.

Walaupun Wahabi menyatakan ia bid'ah dlm Islam (hakikatnya bukan bid'ah), maka daripada segi kebudayaan, wacana bid'ah tiada wujud.

Maka Wahabi sebagai aliran KEBUDAYAAN ARAB BAHARU tiadalah hak untuk menimbulkan kekecohan dalam KEBUDAYAAN MELAYU kalani.

Bacaan Yasin pada malam Jumaat sebenarnya bukanlah Kebudayaan Arab (Wahabi) pun kerana Arab (Wahabi) membid'ahkannya. Bacaan Yasin bukanlah amalan kebudayaan Arab jahilah kerana mereka bukan Islam, apatah lagi risalah kenabian dan kerasulan belum wujud.

Dan walaupun bacaan pada Yasin malam Jumaat bukan ritual Melayu pada asalnya, tapi oleh kerana Melayu selepas Islam suka amalkannya secara berjemaah, maka hal itu menjadi bahagian daripada budaya mereka akhirnya, yang kita namakan sebagai kebudayaan Melayu baharu.

Maka demikian juga apabila Syafie itu boleh kita sandarkannya kepada kebudayaan, maka aliran pemikiran ASWJ itu juga adalah kebudayaan Melayu juga. Tapi, Syiah, Wahabi juga adalah aliran pemikiran.

PEMIKIRAN, akal fikiran ini adalah pendorong kepada wujudnya kesan pengaruh, dayacipta sbg yg terangkum dalam ta'rifan KEBUDAYAAN. Maka, aliran kebudayaan ASWJ (Melayu) adalah teras, akar budaya di negara ini.

Selebihnya adalah aliran Kebudayaan Syiah (Iran) dan Kebudayaan Wahabi (Arab Baharu) yang boleh dirujuk kepada PERKARA (2) dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK).

Perkara (2) DKK itu menyebutkan - segala bentuk kebudayaan bangsa bukan Melayu (Cina & India) boleh dimasukkan sbg entiti kebudayaan kebangsaan (jika tidak bercanggah dengan budaya Melayu dan Islam).

Makanya, berdasarkan Perkara  (2) ini juga - mana-mana Kebudayaan Syiah (Iran, Parsi) dan Kebudayaan Wahabi (Arab Baharu) yang tiada bercanggah dengan adat-istiadat, budaya Melayu serta Kebudayaan ASWJ, maka ia boleh diterima.

Bertitik-tolak daripada sinilah maka, Dasar Baharu Kebudayaan Melayu (DBKM) SPKB merumuskan bahawa ...

1. ASWJ di Malaysia sepatutnya menerima kitab fiqh Syiah dan Sunni - Jafari (Ja'far Sadik) untuk diajarkan di universiti-universiti.

2. Kebudayaan ASWJ sebagai kebudayaan akar - teras di negara ini sebaliknya berhak jua menolak pengaruh melampau Kebudayaan Iran, Parsi seperti meletakkan batu karbala di tikar sejadah, mengamalkan budaya menepuk-nepuk dada yg tiada bersesuaian dgn citra Melayu yang lemah lembut.

3. Kebudayaan ASWJ menerima Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah sbg 1 ilmu dan matapelajaran daripada Kebudayaan Wahabi di negara ini.

4. Tetapi Kebudayaan ASWJ juga menolak sikap 'kebudayaan Wahabi' yang membid'ahkan bacaan qunut dalam Subuh, Yasin malam Jumaat, tahlil dan talkin; burdah, berzanji, Maulid Nabi dan lain-lain amalan dan tradisi KEBUDAYAAN, KEAGAMAAN, warisan pusaka peninggalan mubaligh Muslim terawal di rantau ini.

Semua jenis  PENERIMAAN ASWJ & PENOLAKAN ASWJ ke atas amalan dan pendirian daripada Kebudayaan Syiah serta Kebudayaan Wahabi ini berteraskan semangat DKK seperti yang dijelaskan di atas tadi.


{Bersambung... insya Allah Ta'ala...}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan