mencadangkan hebahan kempen Aidiladha diperhebat oleh radio & televisyen atas hadis di bawah ini dengan kaedah mengadakan acara ala-ala SUARASA dan JOM HEBOH!
Barangkali, agak-agaknya, kita perlu membuat Bazaar Zulhijjah seperi Bazaar Ramadhan bagi mereka yang berpuasa pada 1 sehingga 9 Dzulhijjah. Saya lihat kehadiran Aidil Adha itu mungkin lebih meriah dan bernada ceria jika kita berpuasa juga.
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Tiada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan dalamnya daripada 10 hari (Zulhijjah). Maka perbanyakkan tahlil, takbir dan tahmid pada hari itu." (Riwayat Ahmad)
1. Menggalakkan umat Islam Malaysia berpuasa daripada hari pertama hingga hari ke-8.
Sebagai yang pernah diriwayatkan bahawa, ada 4 perkara yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah s.a.w:
- Puasa hari Asyura;
- Puasa 1 sehingga 8 ZULHIJJAH;
- Tiga hari setiap bulan; dan
- Dua rakaat sebelum fajar. (Ahmad, Abu Daud dan Nasai).
2. Puasa pada hari ke-9. Hari ke-9 ini juga dikenali sebagai hari Arafah.
Puasa Hari Arafah disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji. Yang mengerjakan haji tidak disunatkan berpuasa pada hari itu.
Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegah daripada berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan haji di 'Arafah." (Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Hari Arafah adalah hari ke-9 Zulhijjah, iaitu hari terbaik sepanjang tahun. Rasulullah s.a.w. bersabda...
"Tiada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari itu dari neraka berbanding hari 'Arafah." (Muslim).
Disunatkan kita berpuasa pada hari itu, dalilnya ialah; hadis Abu Qatadah r.a. yang menceritakan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa 'Arafah. Baginda bersabda; '(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang." (Muslim).
Kesimpulannya, puasa hari Arafah itu menggugurkan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.
Menulis nota bantahan, mengirim nota peringatan kepada Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak selaku wakil 'milikan saham' Utusan Malaysia. Juga, untuk Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin yang bertanggungjawab untuk ruangan ADAP - Akhbar Dalam Pembelajaran di akhbar tersebut.
Syahadan adapun pagi ini saya terlihat dua nas ayat Al-Quran (Luqman: 19 dan Al-an'am: 70) di dalam kertas bungkus nasi lemak pagi ini. Kertas pembalut itu adalah UTUSAN MALAYSIA.
Justeru, saya mencadangkan supaya Presiden Umno Najib Razak sebagai parti yang ada saham akhbar ini, dapat mengeluarkan pekeliling supaya bahagian grafik editorial akhbar tidak lagi menyelitkan ayat Al-Quran di dalamnya kerana dibimbangi hal itu akan mengotori kesucian ayat-ayat suci Al-Quran tersebut.
Untuk makluman tuan-tuan berdua, sila rujuk Khamis (21 Januari 2010), ruangan ADAP; Akhbar Dalam Pembelajaran utk ruangan Pendidikan Islam tingkatan 4.
Juga bahagian Kementerian Pelajaran Muhyiddin Yassin dapat keluarkan pekeliling agar mana-mana unit yang terlibat dalam ruangan ADAP di akhbar itu tidak lagi mencetak ayat-ayat Al-Quran bagi tujuan memelihara kesucian Kalamullah.
Kita tidak tahu mungkin ada orang akan terus buang dalam tong sampah ayat-ayat Al-Quran ini. Na'uzubillah!
Sekian, dengan itu, wassalam...
11:30 malam - 1:00 pagi, Istana Budaya, Malam Puisi Riong
Perihal Barat akan sentiasa menjajah
Cerita dongeng kali ini ialah berkenaan Barat yang kerap menjajah dunia Timur sejak dahulu sehingga kini. Sejak berlaku pergelutan antara Belanda, Portugis, Amerika dan British, aku melihat Alam Melayu dan Benua Asia ini yang sentiasa digodam oleh bangsa-bangsa Barat.
Amerika akan datang menodai Filipina sehingga Jose Rizal datang dan bangkit melawannya. Portugis pun tiba mengambil Melaka, kemudiannya Belanda mengambil alih Melaka daripada Portugis.
British asalnya datang mengambil Tanah Jawa dan akhirnya siap ada perjanjian pula dengan Belanda melalui Perjanjian Inggeris - Belanda itu. Lewat perjanjian yang termeterai di antara Inggeris - Belanda itulah, wilayah Indonesia-Malaysia terwujud sehingga kini. Kita di Timur bagaikan makanan, daging yang dikelar dan gading yang dirompak daripada gajah perkasa di hutan yang telah dibius atau ditembak semata-mata kerana gading.
Baik daging mahu pun gading, penjajah Barat menamatkan kemakmuran kita dengan kisah gelap penjajahan!
Hari ini di Amerika, mereka akan bergaduh lagi dan kemuncak pergaduhan mereka yang terbawa-bawa ke Alam Melayu, penghulu kepada tamadun peradaban Timur.
Lalu, aku sifatkan kedatangan Obama di Indonesia dan Hillary di Istac ini sebagai penjajahan bentuk baharu; Neo Kolonialisme. Perang Barat sejak dahulu akan mengheret mereka dalam pergolakan di Alam Melayu. Bangsa Asia sudah lama dipermainkan dan hingga kini dilelahkan dalam pencarian jati diri...Ah! Ini Dongeng!
Turun ke Muar, Batu Pahat mencari murid-murid Kiai Salleh
Bertemankan sate 15 cucuk (7 ayam, 8 daging? Eh betul ke? Ke 8 ayam, 7 daging), maka kami rancak terus berbual sehingga angin dingin malam ke dinihari itu pun turut larut dalam kehangatan bualan isu-isu politik.
Daripada kisah berdarah 13 Mei, Kiai Salleh, serangan di Batu Pahat, semuanya bergaul bagaikan rojak dan murtabak adanya. Itu belum aku rawikan kisah 'dongeng' mengenai parang terbang dan kehebatan Ayat 4.
"Aku kena turun ke Muar lagi ni," kataku. "Kena cari balik saki-baki daki pengalaman orang-orang lama yang ikut bertempur di Sungai Manik di mana sahaja mereka berada."
Baru tadi, aku baca kisah Onn Jaafar diminta oleh British untuk mententeramkan orang Melayu di Batu Pahat. Jadi, Umno ini memang sudah lama diperalatkan British untuk kepentingan mereka sendiri. Ny berkata, dalam kes Natrah misalnya, Onn diminta oleh British agar tidak campur tangan.
Yang aku ingat Tunku pernah campurtangan dalam keadaan membebaskan orang Melayu yang ditahan British dan hal ini disentuh oleh Tunku sendiri dalam suatu wawancaranya di tv. Ah! Jangan percaya ini dongeng!
Penubuhan Kelab Pena di kampus-kampus universiti
Memikirkan kewajaran penubuhan Kelab Pena di kampus universiti selepas minum malam bersama Nazmi Yaakub, Ruslan Abdull Raffar di celah lorong gelap, di 'belakang' Istana Budaya.
"Penulis muda dah tak nak berpersatuan, berjuang macam A Samad Said, etc..." kata mereka... bla, bla... antara yang turut disentuh adalah isu Natrah dan sebagainya.
"Kalau macam tu, patut diusahakan penubuhan KELAB PENA di kampus," kataku. Kerumitan berlaku di sini - tiada siapa yang mahu mendokongnya. Yang datang acara kebanyakan perempuan, lelaki boleh hadir juga, tapi lebih ramai kerusinya. Siswa kurang berbanding siswi dan mereka boleh dibilang dengan jari.
Selalunya kaum lelakilah (mahasiswa) yang diharapkan dapat tampil sebagai nadi penggerak. Ini angan datang daripada orang yang kuat berangan mengenai dongeng-dongeng mengenai hajat yang tidak kesampaian!
Orang yang menyanyi lagu cinta dah ada, kenapa dicari lagi di YouTube?
Apabila mendengar nyanyian Suhaimi Mior Hassan (Mencari Cinta), daku mencarinya di YouTube, rakanku menegur, "Orangnya dah ada di depan mata, yang kau cari dalam YouTube tu buat apa?" ---
Jawapan yang gagal keluar dari rongga halkum kerongkong aku tadi ialah, "Segala yang ada kaitan dengan CINTA, kita mesti mencarinya dan menggali maknanya BERULANG-KALI..."
Tuhan yang bersifat dengan Ar-Rahmaan; (Pencinta Agung) adalah suatu Zat, Watak, Sosok Agung yang sungguh indah. Mencintai Tuhan itu adalah suatu kewajipan sepanjang hayat.
Dan, Tuhan yang bersifat Ar-Rahmaan (Sang Pencinta Agung) tetap juga mahu bertanya, "Fa bi ayyi ala i rabbikuma tukazzibaan?"
Cinta itu mesti diungkap berulang-ulang setiap hari, setiap kali menemui kekasih dan isteri. Dia seperti kekasih yang selalu merinduimu akan selalu juga bertanya, "Apakah benar kau mencintaiku?"
Ar-Rahmaan itu memang terbit sebagai satu kalimah, namun gelora MA'NA CINTA yang mengalir di bawah sungai hikmah-Nya itu perlu selalu digali berulang-ulang kali kerana di dalamnya terletak rahsia yang pelbagai.
Jangan dipercaya... ini juga suatu dongengan ... ;) [Breathless in Kuala Lumpur...]
8:08 pagi - ?:?? pagi, 12 November, 2010
Hujan pagi dan aku mula diserang kedinginan kebosanan di Warung An-Nur. Tersekat dalam perjalanan hidup, wah ia nikmat kebosanan yang berterusan. Izinkan aku terus berdongeng sehingga hujan pagi Jumaat ini teduh!
Menangis itu suatu nikmat
Hujan itu bagaikan ratapan dan esak tangis penduduk langit. Bagaikan seorang perempuan yang patah hati kecewa ditinggalkan kekasih, dia akan menangis lalu menghempas bingkai-bingkai berkaca yang termuat di dalamnya gambar kekasihnya yang lalu.
Dan, bumi ini kerap dipanggil ibu pertiwi, watak wanita juga. Di sinilah dia menakung dosa anak-anaknya yang derhaka. Di sinilah juga dia sesekali menangis sehingga bah banjir bergenang juga mengalir deras merata-rata.
Menangis untuk merawat kekecewaan itu juga suatu nikmat dan kelazatan yang tidak terhitung indahnya.
Tetapi, ada juga pemimpin yang mengada-ngada menangis dan pura-pura sebak sebelum melepas semua jawatannya.
Bangsa Melayu tidak bersyukur, kurang ajar dengan Tuhan
Sedang aku makan-makan di sini, seorang anak muda yang segak kemas, berkemeja putih dan berseluar hitam dengan berlazatan menjamu selera dengan sepinggan nasi dan seketul ayam goreng.
Tetapi, ayam itu tidak dihabiskannya! Bangsa Melayu ini sudah mula kurang ajar dengan Tuhan-Nya. Tidak pandai bersyukur! Kalau minum, air dibiarkan tinggal sedikit!
Syukur itu bukan cuma tinggal di lidah, tetapi juga mesti dengan perbuatan. Jika makan tidak habis, maka kita mesti bungkus bakinya untuk dibawa pulang. Begitulah juga minuman, mesti dibungkus untuk dibawa pulang jika tidak habis diminum.
Nasi kita yang masih tersisa dan tidak habis dimakan ini boleh menangis, hanya kita yang tidak mendengarnya. Itu kata orang-orang tua zaman dahulu. Tapi, barangkali juga orang tua kita ada ilmu-ilmu tertentu.
Kerana ketamakan ratu, sawah bendang berkurangan dan sumber makanan dalam negara; beras terpaksalah kita beli dari luar. Kita perlu kembali ke zaman silam, menanam padi huma di bukit-bukit! Ini perlu untuk agar beras di dalam negara kita sentiasa cukup.
Ah! Awan masih keras menjatuhkan air matanya... apa yang mahu diceritakan lagi ya?
Dongeng mengenai emas
Habis kisah mengenai beras, kita bercerita mengenai emas. Emas ini sebenarnya ada di sekeliling kita. Ia masa yang terluang panjang. Setiap orang diberikan peLUANG keEMASan yang sama.
"Masa itu EMAS," kata orang-orang bijaksana Melayu. Kata-kata ini termuat dalam dialog Gordon Gekko di Wall Street sebagai, "Masa adalah KOMODITI..." Dan, emas adalah salah satu daripada komoditi.
Bagai Time (masa) & Space (tempat), maka Alam Melayu ada LUANG (time masa) dan RUANG (tempat).
Ada sebuah dongeng lama, kononnya dahulu ada tuan-tuan guru pondok yang memiliki sebuah kitab panduan mengenai cara-cara membuat, menempa emas. Tetapi, akhirnya kitab itu dikatakan telah dibakar kerana takut ia disalahgunakan oleh orang-orang yang terkemudian.
Baru-baru ini pecah jatuh ke pengetahuan kita mengenai cara orang-orang tertentu membuat emas daripada sejenis pokok. Rahsia ini kononnya adalah dalam negeri Cik Siti Wan Kembang.
"Sebab itulah negeri tu banyak duit dinar emas," kata temanku itu. Semua kisah dongeng ini membuatkan aku teringatkan dongeng Pancha Delima, filem P Ramlee iaitu daun emas boleh dipetik daripada suatu pokok.
Ah! Ini cerita dongeng sementara menunggu hujan teduh. Ya, kebetulan hujan sudah teduh, saya mahu pulang. Kepala terasa pening dan berat dengan persoalan umat yang sarat menghempap ke batu jemala! 9:02 pagi, Warung An-Nur, Langgar Al-Fansuri.

###########################

Bismillah ir rahmaan ir raheem... Dengan nama Allah; Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amma Ba'du...
Syahadan adapun pagi ini saya terlihat dua nas ayat Al-Quran (Luqman: 19 dan Al-an'am: 70) di dalam kertas bungkus nasi lemak pagi ini. Kertas pembalut itu adalah UTUSAN MALAYSIA.
Justeru, saya mencadangkan supaya Presiden Umno Najib Razak sebagai parti yang ada saham akhbar ini, dapat mengeluarkan pekeliling supaya bahagian grafik editorial akhbar tidak lagi menyelitkan ayat Al-Quran di dalamnya kerana dibimbangi hal itu akan mengotori kesucian ayat-ayat suci Al-Quran tersebut.
Untuk makluman tuan-tuan berdua, sila rujuk Khamis (21 Januari 2010), ruangan ADAP; Akhbar Dalam Pembelajaran utk ruangan Pendidikan Islam tingkatan 4.
Juga bahagian Kementerian Pelajaran Muhyiddin Yassin dapat keluarkan pekeliling agar mana-mana unit yang terlibat dalam ruangan ADAP di akhbar itu tidak lagi mencetak ayat-ayat Al-Quran bagi tujuan memelihara kesucian Kalamullah.
Kita tidak tahu mungkin ada orang akan terus buang dalam tong sampah ayat-ayat Al-Quran ini. Na'uzubillah!
Sekian, dengan itu, wassalam...
#######################
11:30 malam - 1:00 pagi, Istana Budaya, Malam Puisi Riong
Perihal Barat akan sentiasa menjajah
Cerita dongeng kali ini ialah berkenaan Barat yang kerap menjajah dunia Timur sejak dahulu sehingga kini. Sejak berlaku pergelutan antara Belanda, Portugis, Amerika dan British, aku melihat Alam Melayu dan Benua Asia ini yang sentiasa digodam oleh bangsa-bangsa Barat.
Amerika akan datang menodai Filipina sehingga Jose Rizal datang dan bangkit melawannya. Portugis pun tiba mengambil Melaka, kemudiannya Belanda mengambil alih Melaka daripada Portugis.
British asalnya datang mengambil Tanah Jawa dan akhirnya siap ada perjanjian pula dengan Belanda melalui Perjanjian Inggeris - Belanda itu. Lewat perjanjian yang termeterai di antara Inggeris - Belanda itulah, wilayah Indonesia-Malaysia terwujud sehingga kini. Kita di Timur bagaikan makanan, daging yang dikelar dan gading yang dirompak daripada gajah perkasa di hutan yang telah dibius atau ditembak semata-mata kerana gading.
Baik daging mahu pun gading, penjajah Barat menamatkan kemakmuran kita dengan kisah gelap penjajahan!
Hari ini di Amerika, mereka akan bergaduh lagi dan kemuncak pergaduhan mereka yang terbawa-bawa ke Alam Melayu, penghulu kepada tamadun peradaban Timur.
Lalu, aku sifatkan kedatangan Obama di Indonesia dan Hillary di Istac ini sebagai penjajahan bentuk baharu; Neo Kolonialisme. Perang Barat sejak dahulu akan mengheret mereka dalam pergolakan di Alam Melayu. Bangsa Asia sudah lama dipermainkan dan hingga kini dilelahkan dalam pencarian jati diri...Ah! Ini Dongeng!
Turun ke Muar, Batu Pahat mencari murid-murid Kiai Salleh
Bertemankan sate 15 cucuk (7 ayam, 8 daging? Eh betul ke? Ke 8 ayam, 7 daging), maka kami rancak terus berbual sehingga angin dingin malam ke dinihari itu pun turut larut dalam kehangatan bualan isu-isu politik.
Daripada kisah berdarah 13 Mei, Kiai Salleh, serangan di Batu Pahat, semuanya bergaul bagaikan rojak dan murtabak adanya. Itu belum aku rawikan kisah 'dongeng' mengenai parang terbang dan kehebatan Ayat 4.
"Aku kena turun ke Muar lagi ni," kataku. "Kena cari balik saki-baki daki pengalaman orang-orang lama yang ikut bertempur di Sungai Manik di mana sahaja mereka berada."
Baru tadi, aku baca kisah Onn Jaafar diminta oleh British untuk mententeramkan orang Melayu di Batu Pahat. Jadi, Umno ini memang sudah lama diperalatkan British untuk kepentingan mereka sendiri. Ny berkata, dalam kes Natrah misalnya, Onn diminta oleh British agar tidak campur tangan.
Yang aku ingat Tunku pernah campurtangan dalam keadaan membebaskan orang Melayu yang ditahan British dan hal ini disentuh oleh Tunku sendiri dalam suatu wawancaranya di tv. Ah! Jangan percaya ini dongeng!
Penubuhan Kelab Pena di kampus-kampus universiti
Memikirkan kewajaran penubuhan Kelab Pena di kampus universiti selepas minum malam bersama Nazmi Yaakub, Ruslan Abdull Raffar di celah lorong gelap, di 'belakang' Istana Budaya.
"Penulis muda dah tak nak berpersatuan, berjuang macam A Samad Said, etc..." kata mereka... bla, bla... antara yang turut disentuh adalah isu Natrah dan sebagainya.
"Kalau macam tu, patut diusahakan penubuhan KELAB PENA di kampus," kataku. Kerumitan berlaku di sini - tiada siapa yang mahu mendokongnya. Yang datang acara kebanyakan perempuan, lelaki boleh hadir juga, tapi lebih ramai kerusinya. Siswa kurang berbanding siswi dan mereka boleh dibilang dengan jari.
Selalunya kaum lelakilah (mahasiswa) yang diharapkan dapat tampil sebagai nadi penggerak. Ini angan datang daripada orang yang kuat berangan mengenai dongeng-dongeng mengenai hajat yang tidak kesampaian!
Orang yang menyanyi lagu cinta dah ada, kenapa dicari lagi di YouTube?
Apabila mendengar nyanyian Suhaimi Mior Hassan (Mencari Cinta), daku mencarinya di YouTube, rakanku menegur, "Orangnya dah ada di depan mata, yang kau cari dalam YouTube tu buat apa?" ---
Jawapan yang gagal keluar dari rongga halkum kerongkong aku tadi ialah, "Segala yang ada kaitan dengan CINTA, kita mesti mencarinya dan menggali maknanya BERULANG-KALI..."
Tuhan yang bersifat dengan Ar-Rahmaan; (Pencinta Agung) adalah suatu Zat, Watak, Sosok Agung yang sungguh indah. Mencintai Tuhan itu adalah suatu kewajipan sepanjang hayat.
Dan, Tuhan yang bersifat Ar-Rahmaan (Sang Pencinta Agung) tetap juga mahu bertanya, "Fa bi ayyi ala i rabbikuma tukazzibaan?"
Cinta itu mesti diungkap berulang-ulang setiap hari, setiap kali menemui kekasih dan isteri. Dia seperti kekasih yang selalu merinduimu akan selalu juga bertanya, "Apakah benar kau mencintaiku?"
Ar-Rahmaan itu memang terbit sebagai satu kalimah, namun gelora MA'NA CINTA yang mengalir di bawah sungai hikmah-Nya itu perlu selalu digali berulang-ulang kali kerana di dalamnya terletak rahsia yang pelbagai.
Jangan dipercaya... ini juga suatu dongengan ... ;) [Breathless in Kuala Lumpur...]
#############################
8:08 pagi - ?:?? pagi, 12 November, 2010
Hujan pagi dan aku mula diserang kedinginan kebosanan di Warung An-Nur. Tersekat dalam perjalanan hidup, wah ia nikmat kebosanan yang berterusan. Izinkan aku terus berdongeng sehingga hujan pagi Jumaat ini teduh!
Menangis itu suatu nikmat
Hujan itu bagaikan ratapan dan esak tangis penduduk langit. Bagaikan seorang perempuan yang patah hati kecewa ditinggalkan kekasih, dia akan menangis lalu menghempas bingkai-bingkai berkaca yang termuat di dalamnya gambar kekasihnya yang lalu.
Dan, bumi ini kerap dipanggil ibu pertiwi, watak wanita juga. Di sinilah dia menakung dosa anak-anaknya yang derhaka. Di sinilah juga dia sesekali menangis sehingga bah banjir bergenang juga mengalir deras merata-rata.
Menangis untuk merawat kekecewaan itu juga suatu nikmat dan kelazatan yang tidak terhitung indahnya.
Tetapi, ada juga pemimpin yang mengada-ngada menangis dan pura-pura sebak sebelum melepas semua jawatannya.
Bangsa Melayu tidak bersyukur, kurang ajar dengan Tuhan
Sedang aku makan-makan di sini, seorang anak muda yang segak kemas, berkemeja putih dan berseluar hitam dengan berlazatan menjamu selera dengan sepinggan nasi dan seketul ayam goreng.
Tetapi, ayam itu tidak dihabiskannya! Bangsa Melayu ini sudah mula kurang ajar dengan Tuhan-Nya. Tidak pandai bersyukur! Kalau minum, air dibiarkan tinggal sedikit!
Syukur itu bukan cuma tinggal di lidah, tetapi juga mesti dengan perbuatan. Jika makan tidak habis, maka kita mesti bungkus bakinya untuk dibawa pulang. Begitulah juga minuman, mesti dibungkus untuk dibawa pulang jika tidak habis diminum.
Nasi kita yang masih tersisa dan tidak habis dimakan ini boleh menangis, hanya kita yang tidak mendengarnya. Itu kata orang-orang tua zaman dahulu. Tapi, barangkali juga orang tua kita ada ilmu-ilmu tertentu.
Kerana ketamakan ratu, sawah bendang berkurangan dan sumber makanan dalam negara; beras terpaksalah kita beli dari luar. Kita perlu kembali ke zaman silam, menanam padi huma di bukit-bukit! Ini perlu untuk agar beras di dalam negara kita sentiasa cukup.
Ah! Awan masih keras menjatuhkan air matanya... apa yang mahu diceritakan lagi ya?
Dongeng mengenai emas
Habis kisah mengenai beras, kita bercerita mengenai emas. Emas ini sebenarnya ada di sekeliling kita. Ia masa yang terluang panjang. Setiap orang diberikan peLUANG keEMASan yang sama.
"Masa itu EMAS," kata orang-orang bijaksana Melayu. Kata-kata ini termuat dalam dialog Gordon Gekko di Wall Street sebagai, "Masa adalah KOMODITI..." Dan, emas adalah salah satu daripada komoditi.
Bagai Time (masa) & Space (tempat), maka Alam Melayu ada LUANG (time masa) dan RUANG (tempat).
Ada sebuah dongeng lama, kononnya dahulu ada tuan-tuan guru pondok yang memiliki sebuah kitab panduan mengenai cara-cara membuat, menempa emas. Tetapi, akhirnya kitab itu dikatakan telah dibakar kerana takut ia disalahgunakan oleh orang-orang yang terkemudian.
Baru-baru ini pecah jatuh ke pengetahuan kita mengenai cara orang-orang tertentu membuat emas daripada sejenis pokok. Rahsia ini kononnya adalah dalam negeri Cik Siti Wan Kembang.
"Sebab itulah negeri tu banyak duit dinar emas," kata temanku itu. Semua kisah dongeng ini membuatkan aku teringatkan dongeng Pancha Delima, filem P Ramlee iaitu daun emas boleh dipetik daripada suatu pokok.
Ah! Ini cerita dongeng sementara menunggu hujan teduh. Ya, kebetulan hujan sudah teduh, saya mahu pulang. Kepala terasa pening dan berat dengan persoalan umat yang sarat menghempap ke batu jemala! 9:02 pagi, Warung An-Nur, Langgar Al-Fansuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan