tadi pagi, selesai kuliah Subuh di Masjid Jamek Kg Baru (MJKB), Langgar al-Fansuri, baru saya berkesempatan bersama kumpulan halaqah RATIB AL-ATTAS.
Ustaz Musa Fathullah guru agama ada beritahu saya dan Ahmad Lutfi Othman bahawa ratib ini pernah dibawa di masjid ini. Hal itu diberitahu 5 tahun lalu (2005) ketika saya mula bekerja Siasah.
"Kita akan buat Ratib Al-Attas ini selepas kuliah Subuh pada setiap minggu ke-2 dan minggu ke-4," kata khalifah majlis zikir. "Dengan kebesaran nama-nama Allah, hajat tuan-tuan akan dikabulkan Allah."
Maka, antara keunikannya ratib ini ialah, antara nama-nama Allah ini, ia diselang-seli dengan seruan 'JALLA JALAALUH'. Keluarga Al-Attas tidak hanya menawarkan KEROHANIAN, malah PEMIKIRAN!
'mood': Baru selesai punggah barang adik di UiTM Seri Iskandar. Kini sedang usaha keras untuk cari majlis halaqah Ratib Al-Haddad...
di kuliah Subuh, ustaz bercakap hal kedudukan tempat Tuhan - "ar-Rahmaan 'ala arsyistawa" dan lain-lain nas dalil. Suatu ketika dahulu saya pernah ditanya, apakah Tuhan itu bertempat? Saya bertanya semula,"Saudara pernah berzikir? Zikrullah?"

#########################
di kuliah Subuh, ustaz bercakap hal kedudukan tempat Tuhan - "ar-Rahmaan 'ala arsyistawa" dan lain-lain nas dalil. Suatu ketika dahulu saya pernah ditanya, apakah Tuhan itu bertempat? Saya bertanya semula,"Saudara pernah berzikir? Zikrullah?"
"Ya," jawab anak muda itu, "Sudah tentu pernah..."
"Jika demikian Tuhan itu bertempat..." jawab saya dengan ragu-ragu. Maklumlah kita tidak fasih hal-hal agama. Pengetahuan agama tidak tinggi. Lalu menambah, "Agak-agak saya begitulah..."
"Sebab apa? Apa hubungkaitnya dengan zikrullah?" dia bertanya lagi.
"Setidak-tidaknya itu menunjukkan Tuhan memang ada TEMPAT singgahan ... ya TEMPAT-NYA ada di dalam HATI saudara..."
Pemberitahuan: Esok selepas kuliah Subuh, ada majlis wirid Asmaul Husna, mula dengan istighfar 25x, selawat 25x dan acara zikir nama-nama Allah bermula.
"Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit," kata tuan imam. Kini di Langgar Fansuri Masjid Jamek Kg Baru, menukang khutbah pencerdasan Sekolah Pemikiran Bukit Cantik (SPBC), Mersing.
"Kutipan kuliah Subuh hari ini RM600," kata imam. "Tidak lebih tidak kurang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan