11:49 malam, 1 Ramadan
Ketika menulis ini, 1 Ramadhan sudah tiba sejak Maghrib petang. Bersimbahlah kenangan sejak 6 tahun lalu, (2005) ketika saya mula bekerja di Siasah. Kiriman pesanan ringkas sms itu menerpa ke telefon bimbit saya jam 8 pagi, saya fikir.
"Anak ana, Syafiqah meninggal dunia..." kata Ahmad Lutfi Othman lewat petikan sms itu. Dan, minggu-minggu berikutnya, saya ke pejabat dengan wajah beliau yang rusuh. Dia diserang rasa serba-salah kerana tidak dapat menunaikan hajat dan permintaan anak gadisnya itu.
Apakah permintaan anaknya tidak saya tahu. Untuk ke rumah beliau menjelang pengebumiannya saya juga tidak tahu. Bimbang sesat. Kuala Lumpur saat itu, bagi seorang anak muda Utara seperti saya yang jarang bersosial, adalah seperti rimba belantara yang dipenuhi misteri, kegelapan serta diselubungi teka-teki.
"Rumah dia di Bukit Belacan," kata Haris, rakan wartawan saya di Siasah ketika menjawab pertanyaan saya berhubung alamat rumah Ahmad Lutfi. Cuma tahu Bukit Belacan dan Ampang, itu bukan jaminan untuk selamat melambung raga dan menyabung nyawa di tengah-tengah kancah lembah pekan batu.
Jadi, saya tetap memilih untuk membatu di ruam. Hidup dan dunia saya hanyalah di Kg Baru. Masuk kerja pejabat dan kemudiannya terus balik. Sesekali, dengan motor Kriss, saya cuba mengacah-acah keberanian untuk keluar dan maju lebih sedikit agar tubuh ini mula menyebati dan terserap dengan udara kota yang cepat sekali bertukar itu.
Syafiqah selamat dikebumikan. Tapi, ingatan Ahmad Lutfi terhadapnya tetap hidup, berputik dan terus-menerus segar dan tegar. Dahan-dahan kenangan, tidaklah begitu mudah dicantas oleh kesibukannya dalam menjalankan pekerjaannya sebagai editor Siasah ketika itu. Syafiqah itu tak mudah luput begitu sahaja daripada hati sanubarinya.
Sekeping gambar Syafiqah pun digantungkannya di bilik pejabatnya di Siasah. Saya lihat, gambar itu masih tetap jua tergantung di dinding bilik pejabat selepas beliau dihijrahkan ke Harakah. Ingatan yang begitu kuat, mesra dan akrab itu bagaikan hidup selalu walau tertekan oleh penyakitnya yang hadir tanpa mengira waktu.
Beberapa keluaran Siasah selepas itu pun, tidak putus-putus menceritakan pemergian ibunya dan pengalaman lalu itu dikaitkan dengan pemergian anak beliau itu. Seorang lelaki bujang lajang seperti saya tentulah tidak dapat menyerap sepenuhnya 'kenikmatan' penderitaan yang sedang dihadapinya.
"Ada kenikmatan dalam penderitaan ketika mengenangkan pemergian Syafiqah itu," pernah lafaz itu terungkap daripada bibir ketika kami berbual petang di rumahnya di Ampang.
Di dalam tubuhnya sedang bersarang bermacam penyakit, ditambah pula dengan pemergian anaknya itu, bagaikan sebotol cuka atau segenggam garam tercurah ke dalam liang lukanya yang paling dalam sehingga ke sumsum tulang hitam. Apalah agaknya perasaan pada kala itu?
Dia dengan masanya dan kehidupannya yang tidak menentu, akan terus-menerus menukang laporan akhbar walhal Syafiqah di rumah, masih menantikan kehadirannya menjengah dengan sapaan mesra yang mewah berganda daripada ayahnya.
Saya teringat secebis kisah Umar Al-Khattab yang menangis tiba-tiba saat menceritakan pengalamannya era Jahiliyyah yang membunuh anak gadisnya. Kisah Umar menimbuskan anak perempuannya ini hidup-hidup di tengah-tengah bahang kehangatan padang pasir kerap mengundang rasa sebak di jiwa.
"Ketika aku menggali kuburnya, anak gadisku tidak mengerti bahawa itulah kubur tempat persemadiannya yang terakhir!" mungkin begitu cerita Umar r.a ketika menceritakan kenangan pilu itu. "Ketika peluh keringat meleleh di dahiku, maka anak gadisku itulah yang mengusap peluhku."
"Kemudian, tubuh kecilnya aku tolak! Aku menjadi lebih tidak peduli lagi ketika mendengarkan jeritannya yang meraung-raung memanggil namaku, serta aku tidak menjawab pertanyaannya, atas dosanya yang mana satu menyebabkan dia terpaksa dibunuh dengan kedua-dua tanganku ini!"
Sebenarnya, ini cuma dialog rekaan. Tidak ada sesiapa pun yang tahu keperitan rasa, kepayahan jiwa dan riuh-rendah perasaannya yang membuku, serta geram terpendam yang lama mendekam di hatinya saat mengenangkan keadaan jahiliyyahnya dahulu.
Saya hanya cuba menyerap watak Umar r.a dan cuba mengandaikan seolah-olah sayalah Umar itu yang kejam ketika era jahiliyyah sehingga begitu tega membunuh darah dagingnya sendiri. Saya menduga, anak gadis yang dibunuh Umar r.a itu barangkali kakak kepada Hafsah, anak Umar juga.
Ini kerana, Hafsah terselamat daripada menjadi mangsa kekeliruan sistem jahiliyyah yang kemudiannya ditumbangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Saya mengaitkan cerita ini terhadap peribadi dan watak kelaku Umar r.a ini, kerana kebetulan nama salah seorang anak lelaki Ahmad Lutfi itu Umar juga. Sejurus kematian Syafiqah, tidak berapa lama selepas itu, entah Umar atau anak lelaki beliau yang mana satu telah mendapat demam pula.
"La ni, pantang dengar mana-mana anak yang demam, aku terus balik," kata Ahmad Lutfi kepada seorang sahabatnya ketika kami sama-sama bergebang di Haslam pada suatu petang. Kalau tidak salah, bualan itu bersama Bakaq Haq a.k.a penulis blog penarik Beca.
Hatta, ketika salah seorang anak Bakaq Haq meninggal dunia sekali pun, masih sempat Ahmad Lutfi melayangkan catatannya berhubung kematian puteri beliau itu. Apa-apa sahaja kejadian, dia akan terus menulis mengenai anaknya yang seorang itu.
Saya mesti berterus-terang juga ketika menerima sms beliau pada awal pagi 1 Ramadhan, 6 tahun yang lalu itu (2005). Saya dapat berasakan kebesaran Allah s.w.t di situ. Memang Tuhan telah memilih dan mentakdirkan pemergian puterinya betul-betul dalam bulan Ramadhan. Di sini, saya rasakan puteri beliau itu pilihan Tuhan juga kerana dia pergi meninggalkan keluarganya dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.
Saya teringat kelahiran saya yang dijadualkan doktor pada 13 Januari (Khamis), tapi diputuskan Allah sehari selepas itu; 14 Januari (Jumaat). Saya terfikir bagaimana pengarang Laskar Pelangi Andrea Hirata pernah menulis tentang sikap degil ibunya 'mempertahankan' kelahirannya sendiri agar tidak dilahir pada hari itu juga, sebaliknya ibunya menerankannya keluar dari rahim sejurus selepas 12 malam, semata-mata kerana inginkan anaknya (Andrea Hirata) lahir pada tarikh PBB ditubuhkan. Sebuah kisah yang dianggap lucu oleh sesetengah orang, tetapi harus diingat cermat bahawa sikap si ibu tadi didasari oleh iltizam dan asas semangat falsafah yang begitu kuat!
Saya tidak boleh menipu bahawa, selepas menerima kiriman sms Ahmad Lutfi pada pagi 1 Ramadhan pada 6 tahun lalu, saya kerap menjadi pemikir juga, lalu bertanya Tuhan dalam diam-diam. Kalau saya wali keramat, saya ingin menguak tirai langit dan menilik nasib beliau-adakah dia memang ditakdirkan pergi pada 1 Ramadhan atau, pada tarikh lain? Ini soalan 'nakal' kerana ingin tahu gerak kelakuan-Nya?
Kenapakah orang-orang seperti Soe Hok Gie, seorang aktivis mahasiswa di Indonesia misalnya, mati sehari sebelum hari kelahirannya pada usia 27? Gie yang terkenal selepas kematiannya dengan catatan diarinya (yang kemudian dibukukan dengan judul Catatan Seorang Demonstran) itu agak istimewa.
Kata sesetengah pihak, Gie seperti dapat menghidu bau kematian yang semakin mendekati dirinya. Malah, atas falsafah kematian ini, beliau kemudian menurunkan catatan dalam diarinya sebagai berikut.
Seorang filsuf Yunani pernah menulis ... nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, yang kedua dilahirkan tapi mati muda, dan yang tersial adalah umur tua. Rasa-rasanya memang begitu. Bahagialah mereka yang mati muda."
Ya, Syafiqah pada 6 tahun lalu, memang meninggalkan kita semua dalam keadaan mati muda. Angka 1 Ramadan itu, menyebabkan saya ada terfikir bahawa kemungkinan Allah s.w.t sayang kepadanya. Dia boleh meninggal dunia sehari sebelum masuknya bulan Ramadhan. Lalu, Tuhan anjakkan nyawanya ke bulan Ramadhan, hatta walau sehari sebagai lambang salah seorang kekasihnya.
Ramai wali Allah pun dilahirkan pada bulan Ramadhan dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan. Gie mati sehari sebelum hari kelahirannya, sedang ada orang membuat telahan bahawa seseorang itu lazimnya akan mati pada hari atau pada tarikh mereka dilahirkan di dunia ini.
Kematian Gie sehari sebelum tarikh kelahirannya membuat cerita kematiannya sangat dramatik. Tuhan anjakkan tarikh kelahiran saya sehari; daripada 13 (kerap dianggap angka kurang baik) kepada 14 yang kebetulannya hari Jumaat antara hal yang menyebabkan saya terfikirkan kebesaran Allah s.w.t ini.
Allah s.w.t boleh menjarakkan ruang dan masa. Perang Bani Israel melawan kaum kafir misalnya akan berlanjutan ke hari yang diharamkan mereka berperang. Lalu, Yusya' bin Nun, seorang nabi berdoa agar matahari berjalan lambat. Hari bergerak lambat dan perang tamat dengan kejayaan di pihak Bani Israel.
Ada kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang lalu ingin bertaubat. Seorang ulama pun berkata, dosanya tidak terampun lalu ulama itu dibunuh, maka genaplah 100 orang dibunuhnya. Ulamak kedua berkata, “Dosa boleh diampunkan, dengan syarat berhijrahlah ke sebuah daerah asing yang mana orang tidak mengenalimu.”
Di tengah perjalanan, menuju ke daerah asing, ajalnya tiba. Lalu, terjadi pertengkaran antara malaikat, apakah dia mahu dimasukkan ke syurga atau neraka, kerana daerah asing itu belum disinggahinya?
Kata sepakat antara malaikat tercapai. Jarak antara tempat kematiannya dengan desa lama dan daerah asing itu mula dibandingkan ukurannya. Jika daerah asing itu lebih rapat dengan tempat kematiannya, maka jiwanya terlantun di syurga, dan demikianlah sebaliknya. Allah maha besar! Bumi mengesot dan jarak tempat kematiannya didekatkan dengan daerah asing yang menjadi tempat dia akan berubah. Lalu termasuklah jiwanya ke dalam rahmat-rahmat Tuhan.
Demikianlah cerita bagaimana Tuhan membuat ukuran lebihan dan pengurangan terhadap masa, ruang itu atas nama kasih sayang dan rahmatnya. Bani Israel yang sedang berperang, dijarakkan masa perang untuk memastikan kejayaan mereka. Ini kerana selepas matahari tenggelam perang itu akan berlanjutan keesokan harinya yang diharamkan mereka untuk berperang.
Tuhan melanjutkan jarak tempat agar seorang pendosa yang ikhlas bertaubat dalam diselamatkan jiwa. Maka, hal lanjutan masa dan ruang ini berlaku di atas nama dan sifat Allah yang berjiwa pengasih!
Syafiqah mati muda. Gie 'beriman' dengan falsafah Yunani iaitu, betapa beruntungnya mati muda. Dan, yang tersial adalah mati tua. Lalu, saya terkenangkan Dr Mahathir yang masih liat nyawanya sehingga menyulitkan kehidupan kita sehingga PPSMI pun masih sulit ditumbangkan sehingga kini.
Lihatlah Taib Mahmud yang masih setia di singgahsana kekuasaan walhal Hosni Mubarak digulingkan, Ben Ali dipinggirkan oleh masyarakatnya sendiri. Mereka pun mati pada usia tua dengan kritikan keras telah dipahatkan dalam tulisan-tulisan di koran media. Mereka terpaksa melihat kritikan ini semua.
Di sana, ada juga yang mati dewasa, tapi dalam keadaan baik juga seperti arwah Baharuddin Ahmad, Syed Ahmad Jamal yang meninggal sehari dua sebelum Ramadhan termasuklah arwah Dr Lo' Lo' yang hidup dengan gigihnya mempertahan Kg Baru itu.
Syafiqah antara yang beruntung kerana dipilih Tuhan yang menganjakkan masa dengan rahmat-Nya, dan dia memiliki seorang bapa yang sentiasa mengenangnya dalam setiap tulisan menjelang bulan ini.
Siasah dalam beberapa keluaran pun penuh dan padat dengan Syafiqah hingga saya rasa kurang senang juga akibat bertalu-talu kisah mengenai puterinya itu. Ada catatan saya yang terpaksa ditanggalkan juga demi memberi laluan kepada puterinya. Semangat menulis Ahmad Lutfi masih menyala untuk beberapa keluaran Siasah selepas itu. Nyalaan terang itu kelihatan sulit sekali hendak dipadamkan ketika itu.
Melihatkan akal kepalanya penuh dengan kecintaan ke atas puterinya itu saya jadi kelelahan untuk kata apa-apa lagi, melainkan terserah sahaja agar Tuhan tenteramkan api dukanya agar ia surut sendirinya.
Saya fikir Syafiqah sudah aman di sini Tuhan-Nya dan mana-mana anak perempuan mati muda adalah aset komoditi bagi kedua orang tuanya agar menuju ke rahmat Allah. Diberitakan di dalam sabda hadis nabi, bahawa jiwa gadis muda akan merayu kepada Allah agar kedua orang tuanya turut dimasukkan ke dalam syurga atau dia mahu dilemparkan bersama ke dalam neraka bersama kedua-dua orang tuanya.
Ya, dengan laras gaya bahasa sasterawi, maka Allah pun 'mengalahlah' dengan 'ugutan' gadis mati muda itu. Demikianlah hebatnya kuasa kasih sayang yang dimiliki oleh seorang anak gadis yang mati muda.
Sebentar lagi, keluarga di rumah akan bersahur. Ayam-ayam akan berkokok sebentar lagi. Sekitar jam 8 pagi sebentar lagi, akan genaplah 6 tahun saya menerima kiriman sms Ahmad Lutfi mengenai kematian puterinya pada tanggal 1 Ramadhan hari ini.
Tetapi, suatu hal yang tetap kekal menjadi rahsia Allah s.w.t dan gadis cilik itu, ialah pada jam berapa si anak gadis itu menghembus nafasnya yang terakhir? Di dalam lenanya yang tenang damai itu, mungkin pada saat dan detik saya sedang mengarang inikah, ruhnya dijemput lembut terbang ke langit?
Ia kekal misteri, dan menjadi kunci rahsia yang tidak dapat dibuka oleh sesiapa jua sebagai mana jin-jin saling tidak mengerti dan peri-peri yang terhukum di bawah Raja Sulaiman tidak mengetahui bahawa si raja agung itu telah lama mati dalam keadaan berdiri ketika memerhatikan mereka bekerja menyiapkan bangunan Haikal Sulaiman itu.
Yang membuktikan kewafatan raja itu hanyalah anai-anai yang menelan tongkat Sulaiman sedikit demi sedikit sehingga betul-betul tamat, lengkap dan sempurna pembinaan haikal tersebut. Tuhan betul-betul mengirimkan tentera anai-anai pada saat, detik dan ketika binaan itu siap dikerjakan oleh jin dan peri.
Biarlah dia pergi pada detik mana pun, mungkin ketika malaikat sedang turun ketika kokok ayam yang kini sedang bersahut saling kerana menyambut kehadiran malaikat, tetapi detik 1 Ramadan adalah saat yang terkenang sebagai peristiwa pahit, manis lalu tergenang dalam takungan perasaan Ahmad Lutfi.
Mengenangkan ini semua, saya jadi terkenang kepada kata-kata Jalaluddin Ar-Rumi, “Jangan dicari di mana letaknya kubur orang-orang yang terhormat, kerana pusara mereka memang sedia ada di dalam hati manusia seluruhnya!”
Syafiqah asalnya bukanlah siapa-siapa di hati manusia, tapi oleh sebab 'pusara'nya kekal terbenam serta terpahat dalam jiwa, hati, perasaan dan ingatan paling dalam di ruang batiniah bapanya seorang penulis maka dengan tiba-tiba, pusaranya tetap kekal hadir dalam ingatan semua kita.
Waktu sahur sudah tiba Syafiqah. Pakcik beransur terlebih dahulu untuk bersahur. Ibu pakcik telah pun bangun mengingatkan tiba waktu sahur. Ketika ini, pakcik dikurniakan tiga keponakan. Paling sulung, puteri yang comel dan cantik. Perlahan-lahan, pakcik pun mula belajar memahami erti kasih kepada anak-anak kecil dan mula mengenal watak-watak mereka itu walau belum punya darah daging sendiri.
Sekian, sembah salam dari pakcik dan sampai salam kepada Allah dan ruh-ruh para wali dan warga ruh yang beriman dan bernaung di republik Tuhan sebagai Raja Segala Raja yang tiada tolok bandingnya.
5:14 pagi, 1 Ramadan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan