Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Selasa, 7 Disember 2010

Perutusan Hijrah, 1432 H

Ringkasan Perutusan Hijrah, 1432 H

Hijrah berasal daripada perkataan 'hajara'. Perkataan ini terkait dengan hajar iaitu 'batu'. 


Orang-orang Melayu juga dikenali sebagai pengembara yang menyukat kedudukan desa mereka dengan 'batu'.

Sementara itu, ibu kepada bangsa Arab bernama atau dinamakan sebagai Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim a.s.

Hajarul Aswad

Selain itu, di Kaabah, ada batu hitam; Hajarul Aswad. Pernah berlaku pertikaian berhubung siapakah yang lebih layak meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya.

Pertikaian ini berlarutan selama lima hari, tetapi akhirnya, Aba Umaiyah tampil memberi syor. Akhirnya, suatu persetujuan dicapai. Iaitu, sesiapa yang terawal memasuki Kaabah lewat pintu As-Safa, orang itu akan jadi jadi hakim untuk menyelesaikan pertikaian ini.

Takdirnya, nabi sendiri adalah orang terawal memasuki Kaabah melalui As-Safa. Apabila hampir tempatnya, Baginda kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah.

Ertinya, sebelum kerasulan lagi, baginda telah menunjukkan kemampuannya untuk menyelesaikan pergolakan antara kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan