Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Ahad, 5 Disember 2010

Breathless in Temasek

Kini, sudah  tiba di SPKB-tamatkan Breathless in Temasek, menyemak semula nota catatan, mengemaskini nama-nama di dalam Fansuri's List.

Juga, sedang makan pisang hadiah tuan Talha Albar sang penjaga makam Habib Noh. Tugasan yang terkini-mengirim ke Harakah-bantahan kepada polis FRU atas dosa semalam; memancutkan air kepada umat...


Daku masih teringat mukjizat Musa a.s membelah lautan (air) dengan tongkatnya, lalu memukul batu besar lalu telah terpancut mengalir daripada 12 mata air (air), mewakili 12 puak Bani Israel.

Tetapi, betapalah hari ini, air mula menyerang kita. Umat ini wajib belajar menyusun dan mentadbir air, khasnya dalam hal berjimat-cermat dalam menggunakan air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan