Pyanhabib: Ali ada datang ke madrasah tarbiyyah kg bandar dalam tak semalam?
Ali: Ada datang, nampak abang, tapi tak sempat nak tegurlah malam tu...
Pyanhabib: Tak ada apa. Saja. Teringat, lupa minta sajak dari ali untuk dibukukan. Ada satu sajak Ali dalam Harakah (?) sangat sesuai tap dah tak sempat.
Ali: Oh, tak apa, dengarnya nak buat program di Abdullah Hukum pula, cuba buat puisi dan bukukan puisi kat Abdullah Hukum pula, tentu menarik.
Pyanhabib: Hah? Dah nak ke Abdullah Hukum pulak? Sapa cadang ni? Abang tak taulah.
Ali: Ishak Surin cakap, kemudian selepas tamat acara, saya jumpa Bonda Siti, katanya selepas ini nak kumpul tesis budak-budak universiti tentang kg abdullah hukum, buat muzium, lantik Prof Khoo Kay Kim sebagai penasihat kepada jawatankuasa ini.
############################
Hujan baru lepas teduh, saya mendengar lagu ini di Klasik Nasional, lalu mendengarnya dengan penuh keasyikan. Lembut dan mendamaikan.
Lalu, saya pun menujukan lagu-lagu ini kepada rakan-rakan dengan ucapan, "Ada tak sesiapa yang boleh bagi ramuan dan resipi untuk saya buat sambal belacan? Err... tak pun, sambil ikan bilis ker?"
Mengakhiri ucapan ini dengan serangkap pantun AR Tompel dalam Laxmana Do Re Mi, "Daun serai daun gaharu, belum try belum tahu."
#########################
Di rak-rak buku itu, saya bertembung lalu bersalaman dengan Wan Nor Azriq. Kemudian, berbual dengan Ainunl Muaiyanah di BookXCess.
Ainunl berkata, "16 Januari ini MPR nak buat bincang buku dengan Syed Mohd Zakir di Starbucks, KL Sentral. Kita buat setiap bulan, Ahad minggu ketiga, pada jam 3:30 petang."
Bagus! Semuanya dijemput hadir! Dan, inilah buku-buku yang saya beli - 100 MAPS, P J O Rourke on The Wealth of Nations dan 1492, The Year Our World Began.
Bagus! Semuanya dijemput hadir! Dan, inilah buku-buku yang saya beli - 100 MAPS, P J O Rourke on The Wealth of Nations dan 1492, The Year Our World Began.
##########################
Paling memenatkan adalah ketika kita dihakimi dua juri, hakim oleh orang tertentu. Di Bucu malam ini aku diasak dengan soalan bertalu-talu.
Lalu aku sebagai yang tertuduh terdakwa tentu saja sulit, gagal menjawab semua persoalan dalam 1 malam. Tapi, sedikit sebanyak sebagai 'pesalah' dalam masharakat edan ini, aku akan mencuba untuk menjawab sebaik mungkin.
Tapi sebelum itu, bagaimanakah anda mahu menjawab kenyataan berikut: "Kalau naik Pas sekali pun sama saja dengan Umno..."
####################
"Sabar yang terhimpun & menindan di dada adalah gumpalan tanah. Sabar adalah sekepal ranah yang membukit lalu akan menjadi gunung. Kesabaran gunung akan jua mencecah awan, menjolok ke langit ridha Tuhan, berterusan menggapai mahligai di syorga! Mintalah bantuan Tuhan dengan sabar dan bersolat (berdoa)..."
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45) --- {Ali Ridha Fansuri, 1977 - 20..)
#######################
dalam jalanan ke BookXcess Amcorp Mall. 'Qoola' (berkata) Ny , "Dijual sebuah buku pada harga RM1!" Adakah diri ini tersalah dgr salah faham atau si dia bermadah helah? Apa pun, silahkan tuan-tuan berkongsi buku apa yang patut saya beli, khasnya dalam bidang iktisad (ekonomi). Sekian, terima qoseh daun selaseh..
#########################
bercita-cita menubuhkan Perkampungan Merasia (Melayu Rusia) di BAKU, Rusia bersempena semangat BAHASA BAKU. Menurut Prof Kembara Bahasa ketika hal bahasa baku diperkenalkan, pihak atasan menuduh mereka dipengaruhi dengan Komunis kerana nama Baku itu merujuk kepada sebuah tempat di Rusia. 'mood' mencari 12 anak muda untuk membuka desa ...di sana. Breathless in KL.
#########################
menelaah kejadian October 13, 1917 di Fatima Portugal. Adakah ini maksudnya matahari dari Barat? Adakah nama Fatima menunjukkan bhw orang sini Muslim asalnya? Atau, Fatima ada ma'nanya dalam bahasa Portugal? Ini mengingatkan sy kpd kejadian awan yg membentuk objek di langit pada 1992 yang disaksikan secara beramai-ramai oleh pelajar Kolej Islam Kelang. {Fail Siasatan SPKB, Breathless in KL}
http://www.discover-catholic-miracles.com/miracle-of-the-sun.html
#########################
"True peace is not merely the absence of tension, it is the presence of Justice." - Martin Luther King.
We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey. --- Stephen Covey
"Better to light one small candle than to curse the darkness." - Chinese Proverb.
#######################
Malam ini malam ketiga, hidup tanpa televisyen di sisi, mujurlah Klasik Nasional ada di sisi. Selepas menonton Gulliver's Travels versi 3D, saya terfikir bahawa kapal adalah aset terbesar umat Melayu suatu ketika dulu.
Kini, saya sedang ghairah mencari rumah di tepi laut untuk bikin kapal sendiri, akan berlayar ke Turki, Parsi untuk bersemuka dengan OIC guna menyatukan Syiah dan Wahabi!
Inilah janji saya; Lemuel Fansuri Gulliver a.k.a Jack Fansuri Sparrow a.k.a Nakhoda Fansuri.
######################
Sedang memesan mee goreng di Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, maka di dinding restoren itu terpamer ayat suci Al-Qur'an yang berbunyi...
"Sesungguhnya, awal-awal rumah yang dibangunkan di bumi ini ialah Bakkah, Mekah..." (Surah?? Ayat??)
Saya teringat cerita Abang Shah mengenai awal-awal kejadian bumi ini. Bumi asalnya daripada air, kata abang Shah. Maka, fikir saya, hal ini sesuai dan selaras dengan ayat Al-Qur'an yang menyatakan bahawa bumi ini diciptakan di atas air (...akan dicari nasnya kemudian, insya Allah Ta'ala...)
"Kemudian, datanglah sebutir batu, menghentam kuat air di bumi dalam keadaan air itu," kata abang Shah lagi. "Lalu, berlakulah pertembungan besar yang dinamakan Big Bang! Kemudian timbul daratan baharu di muka bumi ini, iaitu tanah di Mekah; tempat Kaabah itulah sekarang ini..."
Arakian, kalau versi surah penceritaan itu boleh digunapakai, maka akal saya kini didera pertanyaan baharu...
"Adakah batu yang menghentam bumi (ketika ia masih dalam bentuk air) itu adalah Hajarul Aswad? Dan, adakah batu itu yang kemudiannya diletakkan di pepenjuru Bakkah, Kaabah di Mekah?"
Dan pertanyaan inilah yang belum sempat saya tanyakan kepada abang Shah yang mahir dengan ilmu batu itu. Khabarnya, ilmu batu itu pencetus awalnya ialah Ibnu Sina, begitu kata abang Shah. Wallahu Ta'ala 'Alam...
############################
Sedang menggodam bahan, aku menajamkan ingatan kepada seorang pelakon veteran yang sangat kuminati dalam filem Ahmad Albab. Ya, daku kini sedang menyemak juga tentang dari mana A R Tompel ini mendapat kekuatan dialognya - "Yahudi Mabuk!" di dalam filem tersebut.
Juga, ketika orang-ramai mentertawakannya, maka A R Tompel pun dengan nada marah, menyergah hadirin "Uskut!" (yang bermaksud dengan 'fiil amar', "Diam!")
Dalam filem lain; Ali Baba Bujang Lapok, aku temui dialog, "AssalamualaiKUNNA,". Ini bermakna, dialog itu mungkin telah diteliti terlebih dahulu. Dan, inilah persoalan yang kerap timbul di benak fikiranku.
Dalam filem lain; Ali Baba Bujang Lapok, aku temui dialog, "AssalamualaiKUNNA,". Ini bermakna, dialog itu mungkin telah diteliti terlebih dahulu. Dan, inilah persoalan yang kerap timbul di benak fikiranku.
Bagaimanakah cara mereka bekerja dahulu? Adakah dengan bantuan Haji Mahadi yang terkenal kuat agama yang turut ikut membantu mereka menyusun dialog dengan jalan bahasa Arab yang fasih itu?
Ucapan salam itu termuat ketika isteri Ali Baba mengucapkan salam kepada birasnya, isteri Kassim Baba. Atau, mungkinkah mereka ini belajar nahu Arab juga? Kalau tidak, bagaimanakah mereka boleh capai suatu bentuk dialog ungkapan yang sangat fasih dengan Arab?
Ucapan salam itu termuat ketika isteri Ali Baba mengucapkan salam kepada birasnya, isteri Kassim Baba. Atau, mungkinkah mereka ini belajar nahu Arab juga? Kalau tidak, bagaimanakah mereka boleh capai suatu bentuk dialog ungkapan yang sangat fasih dengan Arab?
###############################
Hujung minggu lalu masa-masa komoditiku hampir tepu dengan bebanan filem Amerika Latin. Mengenangkan semua inilah, maka aku dirasuk asyik mahsyuk untuk mencari al-Quran yang diterjemah dalam bahasa Latin, Cuba, Zenezuela dan Italy untuk Pustaka Pena.
{Teringat juga riwayat cerita Dr Zainiy Uthman sebelum ini bersama Prof Al-Attas yang mahu beli al-Quran dalam bahasa Latin (jika tidak salah pendengaranku, ia disusun Martin Luther) untuk melengkapkan Pustaka Istac. Dan, pustaka itulah denyut nadi institusi tersebut.
"Ia memanglah mahal dan kerajaan tak nampak kepentingannya," kata Dr Zainiy lagi. Haiz... Tidaklah pasti pula adakah Al-Quran Latin itu masih ada di Istac atau mereka gagal membawanya ke pustaka Istac?
Bangsaku! Bilakah kita mahu insaf sedar berhubung kepentingan pustaka di rumah, di masjid qaryah? Dan, kini, kita perlu bekerja lebih keras guna mempustakakan masjid dan rumah-rumah!
{Teringat juga riwayat cerita Dr Zainiy Uthman sebelum ini bersama Prof Al-Attas yang mahu beli al-Quran dalam bahasa Latin (jika tidak salah pendengaranku, ia disusun Martin Luther) untuk melengkapkan Pustaka Istac. Dan, pustaka itulah denyut nadi institusi tersebut.
"Ia memanglah mahal dan kerajaan tak nampak kepentingannya," kata Dr Zainiy lagi. Haiz... Tidaklah pasti pula adakah Al-Quran Latin itu masih ada di Istac atau mereka gagal membawanya ke pustaka Istac?
Bangsaku! Bilakah kita mahu insaf sedar berhubung kepentingan pustaka di rumah, di masjid qaryah? Dan, kini, kita perlu bekerja lebih keras guna mempustakakan masjid dan rumah-rumah!
################################
Selepas solat Isyak, sekujur tubuh yang lenguh ini saya sandarkan ke dinding masjid. Imam masih membaca doa, demikian juga dengan ma'mum. Panahan mataku terhunjam ke bahu tangga.
"Perpustakaan!?" desis hatiku, "pintunya terbuka." Belum habis doa dibacakan, saya menapak naik tangga untuk meninjau kedudukan pustaka masjid itu. Hampir saja aku naik tangga ke atas, tiba-tiba, kedengaran satu suara lembut menyapa dari arah belakang.
"Adik... adik nak ke mana tu, dik?"
Aku berpaling ke arah suara itu datang. Seorang lelaki berbaju biru dan berseluar coklat bergerak perlahan-lahan ke arah tangga.
"Perpustakaan pakcik," demikian ringkas jawapanku.
"Dah tutup dah..."
"Oh ya ka?" tergamam sebentar disapa sedemikian. Imam belum lagi habis membacakan do'a. Mendengarkan hal itu, aku kembali menyoal, "Jadi, kenapa masih terbuka pintu grill ni?"
"Mereka lupa tutup barangkali. Malam-malam sebenar perpustakaan ni tutup..."
"Jadi, perpustakaan ini bukanya bila?"
"Buka siang, waktu pejabat. Tutup pejabat, perpustakaan ni pun tutuplah..."
Terdetik rasa hairan berganda di dalam hatiku. Sebelum ini, aku pernah tiba di pejabat, bertanyakan hal yang sama. Seorang pegawainya keluar lalu berkata kepadaku...
"Maaf ya...perpustakaan tu untuk tuan-tuan guru sahaja untuk memudahkan mereka merujuk kitab agama sahaja..."
Aku terdiam masa itu. Sebagai orang baharu, banyak hal yang tidak kuketahui. Pustaka masjid telah jadi eksklusif? Bagaimana mahu ubah semua ini? Tapi, malam ini, pakcik di masjid itu pula menyatakan sebaliknya; pustaka itu terbuka untuk semua, buka pada waktu pejabat.
Rumusan awal - saya perlu siasat lagi hal ini...
################################
18 Disember 2010. Saya pun hanya terdaya berkata, "Alamak!", ketika terlihat kelibat dan wajah seseorang pada minit ke-5:00. "Demi sesungguhnya, aku amat mengenali mamat ini," desis hati ini.
Saya memberi nasihat juga buat rakan-rakan Syiah baru-baru ini. Pertamanya, saya bertanya, apakah mereka sudah minta nasihat Dr Mahmood Zuhdi? Kedua, apakah mereka meminta bantuan Kedutaan Iran di Jalan Ampang? Ketiga saya berkata, "Apa kata selepas ini kita bincang sat hal-hal sambutan baru-baru ni?"
Saya fikir, orang Syiah di Malaysia perlu ambil ajaran ini berpada-pada dan tidak menyerap semuanya. Boleh gabungjalinkan ia, boleh amalkan dan cuba-cubalah disesuaikan dengan citra kebudayaan kita sendiri.
Saya fikir, orang Syiah di Malaysia perlu ambil ajaran ini berpada-pada dan tidak menyerap semuanya. Boleh gabungjalinkan ia, boleh amalkan dan cuba-cubalah disesuaikan dengan citra kebudayaan kita sendiri.
############################
Dengan pandangan dan fikiran seorang penyiasat, Ny melihat ke atas bangunan di depan Hanizah Cafe itu selepas kami minum-minum malam bergebang mengenai hal kaum penulis yang tidak mengendahkan gempuran cukong kapitalis ke atas tanah-tanah warisan Melayu ini...
"Kau ini memang penyiasat dahh, sesuai jadi unit risikan di Bukit Aman," kataku.
Tiba-tiba dia menjulur suara, "Majlis Ulamak Rohingya! Apa dia orang buat? Malam-malam lampu itu masih terpasang?"
Hah! Rohingya? Kiini, tiba giliranku pula terpaku.. Mataku terpahat pada tulisan yang tertera di atas sekeping papan tanda di aras tiga itu. Tiba giliran dia membidas, "Kau dah minat ke atas orang tertindas..."
"Aku mesti mai lagi ke tempat ni, nanti!" kataku semula.
############################
Petang ini, saya melewati pasar basah Jalan Raja Bot di Kg Baru, melihat hasil laut; ikan, sayur-sayuran dan ternakan ayam-ayam. Maka saya pun teringatlah kepada islah iktisad (ekonomi) yang dijalankan nabi-nabi, seperti Nabi Yusuf a.s dan Nabi Syu'aib di Madyan.
Maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa pasar basah Jalan Raja Bot, Kg Baru adalah tempat terletaknya Fakulti Iktisad, Komoditi, Danaan dan Kewangan, Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB).
Lalu kita merumus nota sulung di bawah maudhuk; Islah Iktisad Nabi-Nabi; (1) mengawal sumber makanan negara (Yusuf, di Mesir); (2) menegakkan pillar moral-etika-akhlak para peniaga; (Syu'aib, di Madyan); (3) mengembalikan bekalan air kepada umum; (Abdul Rahman Auf, di Madinah)
############################
Saya mendengar daripada SK Cintazani, katanya, daripada Aliah Alkaff, katanya, "Bacalah Hasbiyallahu ni'mal wakeel, ni'mal mawla wa ni'man-Naseer" (sebanyak 70 kali atau sebanyak mungkin."
Saya lalu bertanya kepada SK Cintazeni, "Apakah faedahnya?" Beliau berkata, "Tidak dapat dipastikan fadhilatnya dengan sahih. Yang diketahui hanya, "tidak akan mati pada tahun itu". Walaubagaimanapun, harus bersandarkan bahawa segalanya atas Qada' dan QadarNya jua."
Dipetik dari:- http://spkb77.blogspot.com/2010/08/himpunan-isim-wirid-zikir-aurad-hizib.html
########################
Petang ini menemui ucapan dialog yang menarik dalam bicara penduduk Kg Pisang.. Husin kerja Singapore, (apasal asyik-asyik Singapore tu diulang?), parang terbang (13 Mei? Nasrul Haq? Selempang Merah).
Filem ini penuh sarat dengan kritikan ke atas siasah negara; "kerusi roda hak milik kerajaan", "hantu tua tadbir negara", dan "Demokrasi Terpimpin". Ada apa dalam kepala Mamat Khalid ni? Ce citer, ce citer... {gaya dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah}
Syahadan, kepada para pensyarah media dan filem, jika selepas ini ada rancangan nak jemput Mamat Khalid berdiskusi di kampus, harap maklumkan ya? Boleh kita pakat-pakat bertanyakan soalan.
Lama-kelamaan, saya terfikir juga bahawa kritik ke atas dunia politik ini mungkin jauh lebih mudah dibanding kritikan ke atas politik negara melalui akhbar yang tertakluk terjajah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP). Mungkin saya ikuti kursus penulisan skrip filem dan kursus pengarahan filem lepas ni.
######################
Saya melewati Jalan Raja Alang/Raja Bot, Kg Baru petang tadi. Tiba-tiba teringat bot, kapal, bahtera. Lalu, ada suatu suara bergema di ruang dada. Maka, suara itu bergema seperti di bawah ini:-
Hijrah terawal adalah Nabi Nuh dengan bahteranya. Apabila bahtera itu, mula mencecah daratan maka di situlah 'Madinah' terawal. Dan Nabi Nuh tidak kembali semula ke 'Mekah', tempat kaumnya yang telah dimusnahkan Tuhan itu.
Maka, sepanjang tempoh pelayaran di lautan itu, selain mempelajari agama, kaum Nabi Nuh mempelajari ilmu bertukang kapal, maka itulah antara nenek moyang Melayu yang handal menukang kapal.
Kaum Melayu terkenal sebagai bangsa pelaut dan pelayar. Mereka memperkenal konsep 'negeri atas angin' (Eropah) dan 'bawah angin' ketika berlayar. Ini bermaksud, mereka mengguna arah angin, sama seperti ilmu pelayaran Nabi Nuh. Bukit itu dinamakan Bukit Judi. Judi adalah Judah, Jeddah (nenek, moyang).
'Judi' bukanlah judi pertaruhan. Ia juga ada makna kedua; baharu, 'jadiid' (baharu). Maka, puncak bukit itu, adalah tempat penempatan baharu umat manusia. Sebab itu, Melayu berasal dari puncak bukit pergunungan.
Sulalatus Salatin menunjukkan bahawa orang Melayu berawal dari Bukit Siguntang. Ada juga nama tempat Melayu; Inderagiri. 'Giri', menurut Sanskrit adalah bukit, gunung, tempat tinggi.
Konsep 'negara' juga sebenarnya terkait dengan tempat tinggi; gunung. Kamus Dewan menyebutkan 'negara' itu adalah gunung. Maka, penempatan awal Melayu ketika menubuhkan negara adalah di tempat tinggi seperti gunung. Orang Melayu purba fobia untuk membuat penempatan di bawah kerana bimbang air naik semula.
Mereka hidup dilanggar trauma ketika terkenangkan banjir besar nenek moyang mereka dahulu ketika zaman Nabi Nuh. Selamat menyambut Hari Asyura, 'hijrah' seterusnya di Karbala...
########################
Hari ini ketika chat bersama seorang teman, maka saya disifatkan sebagai pencetus Fikrah 'Aliah, "Kalau kaubaca berita ini, tentu kau perjuang nasib kaum wanita yang keliru... Aku tahu cara fikir 'Aliah..."
Sebenarnya, gejala bunuh diri pernah terjadi di Desa Harapan USM, 2004 kalau tidak salah. ingatan saya Utusan Malaysia pernah melaporkannya, tapi TNC HEP tidak beri laluan ke atas wartawan arus perdana itu.
Berita Kampus USM juga melaporkannya. Beliau itu jiran saya, yang berbangsa Cina. Pada malam sebelum kejadian, rakan sebiliknya berkata, tiada tanda bahawa dia rusuh hati.
"Kami keluar minum malam bersama. Kelakuannya seperti biasa sahaja," kata rakan sebiliknya. Kematian Teoh Beng Hock itu menyebabkan saya terkenang kembali peristiwa lama...
Dia didapati mengunci biliknya dengan sebatang kayu dipalang di belakang pintu. Keesokan pecah berita hal itu. Punca bunuh diri tidak diketahui. Namun, kami menyusun spekulasi.
Iaitu, anak Cina itu membunuh diri kerana bidang kursus yang beliau inginkan tidak beliau dapati. Lalu, jalan paling ringkas untuk 'selesai masalah' ini ialah dengan membunuh diri.
Jangan kita ambil ringan terhadap orang-orang yang pernah berkata bahawa mereka ingin bunuh diri. Sebab, hasutan ke arah bunuh diri itu akan selalu hidup di dalam dirinya.
Haifa Wahbi (rupa-rupanya Haifa ni Syiah, bukan Wahabi..Dengar kata, penganut Syiah mengamalkan nikah mut'ah; nikah kontrak dalam sela-sela masa tempoh tertentu? Betulkah? Saya ingin tanya lagi, tapi oleh kerana saya teruna sunti, maka dengan rasa malu, saya bataskan pertanyaan saya akhirnya...)
Berikutan paparan kisah Haifa Wahbi ingin bunuh diri ini, SPKB kini sedang fikirkan perkampungan Melayu Parsi (MERSI) di Qum, Iran. Penyertaan cuma terhad kepada 12 anak muda Melayu guna mengembangkan kebudayaan, kesusasteraan dan persuratan Melayu di sana.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HaifaWahbipernahhendakbunuhdiri/Article
################################
Saya sedang fikirkan betapa perlunya kaum ibu satu Malaya ini bersatu mendesak pihak berkuasa; tubuhkan BANK DNA. Kita perlu kenalpasti siapakah ibu bapa kepada bayi-bayi terbuang di jalanan sebelum ini.
"Bersatulah kaum-kaum ibu satu Malaya, buatlah KONVENSYEN sehari dua, lalu bikin resolusi dan revolusi, selamatkan maruah dan harga diri generasi kita. Kalian tidak kehilangan apa-apa kecuali meraih kembali maruah dan kehormatan bangsa!" Karl Marx Fansuri, (1977 - 2010)
Pautan rujukan:-
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=148843158498022&id=697473910
######################
Hal ini saya dapati sudah lama berlaku. Cuma baru hari ini saya tergerak hati (jantung???) untuk bertanya. Ia mengenai lampu jalan di Kg Baru. Saya ke bengkel motor tadi kerana motor ada masalah. Lampu jalan itu masih terpasang. Kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi.
Balik bengkel selepas uruskan motor, saya keluar makan tengah hari. Lampu masih juga terpasang. Sehingga jam 1:46 p.m, selepas makan tengah hari, barulah lampu-lampu jalan di Jalan Daud, di Pasar Minggu Kg Baru, ini terpadam. Tertanya-tanya juga kita, sejak bilakah amalan ini berlaku?
Di televisyen, bukan main lagi kegiatan kempen penjimatan elektrik diperbesar-besarkan. Tapi, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri sudah amalkan hal begini sejak bila ya?
Bersatu menentang pembaziran, bersekutu mengambil langkah-langkah penjimatan...
#######################
Saya sudah mendengar cerita bahawa di Malaysia telah ada CIA Melayu. Tapi SANGAT RAMAI CIA itu dalam kalangan bangsa India dan Cina. Bolehkah dihebah nama mereka itu di Parlimen PM Najib Razak?
Kepada mereka yang ada maklumat mengenai agen risikan CIA ni harap dapat mengesahkan kalau-kalau ia bertepatan dalam senarai Fansuri's List (Sherlock Fansuri Holmes).
Saya tertanya-tanya, adakah Khairy Jamaluddin ini ada kaitan apa-apa dengan unit risikan Singapura? Sebelum ini, saya diberitahu Yusmadi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru bahwa pelobi Yahudi tertua-> B'NAI B'RITH melihat Anwar Ibrahim sebagai seteru Yahudi.
Jadi, kenapa SB Malaysia, Utusan boleh bersekutu dengan Yahudi dan Israel keparat ni? Sejak bila SB, Umno, BN dan Utusang menjadi musang berbulu kambing biri-biri ni?
####################
Baru-baru ini, saya menerima sms sahabat Turki dari Hayrat Foundation. Saudaranya menikahi gadis Melayu. Orang jemaah kalau tak salah saya.
Rasa-rasanya untuk menegakkan daulah serta negara hukum pada masa depan, SPKB akan membuka sebuah perkampungan Melayu di Turki.
Adapun bangsa Melayu baharu itu, kita namakan akan dia sebagai MERKI. Siapa yang ikut jom! Penyertaan ini hanya terhad kepada 12 orang anak-anak muda sahaja.
Baru-baru ini juga kita terdengar gesaan agar para pemuda kita menikahi gadis Maghribi. Err.. tiada tawaran menikahi gadis Mongolia ker? Hurm... kalau buka perkampungan Melayu di Mongolia macam menarik jer?
Apakah nama bangsa baharu yang kita nak namakan di Mongolia itu? Mengalia, Mengol? Ada cadangan?
########################
Di Pulau Tikus, Pulau Pinang hari ini, 12 Disember, 6 Hijrah, tersiar berita tentang sebuah rumah hiburan yang sudah 20 kali diserbu penguatkuasa.
Turut ditahan adalah sekumpulan warganegara China yang tiada dokumen perjalanan. Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Timur Laut. Rasanya, ada orang dalam juga yang ada kaitan dengan ini semua. Kalau tidak, macam mana boleh terlepas banyak kali?
Sementara itu, di Ipoh, media juga melaporkan bahawa RM160 dikenakan untuk mengadakan hubungan seks dengan para pelacur ini. Persoalan awal, siapa pemilik rumah hiburan tu? Pemilik rumah hiburan ini tidak akan serik-serik kerana sudah banyak kali diserbu sebelum ini.
Dia tahu perniagaannya akan sentiasa dilindungi. Najib Razak patut ambil peduli tentang kegiatan kelab malam yang banyak merosakkan moral kaum wanita. Sepatutnya kita kena semak semula akta-akta yang berkaitan.
Syor kami, buat sahaja begini. Kalau lebih daripada 3 kali diserbu pihak penguasa, maka lesen perusahaan dan permit perniagaannya perlu ditarik balik. Adakah pihak berkuasa pernah terfikir nak bertindak sebegini?
Tetapi kalau nak buat aduan pula, ada agamawan kata tak boleh mengintip dan mengintai pula, keliru sungguh kita hari ini. Segala akta termasuk Akta Imigresen perlu disemak kembali.
Kalau polis pun ada subahat sama, maka seruan kita kepada Pekida yang kerja depa dok tarik kereta, maka hendaklah kalian berani bertindak ke atas premis hiburan kelab malam yang sudah ada rekod gelap ini.
Tapi, beranikah anak-anak muda Pekida buat kerja-kerja berat (bakar kedai, perusahaan haram) seperti ini?
#########################
Malam ni Alo call, katanya, sejak dia kena 'mild-stroke' ini, sudah banyak kehidupannya kena disesuaikan dengan situasi beliau yang semakin sarat lemah itu. Daripada bualan ringkas Isyak tadi... aku merumuskan...
Bahawa perlu ditulis kembali kedudukan dirinya dalam bahagian tertentu / macam mana keadaan dia ketika kehilangan puteri kesayangan /// kedudukannya dengan kebebasan akhbar, media /// kedudukannya dengan kegiatan kemahasiswaan /// selebihnya kutambah sendiri, kedudukan dirinya sebagai ketua editor yang berhadapan dengan karenah pimpinan parti.
"Ana nak tulis tentang anak enta pun, ana tak kenal dia sangat," kataku. Tapi, akhirnya dia menjawab.
"Tak pa, tulis bagai mana enta lihat keadaan ana semasa dalam tempoh Syafiqah meninggal dunia."
###############################
Melihat sosok Quasimodo itu seperti Bilal bin Rabah, (asalnya dia hamba Mua'wiyah berkulit hitam, tapi dimuliakan dengan Islam) yang terkenal dengan kemerduan suaranya mengalunkan azan, menyeru umat Islam segera bangkit bersolat.
Tapi Quasimodo cuma penggerak loceng gereja yang bongkok dan buruk rupa. Apakah Quasimodo, Bilal itu terhalang daripada melakukan sesuatu demi rakyat dan umatnya walau seorang hamba dan cacat anggota?
Oleh itu, segera bangkit aduhai Quasimodo seluruh Malaya, dan bagi mereka yang berasa rendah diri seorang hamba seperti Bilal bin Rabah, jangan pernah berasa rendah dengan segala kekuranganmu. Jangan mengurung keberanian di dalam penjara ketakutan yang lama memagari hatimu.
Bezanya jiwa Bilal bin Rabah dan Quasimodo of Notre Dame yang asalnya berjiwa hamba itu dengan kita ialah mereka tidak cuma melaungkan azam, tidak cuma menolak loceng gereja, malah mereka menyalakan api revolusi lalu menyatulah jiwa mereka dengan mustadh'afin bagi melawan mustakbirin.
"Oh ho! Oh ho! Segera bangkit Bilal dan Quasimodo satu Malaya-jangan dikepung suaramu di dalam penjara ketakutan. Anda tidak kehilangan apa-apa kecuali pembebasan yang bakal kamu nikmati nanti!
"Bangkit Bilal Quasimodo 1 Malaya, jangan dikurung kebenaran di penjara hati. Kita tak kehilangan apa-apa kecuali kemerdekaan yang bakal bersuara seperti naga! Oh ho! Oh ho!" - Karl Fansuri Marx.
######################
Ahad petang (6 Hijrah, 12 Disember) saya mendengar Hasfareza Harun mendendangkan lagu Saloma di Bintang Klasik Nasional ketika ini, tajuk lagu itu Air Mata di Kuala Lumpur.
Lalu, saya jadi teringat kepada ahlul demonstran yang berjuang di Masjid Negara. Syabas! Syabas kerana kalian sudah bangkit, mara melawan Syabas yang biadap!
Ketika itu, saya turun ke Temasek, tapi jiwa saya telah berada di Kuala Lumpur. Telefon bimbit saya tidak berhenti mendenyutkan pulsa pesanan daripada langganan status rakan-rakan demonstran saya di Facebook.
Sentiasalah saya perhatikan kedudukan mereka itu, saya tahu siapa yang ditahan. Sms pertama yang hinggap di telefon saya memberitahu Dr Nasir yang pertama (atau mungkin yang terawal) ditangkap. Dia update lebih awal mengenai demonstrasi itu. Apa-apa pun, duhai saudara!
Atas kesungguhan mereka itu, atas nama AIR sebagai hak rakyat, maka kita mengirim tujukan lagu Air Mata Di Kuala Lumpur di bawah ini dengan ucapan..., "Kita perlu melawan semburan air gatal itu dengan air mata, lawan tetaplah lawan sampai bila-bila...Haiz..."
########################
Aku temui catatan bahawa Godinho De Eredia adalah bumiputera. Ibu de Eredia adalah Melayu, bapanya Portugis.
Lalu di Hadyai baru-baru ini, seorang rakan yang suka memburu peta pun berkata, "Saya dengar, Portugis ni sampai di India dulu, kahwin campur dan sebab tu kulit mereka hitam sebab Portugis yang datang ke Alam Melayu bukanlah Portugis yang asal berkulit putih. Tapi, Portugis yang sudah berkahwin campur dengan India."
Dunia yang sedang kita huni ini, telah dilakar tulis oleh sekelompok pengembara dan lakaran mereka itu kita namakan sebagai PETA. Peta adalah antara manuskrip terpenting tetapi ramai yang cuai melihatnya.
Malam ini tonton Indiana Jones (TV3), diri ini tertarik dengan watak Dr Jones yang punya peta untuk mencari Holy Grail yang kononnya sudah lama dikawal ketat secara rahsia oleh Crusaders, Knight Templar.
Kini, diri ini teringat nota dan catatan rahsia orang tertentu (tentang bagaimana mentari timbul dari Barat, dan lain-lain perkara) yang kutemui mutakhir ini. Kalau cerita, mungkin juga ada orang ketawa. Mungkin terpaksa dirahsiakan, mungkin cerita-cerita 'mengarut' ini hanya perlu didedah selepas kematianku.
'Mood': Indiana Fansuri Jones mencatatkan bahawa, dirinya + Neo Ikhwan Safa kini sedang ghairah berjuang untuk mencari peta-peta lama yang diselimuti maklumat rahsia itu!
###########################
Aku disindir kritik Ny tentang tulisanku yang lalu di Harakah. Ia terkait dengan hal hijrah yang terkait dengan Kemongoliaan). Lalu, daku pun bernyanyi gumbira, oh ho, oh ho...
{Oh ho, oh ho adalah seruan slogan gaya Dinsman bersajak pada malam 1 Muharam, di Madrasah Tarbiah, Kg Bandar Dalam sempena perisytiharan Kg Warisan oleh Ishak Surin}
Lalu rakan debatku yang setia itu mensifatkan diri ini sebagai peminat idea-idea pertarungan kelas; Sosialisme, Marxisme, Dinsmanisme, Ishamraisisme... aku pun bernyanyi lagi, oh ho - oh ho, oh ho...
[NY] - 11:56pm - a'kum sedara
[Anda] - 11:57pm - w'salam sedara
[NY] - 11:58pm - apa lah.. kisah hajar pun masuk fasal mongolia ke?
[Anda] - 11:58pm - aik.. oo ko sedang baca ker?
[NY] - 11:58pm - belek2 harakah yg aku beli jumaat lepas
[Anda] - 11:59pm - cepatnya harakah sampai
[NY] - 11:59pm - harakah jumaat lepas daa. apa laa... paper sendiri pun tak baca ke
[Anda] - 11:59pm - aku ingat keluar Isnin ni --- oh ho, oh ho
[NY] - 12:00am - apa ni oh ho oh ho
[Anda] - 12:00am - itu kisah hijrah daa... seni untuk rakyat ---> seni untuk umat daa...
[NY] - 12:00am - Dinsmanisme... mmg laa.. tak yah lah masuk Mongolia, apa kaitan rakyat, apa kaitan umat islam? keh keh keh
[Anda] - 12:00am - oh ho, oh ho, Dinsmanisme, Sosialisme Karl Marxisme, Hishamraisisme, oh ho, oh ho, sulit sekali untuk ko memahaminya, hanya johari mengenal maniam, oh ho, ohoho..
[NY] - 12:02am - johari mana pulak ni.. abg johari istana budaya? Artikel yg baik, tapi terlalu dikaburi oleh emosi ko, sbb tu ko tak leh tinggal hal Mongolia, kalau ko tumpukan peralihan dari seni untuk rakyat kepada seni untuk umat dan kaitkan dengan aliran kesedaran sastera Islam, itu lebih baik, tapi bila masuk bab Mongolia, ia tak lebih lontaran yang baik dari jauh, tapi tak cukup kuat sebab pelontarnya terlalu emosional.
[Anda] - 12:03am - oh ho, oh ho, daku menerimanya... oh ho, oh ho
[NY] - 12:04am - oh ho oh ho, kira ni kritikan sastera pd esei ko, oh ho oh ho, sebab ko minat sangat dgn ideologi pertentangan kelas - kelas bawahan dan kelas atasan.. baca apa yg aku tengah baca la ni: - http://english.ahram.org.eg/NewsContentP/18/292/Books/Excavating-the-hidden-story-of-Egyptian-Marxism-.aspx
[Anda] - 12:05am - sedang membacanya oh ho, oho ho
[NY] - 12:10am - ok lah sedara.. aku nak tido.. esok nak balik kl, assalamualaikum.
MORAL OF THE CHATING AT FACEBOOK: Setiap kita harus sedia dikritik jika sudah mengkritik. Jika anda mengkritik Najib atas nama Ketuanan Mongolia, kenapa anda tidak boleh menerima teguran orang lain?
############################
Sabtu, 5 Muharam 1432 / 11 Disember, 2010, sekitar 8 - 9 malam
Tempat: KL Sentral, sedang menunggu kereta api ke utara semenanjung
Abah membuka komputer ribanya depan KFC KL Sentral. Memoirnya sepanjang sejarah kehidupannya mungkin sudah tamat agaknya.
"Boleh semak tak tulisan memoir ni?" tanya abah. Kami duduk di sebuah meja, orang-ramai membanjiri di semua tempat. Hampir penuh semuanya. Sekejap lagi, dalam jam 9, abah dan emak akan baik kereta api.
Maka sebelum pulang, abah buka laptop, lalu memindahkan 'memoir'nya yang berjumlah kira-kira 20 bab ke dalam mel-e ku. Ini bermula apabila aku membawa pulang memoir Kassim Ahmad (Universiti Kedua), milik Ahmad Lutfi Othman ke Pendang. Aku sendiri tidak sempat menamatkannya, tapi abah khatam dalam sehari!
Beliau diransang semangatnya untuk menulis memoir selepas membaca memoir Pak Kassim itu. Oleh terkesan dengan memoir gergasi Sosialis Malaya itu, maka kini abah sudah ada manuskripnya sendiri, oh ho, oh ho..
Yang tinggal miskin tanpa manuskrip adalah anaknya sendiri... oh ho, oh ho...
##########################
Sabtu, 5 Muharam 1432 / 11 Disember, 2010
Pagi ini, saya terlepas Ratib Al-Attas di Masjid Jamek Kg Baru (a.k.a Langgar Al-Fansuri). Menurut seorang teman, masjid itu sudah dapat anugerah. Ya... anugerah yang terkait dengan masjid juga.
Mulanya rasa gembira juga. Tapi apabila difikirkan bahawa jawatankuasa masjid itu terkait dengan politik Perdana Menteri, manakala adiknya salah seorang jawatankuasa masjid tersebut, maka fahamlah saya ketika ia mudah mendapat anugerah....
Motor 'sakit', keluarga datang dari kampung kerana membawa adik yang kecelakaan dalam perjalananku ke Hadyai sebelum ini. Baru teringat selawat kat Masjid Negara hari ini. Dalam keadaan kenderaan bermasalah, dan keluarga datang, maka niat baik pun terbatal. Maka, ada dua peluang baik gagal direbut hari ini.
#######################
Selesai menonton Pirates of Carribean (TV3) kini saya mahu hadiri sidang nasi lemak Kg Baru. Jack Sparrow akhirnya berjaya menemukan harta karun kerana punya KOMPAS dan PETA!
Lalu, saya terkenangkan nota lama, di Fakulti Falsafah yang memperihal kedudukan PETA (Al-Qur'an) dan KOMPAS (Hadis, as-Sunnah). Tanpa salah satu daripada kedua-duanya maka tempang pelayaran kita dalam usaha mencapai khazanah ketika berlabuh di mahligai syurgawi.
Yahudi dan Nasrani, kedua-dua kaum terdahulu yang pernah merosakkan kitab pegangan, peta dan kompas mereka sendiri sebelum ini, akan terus berusaha hingga ke hujung nyawa dunia dalam usaha merosakkan peta kehidupan dan kompas perjuangan kita kaum Muslimin.
Lalu, saya teringat juga, betapa kebijaksanaan ulama sufi penyair Hamzah Fansuri itu telah mendahului zaman kerana beliau telah menafsirkan alam & kemanusiaan lewat SYAIR PERAHU. {Hamzah Fansuri Society}
Nota tambahan: [Baca Fakulti Falsafah, nota 3: Darilhal Bid'ah & Pengertian Sesat. --- http://spkb77.blogspot.com/2010/06/fakulti-falsafah.html.
'Mood': Sedang memikirkan produk 'Hamzah Fansuri Society' -> Judul: Huraian ke atas Syair Perahu.
#####################
Malam ini, baru balik dari Dang Wangi. Lalu, mendaratkan penat di hujung Jalan Raja Abdullah, Kg Baru, di bawah sebatang pokok rendang dengan segelas teh tarik dan sebungkus nasi lemak.
Tuan punya gerai bawah pokok itu membuka saluran TV3 dan saya pun menonton Pirates of Carribean di TV3. Gerai itu bersetentangan Jalan Yap Ah Shak, tempat manusia berfoya malam Sabtu (Saturday Nite Fever). Mendengar dialog seorang saudagar British yang bercakap tentang Singapura, maka kami rumuskan RESOLUSI PERAIRAN LAUTAN CHAMPA sebagai berikut:-
1. Mengirim nota buat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menukar nama Laut China Selatan kepada namanya yang asal; Laut Champa.
2. Akan merangka deraf, Undang-Undang Laut Champa dengan menyandarkan rujukan kepada Undang-Undang Laut Melaka.
3. Menonton Pirates of Carribean maka kita pun teringat kisah kapal hitam agam MANN 3301 yang kosong terdampar di Pattani tanpa bertuan itu. Berdasarkan telahan sangkaan awal, ia mungkin dari Singapura.
4. Maka, kita berminat merangka undang-undang laut baharu, dan mengambil kapal-kapal yang tiada bertuan, untuk kita semua berkelana membuka perkampungan Melayu baharu dan membuka kerajaan, negara Melayu baharu. Syahadan, kita sedang mencari anak-anak kapal dan awak-awak yang terpilih bermula saat ini.
...bersambung...{nota di bawah Fakulti Melayu Baharu; Unit Peluasan Wilayah, Negara dan Kerajaan Baru}
"Lautan teduh dan samudera tenang yang tak bergelora, janganlah disangka tiada naga yang sedang bertapa di dalamnya..." --- Jack Fansuri Sparrow a.k.a Nakhoda Al-Fansuri.
########################
Ali Abi Thalib k.w dikurniakan ketangkasan, ketajaman akal hitungan. Di sini ada kisah menarik di mana Ali menunjukkan kemahiran matematiknya itu.
Satu hari, seorang Yahudi menemui Ali k.w kerana dia melihat Ali ini sangat bijak. "Aku akan bertanyakan kepadanya soalan yang berat sehinggakan dia tidak mampu menjawabnya dan aku akan berpeluang memalukannya di depan orang-orang Arab."
Dia bertanya, "Wahai Ali, beritahu aku satu angka yang mana jika kita bahagikan ia dengan mana-mana angka daripada 1 sehingga 10, maka angkanya adalah tunggal dan bukan lagi terpisah-pisah."
Ali melihatnya lalu berkata, "Ambil jumlah hari dalam setahun lalu darabkannya dengan dengan jumlah hari dalam seminggu. Dan, kamu akan mendapatkan jawapannya."
Yahudi itu tidak mempercayai kata-kata Ali k.w. Lalu, dia pun menghitung jumlah angka yang Ali berikan kepadanya.
- Jumlah hari dalam setahun = 360 (dalam Arab)
- Jumlah hari dalam seminggu = 7
- Hasil darah antara kedua-dua angka itu = 360 x 7 = 2520
Sekarang, lihatlah hasilnya...
2520 ÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10= 252
######################
Syahadan, berfatwalah Dato' Laxmana Hang Najib Razak ...
######################
{7 Disember 2010, 1 Muharam 1432}
Malam ini, di Kampung Bandar Dalam, saya dengar ucapan aluan Ishak Surin. Maka, terhimbau kenangan lalu. Rupa-rupanya, inilah gaya pidato para pejuang kemerdekaan 1940-an dan 1950-an dahulu.
"Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) adalah tempat berhimpunnya penjajah. Mereka ada tafsiran tentang warisan dan kita tolak tafsiran warisan penjajah itu," katanya.
Antara lain, Ishak turut menceritakan kisah bagaimana Kuala Lumpur diteroka oleh para penduduk Indonesia, yang berjuang membebaskan Indonesia daripada cengkaman penjajahan Belanda.
"Kita ada suku Mandailing, Rawa, dan Kerinchi yang membuka Kuala Lumpur sejak 1830-an lagi," tambahnya lagi. Saya terbaca laporan bahawa P Ramlee pernah berhajat membuat filem dengan mengambil pelakon daripada Kerinchi. Kononnya, mereka ini ada ilmu kebatinan dan boleh menjelma menjadi harimau.
Khabarnya seniman agung itu mahu membuat filem yang 'real' dan bukan ada babak suntingan lagi apabila ada pelakon yang benar-benar dapat menjelma menjadi harimau. Wallahu'alam...
Adapun, harimau itu dalam bahasa Indonesia adalah kelinci jua adanya. Apabila tiba di Malaya, nama kelinci itu bertukar kepada Kerinchi. Maka moga-moga para penduduk Kampung Kerinchi akan mewarisi semangat harimau, nenek moyang mereka dahulu, yang mengaum menolak penjajahan cukong-pemodal-kapitalis!
####################
Ketika berkereta menuju ke Gombak, Kg Bandar Dalam, aku ditanya En Wai, "Apa pandangan kau terhadap sikap penulis yang enggan hadiri program macam ni kerana kononnya takut dilibatkan dengan politik, parti?"
Perjalanan panjang ke lapangan merdeka bagi menghadiri sokongan umat ke atas kampung warisan di ibu kota itu terasa begitu lambat sekali. 'Jam' dan macet di sana-sini. Apakah ada polis yang membuat sekatan?
"Aku sukar nak memasuki ruang hati penulis," kataku. Padaku, biarlah, kita boleh lihat siapa yang betul-betul terlibat. "Pihak penganjur dah jemput semua parti, Umno, Pas, PKR, terpulanglah mereka nak datang ke tidak?"
{Breathless in Kuala Lumpur}, -- 'mood': kini menikmati nasi ayam Mancongkam, dekat Hj Restoren Tapah.
#####################
Pendidikan yang terawal sebenarnya bermula dari rumah. Bapa itu adalah guru yang pertama mengasuh anak-anaknya mengenal dunia yang suci.
Saya fikir bahawa pada masa-masa yang akan datang, Malaysia perlukan 'home schooling', ibu atau bapa mengajar anak-anak mereka di rumah dan negara mengiktiraf 'home schooling' ini. Ia lebih selamat dan anak-anak tidak dibuli di sekolah-sekolah!
######################
Beberapa rakan bertanya mengenai ayat yang menarik minat mereka di dalam Facebook saya. Ia berbunyi...
"Jangan berlagak bodoh, jangan berlagak tidak mengerti, jangan pura-pura tidak tahu apa-apa yang berlaku ke atas negara ini. Anda memang pantas menjadi berani, jadi kenapa harus takut menyatakan kebenaran?"
Maka, semak ayat-ayat terakhir daripada temu bual ke atas Bung Pram (Pramoedya Ananta Toer)...
########################
Bung Pram memang memiliki sejumlah ayat yang kuat. Kuat sekali dan dalam makna dan dalam pengertian dan begitu halus kefahamannya serta dalam pula lubuk fikirnya, tidak mudah terjangkau oleh sebarang orang.
Dia lelaki dari balang sejarah yang punya akar jiwa yang teguh bagai sebutir mutiara yang terpendam di dalam tiram yang terenap lama di bawah permukaan samudera.
Saya tertarik dengan ungkapan 'negara dalam negara', campur tangan Nasution sehingga Sukarno pun tidak mampu berbuat apa-apa, ada sesiapa yang boleh sarankan buku sejarah lengkap untuk faham hal ini?
Saya dengar hal Nasution ini beberapa kali, tapi tak ingat di mana. Membayangkan status ini mungkin bagai rusuhan askar (coup d'etat) oleh bani dinasti Fir'aun era Musa terhadap bani dinasti Al-Malik di era Yusuf a.s di Mesir. Perutusan Hijrah 1432 SPKB, "Hijrah meruntuhkan tembok penghadang kemajuan berfikir."
#############################
Tengah hari ini saya terdengar Azizah Arifin berkata dalam WHI, "Kawan saya hantar anak belajar ke pondok masa musim cuti sekolah ni, kita perlu seimbangkan IQ dengan EQ juga."
Apa kata Muhyiddin Yassin? Kita 'runsing' generasi muda tidak cintai sejarah.. (atas alasan pengukuhan politik) tapi pendidikan agama di sekolah juga perlu disimak.
Mood: Debaran memuncak saat fikir mahu turun ke selatan hari ini. Alahai depa dok interview Kak Ros pulak dah di WHI ni! Wah! Kak Ros sentuh juga tentang bajet yang dibentangkan oleh suaminya itu.
{bersambung...}
#####################
Setelah menunaikan solat Isyak di Masjid Jamek Kg Baru, Jakel buat kenduri nasi briyani berlauk daging masak kicap dan ayam masak merah.
Tiap-tiap orang mendapat sehelai kain pelekat cap Ayam Serama. Jakel buka cawangannya yang baru di Seksyen 7, Shah Alam.
Ke Nasi Lemak Mak Wanjor beg kertas Jakel yang tersimpan kain pelekat cap Ayam Seram itu menarik perhatian seorang aweks di situ. Saya terasa sangat macho... Ahems!
"Jakel.." telinga lintah ini mendengar kalimat itu meluncur keluar daripada bibirnya. Tapi, saya kekal 'maintain' macho. Apatah lagi kerana si dia ditemani dua orang budak lelaki.
Hujan pun turun dengan lebat, sesuai berita perkhabaran tadi, bahawa hujan akan lebat di ibu kota sebelah malam. Laptop pun dibuka, lalu saya buka lagu Jinbara (Cinta Pantai Merdeka), Wali (Tomat) dan (Yank).
Nampaknya kaedah itu tidaklah berjaya menarik perhatian aweks di situ melainkan makcik penjual nasi lemak di situ juga adanya yang mungkin berasa hairan dari mana arah datangnya bunyi tersebut.
Hah! Pedulikanlah. Ini ada suatu cerita... cerita mengenai Ayam Serama... Begini kisahnya... {bersambung...}
####################
Saya menonton Selamat Pagi Malaysia (SPM) tadi. Pegawai tinggi PNM, Perpustakaan Negara Malaysia berkata, menurut Unesco 1 buku mesti diterbitkan dalam jumlah penduduk 1,000 orang.
Berdasarkan kiraan nisbah itu, 28 juta rakyat Malaysia, mesti ada kira-kira 28,000 buah buku setahun.
"Bagaimanapun," kata pegawai tertinggi PNM itu, "jumlah penerbitan di Malaysia ini, tidak sampai pun 16,000 buah buku setahun."
Mungkin saya salah dengar atau salah faham. Jadi, siapa yang terdengar tadi harap dapat dikongsi bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan