Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Jumaat, 1 Oktober 2010

Sanggar Pendeta Al-Fansuri (Falsafah Hikmah)


Katha (Kata) 3:- 

"Antara usaha bagi melahirkan Negara Islam-Negara Berkebajikan, Baldatun Thoyyibah wa Rabbun Ghafur itu adalah penyediaan tapak kefahaman, pengetahuan tentang Sejarah Islam secara keseluruhan di sekolah-sekolah, termasuk menyediakan kefahaman pelajar ke atas bahasa Arab Al-Quran."



Syarah, bahas ringkas:

Sejarah Islam yang kita maksudkan di sini ialah termasuk sejarah nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad sendiri. Kemudian mengenalkan pelajar kita mengenai peperangan dalam usaha membuka wilayah Islam, kemudian dinasti, pemerintahan ala keluarga bani-bani dan kemudian sejarah kemasukan Islam di Tanah Melayu.

'Bahasa Arab Al-Qur'an' di sini bukanlah bererti bahasa Arab yang dipertuturkan oleh kalangan warga bangsa Arab, sebaliknya bahasa Arab Al-Qur'an itu terus menjerus kepada menyediakan KEFAHAMAN MAKNA ke atas tiap-tiap perkataan, istilah yang terkandung di dalam Al-Qur'an itu sendiri.

Suatu jawatankuasa khas perlu dibentuk bertujuan meneliti takrif apakah itu BAHASA ARAB AL-QURAN, agar kita tidak dibebankan dengan kekeliruan terhadap bahasa Arab warga bangsa Arab.

#########################
 
Katha (Kata) 2:-

"SUNNAH Rasulullah s.a.w itu 'meraikan' anak-anak dalam solat. Hassan dan Hussein bermain di atas tubuh baginda ketika bersolat. Rasul juga menyegerakan solat ketika terdengar bayi menangis untuk tenangkan hati ibunya yang sedang resah bersolat. Bagaimanapun, tindakan menghalang anak-anak menghampiri masjid kerana bimbang gangguan bising itu TIDAK termasuk di dalam amalan bid'ah, hanya yang kita perlu usahakan ialah - berpesan kepada pihak pentadbiran masjid agar meminta penjaga anak-anak itu berhati-hati, jangan ganggu jemaah lain."

Menjawab pertanyaan seorang rakan tentang sunnah dan bid'ah mengenai solat, khasnya yang terkait dengan cara Rasulullah bersolat dengan kehadiran kanak-kanak. Wallahu'alam bissawab...

###################

Katha (Kata) 1:-

"Syahadan, antara 5 Rukun Islam, 2 rukun yang perlu diteliti; (1) Solat; (2) Zakat. Manakala, pada 6 Rukun Iman, ada 2 rukun yang perlu juga diteliti; (1) Percayakan Allah; (2) Percayakan Akhirat."

Syarah ringkas: Kebanyakan nas menyebutkan kembaran solat dengan zakat dan kebanyakan hadis menyentuh keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Ini kerana, 2 Rukun Islam dan 2 Rukun Iman inilah yang mesti dipelihara betul-betul (sudah tentu, tanpa menafikan kepentingan rukun lainnya).

Solat itu menyucikan jiwa, ruh, atma di dalam RAGA TUBUH. Manakala zakat itu pula menyucikan harta yang berada di luar RAGA TUBUH.

Percaya (per'cahaya') kepada Allah ialah penetapan fikiran dan hati ke atas pencipta buana dan benua. Yakin kepada Akhirat, menyumbang kepada pengertian bahawa setiap kita akan DIHITUNG AMALAN kelak.

Jadi, setiap yang bernyawa dan bercita-cita besar ingin menjadi warga akhirat perlulah memberikan penelitian terhadap kesucian amalan sendiri; tidak meninggi diri dan tidak menghina cela amalan perbuatan orang lain.

Segala catatan yang termuat di blog ini boleh diambil dengan syarat dinyatakan sumbernya. Hak Cipta Terpelihara (C), Al-Fansuri (1977 - 20??) Penulis boleh dihubungi lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan