Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Khamis, 28 Oktober 2010

nota ringkas (diari seorang lelaki)

di Kino, KLCC selepas beli tiket filem Estet untuk tayangan esok, menemui Generous Justice (Timothy Keller) dan Myth and Legends, From Cherokee Dances to Voodoo Trances (John Pemberton). Mungkin sesuai untuk Pustaka Pena...

"Dalam bab 'The CELTS & THE BRITISH' -- "Even though much of Europe was once ruled by the CELTS, many of te gods they whorshipped and the stories they told have been lost. The Celts were not primarily a literate society, and so we have to rely on Roman historians, and later the monks of the Middles Ages, for many of our records of Celtics mythology. There may have been a considerable tension between the desire of the monks to record the myths of their native cultures, and their hostility towards many of the pagan beliefs that the myths underpinned, so may stories may have changed enormously.."

'Mood': Ajaran Islam patut jadi peneraju dalam usaha menyusun himpunan hikmah dalam setiap sumber kebenaran dalam upaya menumpaskan gerakan sekular dalam keilmuan dan kehakiman dan perundangan dan lain-lainnya.

Nazmi Yaakub, Muhammad Lutfi Ishak, Syed Mohd Zakir dan rakan-rakan yang lain.

###############

mengirim nota kepada Nazmi Yaakub, Muhammad Lutfi Ishak atau mana-mana rakan yang pergi ke BookXcess, Kinokuniya, MPH atau pun terjumpa di mana-mana buku ini harap dapat tolong beli sekejap untuk Pustaka...

Syor dari saudara Wan Saiful Wan Jan itu bertarikh 4 Disember, 2009, pada 10:40 malam, tidak lama dahulu. Kini, baru terjumpa di Facebook!

Ada sesiapa lagi yang boleh cadangkan buku-buku mengenai iktisad dan ekonomi? Ketika ini, tersiar kisah bebanan hutang negara yang menjengah angka RM3++ bilion lebih. Dalam masa sama, dengar-dengar cerita...

Kononnya ada pemimpin tertinggi di Sarawak yang punya harta bernilai RM2++ bilion. Jika semua harta dipunggah untuk menyelesaikan bebanan hutang negara, kita sudah boleh tarik nafas lega!

Walaupun, setelah ditolak campur, kita masih ada bebanan hutang negara sebanyak RM100 bilion, (1 bilion itu pun sudah cukup banyak!), tapi kita bolehlah berpuas hati buat sementara.

Bagaimana kita mahu bebas daripada lingkaran belenggu hutang piutang sebegini?

http://www.amazon.co.uk/Realizing-Freedom-Libertarian-History-Practice/dp/1935308114

#####################

mendapat petunjuk baharu. Fail dan kertas siasatan kedua akan dibuka. Beberapa petunjuk di bawah ini sedang diteliti:-

1. Bukti arkeologi dari abad 9 - 14 (prasasti? muzium mana?)
2. Catatan Abu Dulaf Misa'r (tajuk buku?)
3. Kerajaan itu terletak di pesisir pantai (pantai mana?)
4. Dikelilingi tembok, taman bunga, sumber air, pasar...
5. Futah, bangsa apa lagi yang pakai kain futah? Juga Sutera Firand dari China (mungkin China ada merekodkan bangsa, negara mana yang mengimport sutera itu?)
6. Bangsa penukang pedang (apakah Abu Dulaf ada melukis bentuk pedang tersebut, untuk memudahkan kita membuat penilaian mengenai asal-usul pedang itu. Kena cari ensiklopedia mengenai senjata-senjata peperangan!)
7. Daging tidak disembelih? (Masih belum Islam? Bukan Islam yang berdagang dari satu tempat lain? Khoo Kay Kim cakap, orang Pashtun pernah singgah di Kelantan...)
8. Tradisi mandi sungai? (Sukar nak dikomen buat masa ini...)

SUMBER: http://kawat.blogspot.com/2010/10/aneh-sungguh-orang-dulu-dulu-kedah.html

'Mood': Fakulti Alam Melayu, SPKB dengan rasminya kini sudah dibuka.

#####################

mengirim nota ringkas buat; Nazmi Yaakub, Muhammad Lutfi Ishak - 

"Hari 'deadline'. Aku sibuk, disibukkan dengan tugasan bertindan. Dengan maaf tak dapat aku hadir ke Amcorp Mall, BookXcess.

"Bagaimanapun, tolong dicarikan bukan berjudul The City of Light. Adakah ia bercerita mengenai Kalah Bar, dan lain-lain kota cahaya di Timur?"

Buku ini termuat dalam tulisan seorang pensyarah di sini - http://www.kesturi.net/archives/1095 (Bukti-Bukti Masuknya Islam ke Campa).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan