Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Isnin, 28 Jun 2010

Murtabak-murtabak Chenta

Di sini ada kisah yang menyayatkan hati seorang lelaki yang patah hati dalam percintaannya. Saya menulis semula kisahnya sebagai berikut:- (bersambung)


####################

tengah menonton Panca Delima terdengar lagu kesukaan saya (Dari Masa Hingga Masa). Maka, on the spot, sahaya ini terfikir pula mahu mengarang kekisah cinta taruna dara. Ya, nampaknya, dialog filem ini sangat indah!


Suatu percubaan terawal yang mungkin akan gagal kecundang akhirnya. Maka, inilah dia, daku persembahkan 'Murtabak-Murtabak Chenta' yang terilham daripada karya rakan-rakan; Karipap Cinta by Vovin dan Ketupat Cinta by Faisal Tehrani.

===================================================


Terataiku sayang, bunga sakti yang sedang berkembang di danau hati. Telah patah kata-kataku, ketika mahu mencoretkan muatan isi hatiku padamu saat ini.

DARI MASA HINGGA MASA

Dari masa hingga masa
Lama kutanggung derita
Akibat angkara murka
Aku tersiksa

Kucari puspita dewi
Serata kampung dan negeri
Ke rimba lembah dan lara
Oh gadis teratai

Kuharapkan belai kasih
Hapuskan racun bisa
Kalbuku merintih
Jiwa lara

Berikan daku penawar
Sekuntum bunga yang suci
Agar kembalilah segar
Siksanya di hati.

Teratai-cinta dan perjuangan adalah dua hal yang jauh jangkauan daerahnya. Akalku sudah tepu dengan cita-cita dan angan-angan membina impian; ke arah mewujudkan negara merdeka.

Sampaikan aku jadi terlupa menyusun ayat-ayat yang membelai jiwamu. Aku jadi terlupa hidup ini bermula atas nama cinta. Perang dan juga peperangan, pertumpahan darah dan hidup dalam pertualangan, itu semua makin mengeraskan jiwaku lalu memadamkan api cintaku padamu.

Terataiku sayang...cinta itu apa sebenarnya? Aku fikir agama kita berteraskan cinta juga adanya dan ia bukan bertolak daripada makna keganasan seperti tohmahan Barat; dunia Islam muncul di bawah kilatan pedang kununnya.

Di Jepun, ada agama Shinto. Kanda fikir, Shinto itu mungkin agama Chinto, atau cinta. Entahlah Teratai... kanda hanya mampu meraba-raba dalam kegelapan makna.

Tapi kenapa Jepun tiba lalu menebuk luka berdarah di balik birai bebilah sejarah negara kita? Di mana semangat Shinto mereka? Perang atas nama ketamakan itu membunuh kemanusiaan, lalu cinta pun jadi hanyut terlerai, langsung tenggelam di lubuk jiwa mereka yang maha dalam.

Perang Islam pun masih ada maruah dan harga diri. Kanak-kanak, kaum wanita, orang tua serta tumbuh-tumbuhan tidak dicantas dan tidak diapa-apakan. Itu semua dipatuhi atas nama cinta!

Dalam perang pun kita masih ada cinta sehinggalah Barat menenggelamkan kesemuanya! Urgh!

Kemudian yang timbul di permukaan muara hati mereka adalah sikap dan nilai keterbalikan dari rasa cinta itu, iaitu dendam, marah, benci dan khianat pula.

Umat makin parah, sayang!
Sedang abang mahu mencoretkan kata-kata ini, abang berasa geli-geleman dan gelisah juga saat menitipkan kata-kata ini buatmu. Maklumlah! Berhari-hari abang asyik sakan berperang di FB.

Lalu...hati ini gundah gulana, bermuram durjana memikirkan ayat-ayat 'chenta' yang bagaimana layaknya untuk kupersembahkan terhadapmu, Teratai.

Kamu harus tahu, memilikiku ini adalah juga suatu upaya untuk mendekatkan dirimu ke lembah celaka dan derita. Jika kau menelefon abang, berkemungkinan besar rakaman bualan kita sudah ada dalam perhatian Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Jadi, apakah dikau sudah bersedia kalau-kalau dirimu diekori sehingga ke hujung pawagam saat ber'dating' kelak? Inilah antara 'cobaan'nya ketika merenangi lautan ranjau cinta kita yang kerap bergelora dengan kekangan ombak tsunami pihak ketiga dari Bukit Aman itu.

Dugaan bercinta hingga kerap diganggu pihak ketiga seperti SB, polis ini malah akan makin menguatkan akar tunjang sayang, meneguhkan benih kasih dan tunas cinta bergelora yang ingin kita semaikan sehingga ke hujung nyawa!

Bercintalah, semoga ombak cinta ini menggunung tinggi dan membadai sehingga ia mengepung Bukit Aman lalu ia menjadikannya sebagai pulau kemarau yang tidak berpenghuni lagi.

Bercintalah sehingga cinta suci kita bakal menggegarkan Putrajaya dengan semarak kasih. Benih cinta akan tumbuh mekar merendang dan memayungi kesejahteraan negara kita.

Kau mesti tabah dan bersabar gadisku. Kesabaranmu itu bagai tanah pamah yang subur dengan setia menantikan benih-benih kasih yang bercambah guna melahirkan lebih ramai pengundi kita menjelang pilihan raya umum yang akan datang nanti.

Ya, dugaan itu tak akan memudarkan rasa cintamu yang makin kuat. Malah, ia makin hangatkan bibit sayang dan rindu ini akan semakin dalam terbenam bersulam di dadamu (err... maksudku, di hatimu..)

{Ish.. macam mana nak sambung ni.. abang rehat dululah Teratai ya..?}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan