Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Jumaat, 3 September 2010

Bingkisan Rohani di Bulan Ramadhan

Saudaraku Usop yang sedang berjuang mencari dirinya sendiri.
Adapun pesanku yang pertama berbunyi begini. Jika kita ingin mencari redha Allah dan memburu kerinduan untuk hari akhirat, maka perhatikan adakah di dalam diri kita ada tiga perkara ini?

Marilah direnung bersama firman Allah s.w.t di bawah ini:-


"Negeri Akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." --- (Al-Qashash : 83)

Perhatikan betul-betul tiga perkara di dalam ayat ini wahai Usop. Pertama, jangan menyombongkan diri dan kedua, jangan melakukan kerosakan, fasad di atas muka bumi ini dan ketiga, berusahalah dengan kuat supaya jiwa dan kerohanian kita mencapai darjat ketaqwaan.

Segala nota dan catatan yang termuat di dalam blog ini boleh diambil dengan syarat anda menyatakan asal-usul dari mana ia direkodkan. Hak Cipta Terpelihara (C), Al-Fansuri (1977 - 20??) Penulis blog ini boleh dihubungi lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan