Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Sabtu, 31 Julai 2010

Filem-filem wajib tonton sebelum mati!

Sebuah tempat yang menyiarkan klip video filem-filem terbaik dan juga dokumentari untuk tatapan semua!


#####################

The Secret Life of Adolf Hitler

#####################

http://www.youtube.com/watch?v=WaRoJ85-gUU&feature=related (Part 1, The Terminal)

http://www.youtube.com/watch?v=olbHquTic88&feature=related (Part 2, The Terminal)

#####################

Zamora, Free Land, Men - http://www.gsc.com.my/2009/offers/4laff10_showtimes.htm / http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2010.6881.zamorafreelandsandmen.12648

Zamora Trailer



###################

menonton filem Akhirat di TV3 tadi..tiadalah mengingatkan diri ini terhadap akhirat juga adanya. Buka TV2, ada The Philadelphia Story. Dulu...ada Doctor Zhivago dan sebelum itu Singing In The Rain. Antara lagu yang saya minat ialah Good Morning!

(Tentu sahaja, ia ditambah dengan penampilan Debbie Reynolds yang menawan!)...

Perhatian, kenyataan ini tidaklah bermaksud diri ini mencintai Barat. Cuma tertarik dengan ramuan kisah yang diadunkan di dalam The Philadelphia Story, melibatkan sentuhan terhadap isu-isu perang kelas bawahan melawan kelas atasan, dan juga sedikit tempias berhubung kewartawanan; Majalah Spy, kaitan dengan ego wanita dan feminisme dan lain-lainnya.

'Mood': Sedang memasukkan The Philadelphia Story dalam 100 filem mesti tonton sebelum mati. DVD Singing in the Rain sudah ditemui di Amcorp Mall, Dr. Zhivago belum jumpa. Akan memburu DVD The Philadelphia Story selepas ini, i'Allah Taala

The Philadelphia Story

Ini satu lagi lagu Debbie Reynolds yang tidak kalah menariknya... TAMMY...

Debbie Reynolds: Tammy

Pautan-pautan lain yang berguna:-

http://www.youtube.com/watch?v=6CtquHsxoZo (The Philadelphia Story)

http://www.youtube.com/watch?v=bU2zoQ8gV-s&feature=related (Good mornig, good morning)

http://www.youtube.com/watch?v=Yu6--WBPBHo (Singing in the Rain - Good Morning!!)

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Philadelphia_Story_%28film%29

Debbie Reynolds: Tammy

################# 

Murder In Greenwich (2002)

Pautan-pautan rujukan lain:-

http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_in_Greenwich

http://en.wikipedia.org/wiki/Michael_Skakel

http://www.videodetective.com/movie_trailer/MURDER_IN_GREENWICH/trailer/P00267365.htm





##############

Filem wajib tonton seterusnya adalah filem Mongol (2007)

Klip 1


http://www.youtube.com/watch?v=1b8lPNSuMUw


Klip 2



http://www.youtube.com/watch?v=xDFS3o2yUQs&feature=related


Klip 3




http://www.youtube.com/watch?v=jo9xkDxgvXs&feature=related


Klip 4




http://www.youtube.com/watch?v=csBRx6qzgBc&feature=related



Klip 5




http://www.youtube.com/watch?v=TVJHOrnHY8A&feature=related



Klip 6




http://www.youtube.com/watch?v=C_b2v3OE4Mk&feature=related


Klip 7




http://www.youtube.com/watch?v=4HLQws4jYH8&feature=fvw


Klip 8




http://www.youtube.com/watch?v=2sDrL79BjZ4&feature=related


Klip 9




http://www.youtube.com/watch?v=29U4ZGYG49Y&feature=related


Klip 10




http://www.youtube.com/watch?v=lxC7mUEx38E&feature=related


Klip 11




http://www.youtube.com/watch?v=e9crEY5uBOw&feature=related


Klip 12




http://www.youtube.com/watch?v=uelrSTESoUA&feature=related


Klip 13



http://www.youtube.com/watch?v=dlrzDuk8lP4&feature=related

################

Seminggu yang lalu, ketika aku baru tiba di kampung halaman, kulihat ada sebuah DVD 9 yang diletakkan di atas meja abah.

"Lion of the Desert?" desis hatiku. Kenapakah DVD ini boleh berada di meja abah? Abah tonton DVD inikah?

Aku tiba di Pendang sekitar jam 6:00 pagi. Telefon bimbitku mengelui telefon bimbit abah tepat 5:39 pagi.

Dan, sememangnya kehadiranku pada pagi yang jernih itu adalah pertemuan yang tidak disangka dan memang tidak pernah dijangka.

"Ingatkan tak jadi nak balik," kata abah sejurus aku tiba di muka pintu bersama adikku yang baru balik dari Kuala Lumpur.

Aku belek DVD itu depan dan belakang. Di bawahnya ada tertera ayat, "History of Muslim and German War."

Perang Jerman! Zaman ni zaman Hitler ke? Akalku yang selalu ligat memantau perkembangan sejarah menebak bertalu-talu segala bentuk kemungkinan yang hadir dalam perangkap ada.

Fikiran kita hari ini banyak yang dikepung oleh fakta-fakta sejarah. Beberapa hari lalu, ketika mengapung suatu pautan mengenai pertemuan Hitler dengan Mufti Al-Quds dan tersiarnya gambar tentera Muslim di bawah Hitler, maka riak gelombang rakan-rakan Facebook sudah melambung menggunung bagai badai tsunami.

HITLER DITAJA KAPITALIS?

"Perang Hitler ditaja Rockefeller, penyokong Zionis, juga didokong Rothschild!"


Jadi, aku cuba tampil semula untuk menerangkan semula bahawa segala gambar itu adalah untuk penilaian semula dan bukan untuk menjernihkan kekeruhan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Untuk penelitian kawan-kawan sahaja ya mbak! Bukanlah untuk merebakkan permusuhan dan memupuk benih sengketa sesama kita," demikian lunak kataku menjelaskan.

Dia diam lalu akur. Beberapa hari kemudian, aku lihat sudah ada teman-teman yang menjadi pengkagum Hitler. Wah! Jangan-jangan hal ini terjadi ekoran penangan pautanku di Facebook!?

Kawan... Kita harus sentiasa memeriksa fakta. Wartawan itu boleh sahaja menipu pada bila-bila waktu. Tetapi, satu-satunya hal yang tidak boleh menipu kita ialah gambar! Gambar itu mencurahkan berita dalam pelbagai warna dan ragamnya.

Sedangkan, teks yang diadun oleh wartawan tadi boleh diceraikan kata-kata, dipotong dipenggal kata-kata menteri di dalamnya lalu diputarkan dan diramu semahu-mahunya oleh pengarang akhbar tadi.

Ya, sebab itu kewartawanan itu terpecah dua, kewartawan dalam bentuk laporan penulisan teks dan 'kewartawanan foto'. Mereka yang bergiat cergas dalam lapangan kewartawanan foto ini akan sentiasalah memberatkan inti perhatian mereka terhadap 'nilai estetika' dan 'nilai berita'.

Gambar itu tidak mudah untuk diputarkan (memang boleh ditukar seperti teknik super-impose tapi sedikit sulit) berbanding teks laporan wartawan yang kemudiannya disunting oleh pihak atasan; pengarang akhbar.

Maka, berdiri di atas alasan itulah aku bertindak menyiarkannya sekadar perkongsian sesama kita.

INI ISU LAPUK!

"Heh! Isu ini dah berlarutan lama kau tahu!?" seorang rakan lagi mencebik. Ya, lama dan baharu itu kan tafsiran. Sesuatu yang lama itu akan jadi baharu kepada orang yang belum tahu semacam aku.

Al-Quran yang sudah lama merincikan banyak perkara kepada orang Islam seperti kita, adalah sesuatu yang sangat baharu, indah bagi mereka yang baru memeluk agama Islam. Jadi, lama dan baharu bukanlah hujah kuat untuk menahan keinginan sesiapa pun bagi membincangkan sesuatu isu itu.

Khutbah Wida' oleh nabi pun sudah lama, tapi tetap sahaja nabi kita mewasiatkan, "Barangsiapa yang mendengar isi khutbah aku ini, maka hendaklah disebarkannya kepada sesiapa pun jua, semoga orang-orang yang mendengarnya bukannya langsung daripadaku ini akan mempunyai kefahaman lebih baik lagi."

Kurang lebih, begitulah pesanan nabi yang terakhir itu. Kalau tidak membincangkannya lagi atas alasan isu sudah lapuk, maka tidak akan berkembanglah tafsiran-tafsiran baharu ke atas isu-isu yang sudah lama itu. Ini suatu lagi masalah yang berkeladak dalam fikiran umat hari ini.


Sesuatu teks atau gambar itu memang akan menjadi lama berikutan dengan peningkatan usia bumi ini. Tetapi tafsiran akan selalu terjadi dan berkembang pada setiap zaman ke atas teks dan gambar itu.

Al-Quran itu lama, tetapi tafsiran ke atasnya akan selalu berlaku seperti Tafsir Fi Zhilal Quran (Syed Qutb) dan Tafsir Al-Azhar (Hamka). Tapi, kenapakah teks al-Quran sentiasa dibaca?

Antara sebabnya ialah, akan sentiasa ada penemuan-penemuan yang bersifat rohani yang terkini, akan kerap terjadi perlanggaran antara nilai-nilai jahat dalam umat akhir zaman dengan nilai-nilai yang sudah lama dikembangkan oleh Al-Quran itu.

Sehinggakan, orang-orang yang jahil pada zaman ini, apabila menatap Al-Quran dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan temui kebenaran sejati yang sudah lama termuat di lautan ilmu itu.

PEMUJA HITLER

Ya, ada juga yang jadi marah-marah kerana sudah ada kelompok pemuja Hitler dan hal itu yang menumbuhkan rasa sakit hati dalam fikiran sesetengah orang. Aku berlepas diri daripada semua itu. Ada pun tujuanku cuma satu, pokok nawaituku tunggal, ia tetap tidak berubah dan tidak boleh diganjakkan dengan cara apa pun.

Iaitu, penyiaran gambar pertemua Hitler dan Mufti Al-Quds itu sekadar satu permulaan awalku untuk meneliti kisah-kisah hilang daripada pengetahuanku sendiri dan kita diminta selalu berkongsi apa-apa sahaja yang kita ada.

Jika sedekah itu hanya melibatkan wang, nescaya orang miskin seperti aku tidak akan pernah layak masuk syurga. Tapi syukurlah Tuhan kita bukannya 'kapitalis'. Kalau tidak, hanyalah yang kaya sahaja yang layak masuk syurga kerana mereka banyak menderma dengan timbunan harta yang berkoyan-koyan.

Walhal saudagar ilmu hanya mampu menyediakan kertas berkajang-kajang yang tiada makna dan nilaiannya pada sesetengah orang.

Kita juga diminta bersedekah dengan ilmu dan pengetahuan baharu kita tahu. Saling menginfakkan pengetahuan bukanlah jenayah, dan pemikiran jenis apa pun perlu didebatkan sepanjang zaman. Orang yang berfikir tidak boleh diangggap sebagai penjenayah, ditangkap, dikurung dalam penjara kerana pemikirannya itu. Sebaliknya, fikirannya yang salah itu perlu didebatkan.

Rakyat akan menjadi hakimnya, juri-juri dalam kalangan mereka yang punya keahlian dan kepakaran dalam ilmu itu akan bertindak menjadi pemantau dan akan sering hadir untuk memeriksa keadaan.

BILA NAK PI TONTON NI?

Aku perlu ceritakan juga kisah-kisah bagaimana DVD ini baru dibeli. Ayahku kadangkala bercerita mengenai sahabat-sahabat nabi. Antara panglima handalan itu ialah paman nabi sendiri; Hamzah si Singa Allah!

Abah asalnya kagum dengan Saidina Hamzah. Katanya, Hamzah itu Singa Allah (Asadullah). Tetapi, katanya dalam teragak-agak, mungkin Hollywood menamakannya Lion of the Desert.

Semasa ketiadaanku di rumah, berlangsunglah bualan antara adik lelakiku dengan abah berhubung filem itu, lalu dia bertanya, "Siapa yang pegang watak Saidina Hamzah tu abah?"

"Anthony Quinn,"
kata abah ringkas. "Memang selalunya begitu, watak-watak orang Islam memang Hollywood akan bagi kepada Anthony Quinn untuk melakonkan wataknya."



Jadi, adikku terus pergi ke kota, langsung terjumpa Lion of the Desert. Dan... kebetulan pula nama Anthony Quinn tercetak di muka depan DVD tersebut. Tanpa berfikir panjang dan rapi-rapi lagi tindak-tanduknya, dia terus membeli. Balik ke rumah, abah kata, itu sudah cerita zaman moderen! Ha.. ha..

Tetapi, tidak mengapalah, ia sudah jadi habuanku sekarang. Mungkin kisahnya bukan kisah sengketa Jerman melawan orang Islam, kerana di belakangnya tertera kisah Italy melanggar Libya di bawah panji pemerintahan Mussolini. Tapi, yang menjadi kemusykilan, kenapa di depan DVD itu tertera ayat tentang perang orang Islam melawan Jerman? Aku harus menontonnya sebentar lagi untuk mencari jawapan yang pasti!

Eh! Sudah lama aku mengelamun. Aku harus tunda khutbahku di sini. Lamunan tidak boleh panjang-panjang. Aku fikir di sini kita perlu catatkan juga filem-filem apa yang sepatutnya ditonton. Wajib tonton, sunat ditonton dan (mungkin) haram ditonton.

Macam bacaan juga. Kempen-kempen yang digerakkan cuma membangkitkan seruan, marilah membaca. Tapi, kempen itu tidak hebahkan apakah yang sepatutnya dibaca dan sepatutnya diangkat sebagai buku yang patut dimuatkan dalam pustaka keluarga. Ah! Kalaulah berfikir begini, nanti mudah sahaja orang menisbahkan engkau sebagai budak skima.

Tetapi, kita perlu serius menamamakan filem-filem apa yang mesti ditonton dan buku-buku yang sepatutnya rakyat Malaysia baca. Maka, dengan itu, debat pun akan menjadi lebih mudah. Kalau tidak ada keseragaman ilmu pengetahuan, sukar dan sulit sedikit debat-debat ilmiah mahu diluncurkan di warung 'Parlimen' bawah pokok dan di Warong Perasan Kg Baru yang sudah tiada itu.

Kawan..aku perlu berundur dahulu dan perlu menonton dan membaca apa-apa yang patut dibaca dan dihebahkan semula kepada kalian semua. Salam perjuangan. Daa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan