Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Isnin, 17 Januari 2011

40 hadis kepada Non-Muslim untuk mengenali Islam

Kursus 'Pengajian 40 hadis kepada Non-Muslim untuk mengenali Islam' ini (kod kursus: HAD 101) dirumus khusus dengan kendalian Fakulti Imu-Ilmu Perlu, Jabatan Ilmu Hadis, SPKB. 
Ia disusun bertujuan memenuhi piawai Penyata Fansuri berasaskan semangat kurikulum bersepadu Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB); 4M1B - Membaca, Merenung, 'Mengeteh', Mengarang dan Berdebat.

@@@@@@@@@@@@@

HADIS KEDUA: SEJARAH BERMULANYA AZAN

Dari Abdullah bin Umar katanya: Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a: "Bukankah lebih baik menyuruh seseorang berteriak atau memberitahu waktu sembahyang?" Bersabda Rasulullah s.a.w: "Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.” (Hadis riwayat Muslim)

Isnin, 10 Januari 2011

Tahukah Anda? Pengajian Am (PA 101)

Kursus PENGAJIAN AM TAHUN 1 (kod kursus: PA 101) SPKB ini dirumus khusus bertujuan memenuhi piawaian Penyata Fansuri berasas semangat kurikulum bersepadu Sekolah Pemikiran Kg Baru 4M1B - Membaca, Merenung, 'Mengeteh', Mengarang dan Berdebat.

TAHUKAH ANDA - saat hampir tergulingnya Hosni Mubarak itu, ia bersamaan hari-hari terakhir wafatnya Al-Banna (12 Februari). Jarak wafatnya Hasan Al-Banna dan terulingnya Hosni Mubarak itu terjadi pada 62 tahun (1949-2011). Angka 62 tahun itu mewakili usia wafatnya Rasulullah s.a.w. 

Ahad, 9 Januari 2011

Kepada Najib dan Muhyiddin...

Bersyukur kepada Allah, berlimpahan selawat kepada baginda Rasulullah s.a.w... Amma Ba'du...
 
Dunia bergolak, emosi dan perasaan umat diputarkan kata-kata menteri dan bicara-bicara asing yang entah dari manakah pangkal hujungnya.

Saudara Najib Razak dan saudara Muhyiddin Yassin...

Khamis, 6 Januari 2011

Bagaimanakah SMM bermula?

Protokol Yahudi Zionis

Saya menemui catatan entah di mana saya lupa - bahawa Israel yang ada kini di Palestin sebenarnya bukanlah tulen dan sejati melainkan mereka ini adalah bangsa purba; Khazar di RUSIA.

Nama Khazar ini ada disebut dalam Bible, kalau tidak salah ingatan saya dan mereka inilah Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog dalam Bible). Kemudian, saya teringat bahawa protokol ini disusun oleh pendeta Zionis di RUSIA. Baru jelas teka-teki perkaitannya kini...

Selasa, 4 Januari 2011

40 hadis mengenai siasah politik

Catatan dan nota ini ditulis bertujuan memenuhi kehendak sukatan kurikulum baru Sekolah Pemikiran Kg Baru (KB-SPKB) berasaskan Semangat Rukun 13 yang terangkum di dalam Penyata Al-Fansuri.


Hadis nombor 7: Penguasa jangan pentingkan diri sendiri


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan lahir selepas aku beberapa penguasa yang pentingkan diri sendiri dan melakukan hal-hal yang tidak kamu sukai."Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang kamu perintahkan kami jika terdapat hal seperti itu?" Baginda menjawab, "Hendaklah kamu tunaikan tanggungjawab kamu (1), dan meminta kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan (2)."