Somewhere over the rainbow (Judy Garland)

Selasa, 31 Ogos 2010

Darihal Ahkam dan Protokol dan Perundangan Niwo


Hasil renungan dan tenungan dan menungan, maka dirumuskan pemulihan dan pembinaan masyarakat dan negara dan bangsa kita sebagai berikut;-

Perisytiharan Telaga Tok Syeikh, Gunung Jerai, Kedah merumuskan:-

Rabu, 25 Ogos 2010

The Last Lecturer

Diabadikan coretan dan catatan ini kepada ibu mertua Prof Dr Wan Mohd Noor Wan Daud setelah mendengar kuliah, 'talk' bersama beliau bersama 11 orang saudara-saudara yang saya gelarkan sebagai Neo-Hawariyyun.

Segala nota dan catatan yang termuat di dalam blog ini boleh diambil dengan syarat anda menyatakan asal-usul dari mana ia direkodkan. Hak Cipta Terpelihara (C), Al-Fansuri (1977 - 20??) Penulis blog ini boleh dihubungi lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Himpunan isim, wirid, zikir, aurad, hizib dan ilmu hulubalang Melayu

(Tempat pelabuhan catatan tentang himpunan isim, aurad, hizib, ilmu hulubalang Melayu, wirid-wirid tarekat dan medan perkongsian amalan-amalan untuk kepentingan kita bersama.)

Saya mendengar daripada SK Cintazani berkata, beliau mendapat daripada Aliah Alkaff, katanya, "Hasbiyallahu ni'mal wakeel, ni'mal mawla wa ni'man-Naseer" (sebanyak 70 kali atau sebanyak mungkin."

Rabu, 18 Ogos 2010

Kuah Ayam Santapan Jiwa (Chicken Soup For The Soul) @ Tasauf Pasca Moderen

Nota 3: Carilah teman-teman yang baik, serulah fasik dari 'jauh'
Nabi bersabda, jika Allah s.w.t mahukan kebaikan ke atas diri seseorang, maka diberikannya seorang teman yang baik.

Surat Burhan kepada Tuhan

Surat kedua: Salahkah bercinta? Jenayahkah berkasih?
Berlimpahan syukur kepada-Mu Tuhan kerana masih setia mendengarkan keluhan hamba, memberi nafas buat kami untuk setia berada di bulan ini.

Selasa, 17 Ogos 2010

Al-As'ilah Wal Ajwibah (Siri Soal Jawab)

Soalan: Semasa saya di matrik, saya pernah kena repeat 1 paper, sebab terlalu banyak jawatan yang saya pegang atas alasan nak bawa agenda jemaah. Tetapi, bila saya kena repeat tak ada pula orang tanya masalah saya.

Surat kepada Anwar Ibrahim

7 Ramadhan, 10:08 malam

Pujian tidak terbatas untuk Allah s.w.t, Tuhan sarwa segala alam jagat raya dan limpahan sembah salam serta selawat ke atas baginda rasul dan keluarga baginda, para sahabat dan bagi pejuang Islam sehingga hari kiamat.

Kenang-kenangan di bulan Ramadhan

11 Ramadhan | 21 Ogos (Sabtu)
Pergi ke rumah Prof Wan di Sg Merab. Aku terlewat sampai. Ny tak jadi datang. Lutfi, Zarif, Ali Atan dan abangnya Arif menunggu di UKM.

Mujurlah Hilmi tiba-tiba call ketika aku di LRT Kg Baru. Jadi, aku boleh pi dengan dia. Itu pun banyak dugaan sepanjang perjalanan. Aku tunggu di stesen Bangi dan dia tunggu dekat komuter UKM. Akhirnya, tibalah juga di rumahnya. Rumahnya macam Istac! Wah!

Ahad, 15 Ogos 2010

100 buku harus dibaca sebelum mati

Ini suatu kisah, kisah paparan dan pengembaraan dan petualangan dan perkelanaan jiwa atau pun ia boleh disebutkan sebagai apa sahaja. Tapi bagi saya, ia adalah suatu percubaan peribadi untuk mengumpulkan 100 buku terbaik dan buku bermutu yang mungkin patut ada dalam pustaka peribadi kita.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ringkasan Tafsir Al-Fansuri

Juzuk 2:
Kiblat dan hubungannya dengan maruah umat Islam.

142 - Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."

Surat kepada Muhyiddin Yassin

Kisah Melayu dan perpaduannya

Salam tuan Muhyiddin Yassin,

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Ramadhan... segala puji bagi Allah Tuhan sarwa sekalian alam dan berlimpahan selawat atas jnjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Inilah sebuah kisah coretan awal mengenai Melayu dan perpaduan mengenainya. Catatan ini ditujukan kepada tuan setelah kami pertimbangkan beberapa 'sebab'.

Selasa, 10 Ogos 2010

Catatan buat Prof Dr SMN Al-Attas

Catatan 1:

Salam, yang terhormat Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Segala puji bagi Allah, Tuhan sarwa alam, limpah sembah salam dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar kita.
 
Syahadan, petang tadi, ketika berbual-bual dengan seorang rakan di gerai nasi lemak Wak Manjor, tiba-tiba Prof Wan telefon saya. Barangkali, dalam fikirannya itu dia sudah ada gambaran mengenai idea-idea besar yang tidak saya ketahui. Entah idea apa, hal itu tidaklah saya ketahui.

Khamis, 5 Ogos 2010

Renung, tenung dan menung (Fikir Harian) - (2)

26 Ramadhan - baru balik dari Perpustakaan Negara Malaysia. Pada 4:20 petang baru dapat tonton Dr Zhivago di TV2. Merumuskan beberapa perkara seperti berikut:-

1. Gagal mencari Relung Cahaya, Imam Al-Ghazali. Ada dalam senarai daftar. Tetapi, bila dicari dekat rak yang sepatutnya, tiada pula ditemui. Tolong aku Muhammad Lutfi Ishak.

2. Novel dan filem Dr Zhivago ini sebut nama Lenin dan revolusi dengan jelas. Jikalau kita tulis nama Najib Razak dalam novel-novel kita ada masalah tak? Ada tak penerbit yang mahu terbitkan?

Isnin, 2 Ogos 2010

Renung, tenung dan menung (Fikir Harian)

Ya Allah, bersyukurlah Ibrahim dah tamat kontrak NC. Beliau tetap tak puas hati nampaknya bila Saifuddin berkata, tidak diperlukan apa-apa syarat pun untuk siswa itu berpolitik.

Ahad, 1 Ogos 2010

Kempen Bersolat, Beriktikaf di Masjidil Aqsa

20 Ramadhan - menonton seorang imam, Majidi Aqil dalam Jejak Rasul berkhutbah mengenai sebuah hadis yang menggalakkan kita mengunjungi (1) Masjidil Haram di Mekah; (2) Masjid Nabawi di Madinah; dan (3) Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis.

Selain itu, ada juga hadis yang menyebutkan bahawa amalan beriktikaf di masjid itu, hanya berlaku ke atas 3 buah masjid sahaja; (1) Masjidil Haram; (2) Masjid Nabawi; dan (3) Masjidil Aqsa.